Hasil Tangan Masa Tingkatan 5 Dulu.......

Bismillah.......

Suatu ketika dahulu, aku pernah bersekolah menengah, ya, sama seperti kamu semua yang pernah bersekolah menengah. Cuma terdapat perbezaan antara sekolah menengah aku dan kamu semua. Sekolah menengah aku dahulu cumalah sebuah sekolah biasa. Bukanlah bertaraf bestari, mahupun Multimedia Super Corridor ataupun bukan sekolah berasrama penuh dan juga bukan MRSM mahupun sekolah elit apatah lagi sekolah menengah jenis Cina atau Tamil. Sekolah pondok atau Maahad pun bukan juga. Sekolah aku hanyalah sekolah menengah kebangsaan yang biasa sahaja.

Pernah sekali ketika selepas darjah enam, aku bersama seorang kawan pergi memohon sebuah sekolah agama berasrama yang kiranya terkenal di Kuala Lumpur, SMAKL, bekas sekolah menengah kakak aku satu ketika dahulu. Namun, tidak berjaya. Mungkin kerana gred Bahasa Arabku ketika UPSA dahulu ditulis dengan pen merah oleh puan Ustazah. Itu sebab kalau ada adik kamu nak masuk sekolah agama ataupun Maahad memang aku galakkan. Supaya satu hari nanti adik kamu terus berjaya dan tak jadi macam aku.

Kemudian, dari sekolah biasa, aku beralih ke Matrikulasi Perak, hinggalah sekarang di bumi USMKK. Rata-rata kawan aku di matrikulasi dan universiti semuanya berasal dari sekolah yang bukan sekolah biasa seperti aku, datang dari sekolah luar biasa. Semuanya lebih cemerlang dari aku. Mungkin disebabkan itulah aku menjadi seorang yang pemalu di kalangan kawan-kawan. Ya, pemalu dan pendiam.

Siapalah aku kan???

********

Okey, cukup pendahuluan di situ. Panjang pula pendahuluan kali ni. Aku membaca entri Huda yang ini beberapa hari yang lalu. Secara tak sengaja, aku teringat akan kisah silam aku ketika di sekolah menengah dahulu ketika berada di tingkatan 5.

Semasa aku berada di tingkatan 5, emak aku menyuruh aku mengambil subjek tambahan yang senang, a.k.a subjek elektif. Biasanya jarang pelajar sekolah aku ambil elektif ni. Kebanyakannya ambil yang teras dan mengikut aliran masing-masing sahaja. Emak aku cakap, kalau subjek yang elektif tu senang, senanglah dapat A1, dan bila senang dapat A1, cantiklah keputusan sebab bilangan A tu jadi banyak. Ya, aku setuju. Selalu pun orang akan tanya, “Budak ni dapat berapa A dalam SPM??” tapi orang takkan tanya “Subjek apa yang budak ni dapat A?” Pandai betul mak aku main psikologi.

Jadi, aku ambillah 2 subjek tambahan iaitu Pendidikan Seni Visual dan Tasawwur Islam. Kedua-dua subjek tambahan ni sebenarnya ada kisah dia. Tapi fokus aku hari ni lebih pada Pendidikan Seni Visual. Yang Tasawwur Islam tu lain kalilah aku cerita. Itupun kalau aku nak ceritakan.

Aku dahulu pelajar aliran sains. Tapi aku berminat dalam seni dan sastera. Pelajar sains, tak ada yang mengambil subjek Pendidikan Seni Visual, maka kalau nak ambil, kenalah ambil secara elektif. Aku, dan beberapa kawan lain yang beraliran sains ni pun bercadang sama-sama nak ambil subjek seni ni, itupun sebab cikgu cakap senang dapat A. Tergoda betul kami masa tu.

Jadi, waktu tingkatan 5 tu, sibuklah kami dengan kerja-kerja seni kami. Budak-budak lain relaks saja. Kami pula kena buat portfolio jangkapanjang, sama ada nak buat arca atau nak buat bas. Aku pilih buat arca. Arca keris. Huhuhu, agak mencabar juga buat port folio ni, sebab nak buatnya lebih daripada 20 muka surat. Huda cakap dia buat bas, kamu tanya lah dia kalau nak tahu macam mana buat bas.

Mula-mula kena lukis gambar realistik senjara tradisional. Pastu kena lukis bahan-bahan. Tak dilupakan, kena lukis cara nak buat arca tu, tu tak termasuk olahan motif 3 muka surat dan hasil dan apa-apa lagilah. Juga kena lukis bingkai di setiap muka surat kalau nak markah bonus. Itu baru portfolio, belum arca lagi. Huhuhu……

Port folio aku tu cantik woooo...... Rasa nak balik saja portfolio aku tu, tapi sekali hantar tak akan dipulangkan. Waktu tu pun aku tak ada kamera dan scanner, takleh nak tangkap buat kenangan. Yang ada pun hanyalah ini, yang ditangkap awal-awal guna kamera kawan aku, itu pun tahap permulaan, hanya ada gambar, tak ada bingkai lengkap dengan penerangan senjata.

Walaupun susah, tapi agak menarik. Arca aku, aku buat guna span, span bunga yang keras tu. Kemudian aku ukir guna pisau dan catkan span yang dah diukir tu. Ada aku tanya kawan aku yang sekolah lain, kata mereka, mereka buat guna kayu, siap ukir-ukir, bapak susah. Tegas betul cikgu diorang. Berikut adalah arca aku. Dan arca aku pun diorang tak pulangkan. Sayang betul.

Mula-mula, bila dah siap ukir atas span, kita kena cat beberapa lapis dengan cat putih atau cat kapur untuk tutup liang-liang span.

Kemudian, baru aku catkan dengan warna hitam agar nampak klasik. Aku ingat nak letak warna coklat atau biru tapi tak jadi.

Kemudian aku tambahkan warna emas, coklat, perak dan putih, untuk naikkan efek supaya nampak macam gangsa.

Peperiksaan akhir untuk Pendidikan Seni, bermula awal. Awal lagi dari subjek SPM yang lain. Soalan lukisan SPM memang keluar awal. Ia dikeluarkan awal supaya pelajar boleh praktis di rumah agar dapat buat yang terbaik dalam SPM. Aku ingat lagi aku buat soalan bertajuk tersesat dalam hutan dan akhirnya jumpa hutan cendawan gergasi dan sungai biru keunguan. Lebih kurang begitulah soalannya. Lukisan tu takkan dipulangkan lagi. Huhuhuhu……. Tak boleh aku nak tunjukkan di sini. Yang ada di sini cuma lukisan praktis yang tak berapa cantik.

Hahahaha, ini lukisan aku yang masa praktis dulu, nampak kebudak-budakan pula.

Dalam membuat suatu lukisan, aku cukup menyerah kalah kalau disuruh membuat dengan menggunakan warna air atau warna poster. Sebab tu aku tak suka catan atau melukis poster. Jeles dengan Huda sebab dia pandai catan. Hahaha……. Tapi kalau lukisan guna pensel atau pen, memang aku terer. Tapi dululah, sekarang dah berkarat.

Seperti kata atuk aku dahulu,

“Kalau minat melukis, kena terus melukis. Kalau berhenti melukis, nanti kemudian jadi susah dah nak melukis.”

Ya, apa yang dikatakannya betul. Ibarat kata ilmuwan, “Ada ilmu kena beramal dengan ilmu tu. Kalau tak beramal, karatlah jadinya ilmu tu.” Sekarang pun, tangan aku dah berkarat dah, dah tak terer melukis macam dulu…… akibat lama sangat tak melukis…….

Thursday, May 27, 2010

11 Comments:

Unknown said...

pandai ar ko lukis..


p.ss aku pn skolah harian biasa. x hebat gak..T_T

DarkArtz said...

ye ke kau skolah harian???
bukan kau sekolah SBPI ke???

ye ke kau tak hebat???
BI kau power apa.........
huhuhuu.........

INFINITY said...

Oit, gila rajin promote blog aku. Hehhehhee.

Aku dulu tak buat arca arca ni segala. Buat bas atas papan tebal membentuk bas pastu lukis je. :D

Hek hek. :P

Unknown said...

lahai~
siyes la aku skolah harian.
skolah rendah depan umah aku je.
then skolah mnengah pn dekat2 umah je..=D
smua adik bradik aku g skolah same.
cikgu2 pn dh knal keturunan kami kot.
haha.

DarkArtz said...

huda: kau wat atas papan kayu ke???
sebab yang cikgu aku ajar wat bas dia cam guna papan warna putih.......
aku rasa softboard kot......
pastu cat guna kaler mural........

nisah: laaa, yeke???
che jo tak kasitau aku pun kau sekolah biasa........
tu yang aku ingat kau sekolah elite tu......
huhuhu........
tapi adik beradik korang memang pandai-pandai kan??

Unknown said...

haha..nape kena che joe yg bgtau? ko tnye la aku sendiri..=P
hm...pandai ke? haha... adik-bradik yg slain aku pandai laa.. cam smua org hebat lam certain2 benda. aku je yg biasa2...sadis2. tp xpe..bsyukur ade family camni. maybe sbb parents aku cikgu, so mse kecik abah aku cam strict gak laa bab2 education ni.
contoh, math wajib dpt A. haha.. tp bagos gak cmtu..huhu. skang je dia x strict ngan 2 org adik plg bawah tu. diorg xwat homework pn xpe. cis. sgt x aci.

INFINITY said...

Papan kayu je aku rasa. Ke aku salah? Tak ingatlah weh, lima tahun lepas tu. Hahahhaha.

DarkArtz said...

nisah: ye la, aku mana leh kontek kau......
nanti che jo marah.......
jadi, aku hanya leh dapatkan maklumat kau dari che jo je......
hehehehe.......
alahai, rilek la.......
kau pun terer gak, lagi terer dari aku.......
kau patut bersyukur di situ.......
mak aku pun tak strict ngan adik aku, budak tu pun selalu main......
pun tak adil rasanya.........

huda: kau dah tuaaaaaa.......
mak cik la katakan.......
susah nak ingat kan???
hiohohohoho........

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
DarkArtz said...

safirah, aku sekolah kat KL dulu.......
SMK bandar baru seri petaling........
apapun, bagus la kalau kau buat rujukan sesuatu dari blog ni.......
huhuhu........

Unknown said...

Sy spm tahun ni. Soalan folio seni dh kluar :( Kena buat arca. Tq for sharing. Terbukak jgk minda ni nk bayang buat arca apa