Haaaa, Kamu Selalu Guna Google Kan???

Bismillah.......

Aku percaya, kamu semua selalu menggunakan satu laman web ini. Laman web enjin carian Google. Ya, aku tahu, sebab aku pun selalu guna. Huhuhu….

Cari jurnal guna Google. (Budak tahun pertama USMKK)

Cari gossip terbaru guna Google. (Cik Aisyah dan Cik Nisah)

Cari buku dan lagu guna Google. (Che Jo)

Cari gambar dan jawapan soalan guna Google. (Aku)

Malah, ada juga yang cari resipi memasak guna Google. (Beliau)

Dan segala jenis maklumat lagi. Kan??? Mungkin juga ada di antara kamu yang lebih suka menggunakan enjin carian yang lain seperti Yahoo. Tapi fokus aku dalam entri pada hari ini adalah enjin carian Google. Ada satu benda menarik mengenai Google berbanding Yahoo dan lain-lain enjin carian. Mungkin kamu dah perasan mengenai perkara ini.

Semalam, selepas aku baru pulang dari Lata Tembakah, aku buka laptop dan masuk laman web Google. Tiba-tiba aku tengok logo Google dah diubahsuai seperti di bawah. Sebelum ini juga logo Google pernah berubah beberapa kali kepada bentuk yang lain tetapi identiti perkataan ‘Google’nya masih ada. Perasan tak??

Google pun sambut Hari Buruh (1 Mei).

Pengubahsuaian logo Google kepada beberapa bentuk yang lain ni dinamakan Google Doodle. Selalunya Google Doodle ni adalah pemberitahuan kepada umum mengenai sesuatu peristiwa yang sedang berlaku (cth: Hari Kemerdekaan), atau sebarang ulangtahun (cth: Ulangtahun sambutan)mahupun sambutan kelahiran tokoh (cth: kelahiran Albert Einstein).

Hari Kemerdekaan Malaysia tahun lepas.

Sambut puasa. Nampak anak bulan

Penyampaian pemberitahuan ini agak ringkas kerana ia cumalah hiasan kepada logo Google. Corak hiasannya yang ringkas membuatkan mesej dapat difahami dan disampaikan dengan baik. Malah, disesuaikan pula dengan background laman Google yang seringkali putih, membuatkan orang perasan akan pengubahsuaian logo tersebut pada suatu masa.

Ceritanya bermula apabila dua orang mamat yang mencipta Google iaitu Larry Page dan Sergey Brin pergi melawat satu peristiwa yang dipanggil Burning Man Festival pada tahun 1998. Jadi, mereka ni pun letaklah satu tanda pada logo Google tu untuk memberitahu mereka pergi ke peristiwa tersebut. Sejak dari tu, banyaklah peristiwa-peristiwa lain yang sempat dirakamkan dalam logo Google Doodle ni.

Kebanyakan logo Google Doodle ni sebenarnya direka oleh satu kumpulan di bawah Google yang diketuai oleh Dennis Hwang. Kumpulan inilah bertanggungjawab menghias logo Google ni nampak lebih menarik dan kreatif. Perubahan logo Google yang dibuat mungkin hanya pada sesuatu Negara sahaja (macam hari kemerdekaan sesebuah negara), malah ada yang global, bergantung kepada sesuatu peristiwa tersebut.

Bagi aku, bagus juga sebenarnya Google Doodle ni. Kebanyakan kita selalunya sibuk dengan kerja masing-masing. Jadi, dalam kita menggunakan perkhidmatan Google dalam kerja harian kita, kita dapat tahu mengenai peristiwa yang berlaku melalui logo Google Doodle ni. Malah, cara penyampaiannya yang menarik dan kreatif lebih menarik hati kita untuk tahu apa sebenarnya yang berlaku. Aku juga suka kekreativiti yang disampaikan dalam Google Doodle ni.

Di bawah ni ada beberapa cerita menarik mengenai Google Dodle ni. Rasanya kamu tak tahu mengenai cerita ni.

Yang ini adalah bersempena Hari Pi Sedunia. Alaaa, yang Pi (π) yang kita belajar matematik tajuk bulatan tu, yang π=22/7 atau π=3.14. Haaa, tak sangka kan, Pi ni pun ada hari juga??

Yang ini adalah sempena Sukan Olipik 2008 di Beijing dahulu. Logo olimpik di bendera tu dijadikan huruf 'o' untuk Google.
Yang diatas ini pula adalah bersempena Sukan Olimpik 2010 di Vancouver. Yang di atas adalah sempena acara pembukaan dan yang di bawah tu adalah antara satu acara Sukan Olimpik. Ada beberapa design lagi sebenarnya untuk Sukan Olimpik ni.
Yang ini adalah bersempena pendaratan di planet Marikh.
Haaaa, yang ni semasa April Fool yang baru ni. Oh, kita tak sambut, tapi depa sambut. Yang menariknya, Google tukar nama jadi Topeka, manakala mayor kawasan Topeka mengumumkan yang nama Topeka diubah menjadi Google untuk satu hari tu. Huhuhu........

Haaaa, yang ni adalah sempena peristiwa sambutan Earth Hour. Kamu jangan ingat setakat Murni dengan Nurani sahaja yang tutup lampu, Google pun sama 'tutup lampu', bergelap macam kita juga.
Jangan ingat ini cuma kod bar biasa. Ini adalah sempena ulangtahun sambutan kod bar dicipta. Untuk pengetahuan semua, kod bar ni mengkodkan perkataan Google.

Haaaa, ada banyak lagi sebenarnya Google Doodle yang menarik, cuma kita sahaja yang tak perasan. Kalau korang berminat nak tengok semua Google Doodle boleh masuk sini.

Sunday, May 2, 2010

14 Comments:

Unknown said...

oit...mne ade aku google gossip dowh!
ske2 ati je..
isk.

hm...bt0l3. aku sgt ske google sbb dia slalu tukar2 logo tu..

nf said...

Aku selalu je perasan bila google tuka logo, sebab google adalah teman sejatiku di alam maya :P

en. google lagi best dari search engine lain! \o/

Unknown said...

s0kong uteh! ^^

DarkArtz said...

nisah, hahahaha, nisah marah, nisah marah........
hak3.........
best kan tengok dia tukar2 logo tu.......
huhuhu

fatehah, betul dan sokong sangt yang google lagi best dari search engine lain........
ngehehehe.......
lagipun google nampak ringkas dan tak serabut.......

Ms. Candy said...

saye suka guna "igoogle" sebab bley add perkara2 yang menarik n bley tukar2 theme...
kat saye pnya igoogle sy letak:
- healthy eating tips
- to do list
- phonebook
- hamster ~~> utk hilangkan boring
- calorie calculator n banyak lagi
cuba la guna..=)

DarkArtz said...

cik anne, igoogle tu apa sebenarnya???
saya tak pernah guna sebelum ni........

'aishah (◕‿◕✿) said...

laa aku ke cik aishah 2..kui3...
suke2 ati ko je kn kate aku goOgle gosip.. tp kadang2 jugak lahh.. hak3

Ms. Candy said...

igoogle tu sama je cam google...
google tu nampak klasik je, igoogle ni advance la sket...
juz sign in gna akaun gmail kat situ, lps tu ley la tkar2 theme ke, nak add pape ke kat situ...
tempat chatting google talk pn ada...
klau google yang klasik tu x de pn google talk...
yang klasik juz ada tempat search je...

Ms. Candy said...

nanti saya postkan entri untuk tunjuk rupa iGoogle yang saya gunakan...=)

DarkArtz said...

aisyah, eh, aku salah eja nama kau ek......
hua3, aku tau, kau memang layan gosip, tu yang cakap nama kau tu.......
huhhu.......

cik anne, haaaa, cepat le wat entri tu......
cepat le.......
huhuhu, dah rasa boring ni, kawan2 pun tak banyak yang update blog.......

Ismi Ijmi said...

best3..

selama ni x terfikir pon nak tgk koleksi google doodle ..

istilah pun bru tau..
kat ym ada "doodle environment"

yg boleh gune utk lukis2 sambil chat,hehe

DarkArtz said...

izmer, memang banyak dah google doodle tu, kalau nak diikutkan info, dah ada dalam 700 lebih......
lagipun, setiap negeri ada google doodle yang berlainan kalau negeri tu ada sesuatu peristiwa.......
lepas, ada gak yang mengumpul google doodle ni ibarat kumpul setem.......
percaya x??

cik pooyuh said...

ya Allah..aku pun xperasan..yg perasan cuma bila tgk, apa yg kuaq ddrpd mulut "wei..google corak baru" hahaha..mmgla org yg x seni...ang ni mmg senila..aku rs ang nt bley wat kja sambilan smbil jd forensik...hurm..bguih2..satu info yg baru tuk aku..

DarkArtz said...

pooyuh, google doodle takde kaitan ngan seni aku la.........
huhuhuhu........
bukan aku yang wat google doodle tu........
tu pun aku dapat maklumat dari page dia........