Aiskrim Best Aku Belikan Pada Mereka......

Bismillah.......

Ada satu ucapan yang aku baca dalam komik Kartini yang baru aku beli di Pesta Buku Kelantan baru-baru ini. Komik yang suatu ketika dulu cukup suka aku baca semasa sekolah rendah dahulu. Kini muncul semula dalam bentuk koleksi kecil. Amat nostalgik.

“Tapi apa yang kita paling nak, itulah yang kita takkan dapat…”

Itulah kata-kata Kartini kepada Yon. Terdiam juga aku, berhenti sebentar membaca. Ayat nampak ringkas, tapi ‘makan dalam’. Mungkin kamu tak pernah mengalaminya, tapi aku faham erti tangan yang tak dapat menggenggam hasrat……

Ya, aku memang cukup faham…….

Erti kegagalan........

******

Ini cerita minggu lepas. Malam tu aku baru balik makan. Esoknya pula ada peperiksaan Kimia Surih. Baru sahaja aku bersemangat nak mula membaca nota yang agak-susah-difahami-dan-diingati tu, tiba-tiba Syuk beri aku mesej guna Google Talk. Dia ajak aku makan aiskrim. Aiskrim percuma.

Terus aku berlari pergi bilik dia. Tak sampai seminit pun rasanya dari dia hantar mesej tu. Huhuhu….. Rupanya Daus beli aiskrim Walls, yang ada gambar Mawi pada kotak luarnya. Harganya RM5, tapi percuma dua. Maknanya kamu beli RM5 dapat tiga kotak aiskrim. Memang murah muka Mawi ni eh, saham jatuh kot, huhuhu…. (jangan beritahu Mawi, juga minta maaf jika kamu peminat Mawi, no offense okay.)

Apapun, dari situ, aku dapat idea nak belanja budak-budak forensik lain untuk makan aiskrim tu sama-sama. Kebetulan pula, mereka rancang nak buat BBQ guna duit lebih Pertandingan Futsal dan Bola Jaring Piala Pengarah dulu. Che Jo pun setuju juga sebab harga aiskrim tu murah sangat, macam promosi. Dah tu, siapa tak minat makan aiskrim kan??

Jadi, aku dapatkan duit daripada Wali. Wali masih pegang duit baki Pertandingan Futsal dan Bola Jaring Piala Pengarah hari tu. Aku minta duit sepuluh ringgit untuk beli aiskrim-aiskrim tu. Takkanlah aku nak guna duit aku kan, aku dah le kedekut. Tapi tak adalah sampai tahap Haji Bakhil.

Malam BBQ diadakan, aku dengan Che Jo pun belilah aiskrim tersebut. Mulanya aku nak beli satu sahaja, dapat kuantiti tiga kotak aiskrim kan??? Tapi Che Jo cadangkan beli dua, dapat kuantiti 6 kotak aiskrim. Mana yang tak habis, kami bedal lah nanti. Bagus juga cadangan Che Jo, jadi aku habiskan semua duit sepuluh ringgit yang Wali beri tu. Aku tambahkan duit aku untuk beli dua buku roti. (haaa, kan aku dah kata, aku tak kedekut sangat)

Aktiviti BBQ malam tu.....

Malam tu, mereka yang dapat makan aiskrim tu, makanlah dengan muka gembira. Mungkin sebab petang tu panas sampai ke malam, sukalah makan aiskrim yang sejuk tu. Tiga kotak perisa vanilla, tiga kotak lagi perisa vanila campur strawberi.

Gambar Asma terliur nak makan aiskrim. Dia malu nak minta dengan Quzie dan Saziana.

Bila Quzie pelawa, barulah Asma gembira, tapi masih malu-malu lagi.

Masa tu Wali buat cerita, kononnya aku yang belanja mereka makan aiskrim. Padahal aku beli guna duit pertandingan juga. Huhuhu…… Aku duduk diam saja lah sambil mengagih-agihkan aiskrim bersama Zeila. Aku dengar respon budak-budak ni. Aku lupa siapa yang cakap, tapi aku ingat ada suara Lea ngan Asma.

“Biar betul???”

“Hah, betul ke dia belanja??? Macam tak percaya.”

“Cuba kau tengok tarikh mati dia, entah-entah dah luput kot aiskrim ni.”

Tak guna betul……. Kedekut sangat ke aku ni??? Yang respon ketiga tu aku tak boleh tahan tu. Huhuhu….

Apabila ada budak forensik bergambar. Macam-macam gaya ada......

p/s: kamu tahu tak aiskrim RM 5 dapat tiga kotak yang aku cakapkan ni??? Kalau tak tau, atau kalau mahu tau, pergi Mydin, cari bahagian aiskrim Walls.....

Friday, April 30, 2010

18 Comments:

Unknown said...

tulis nk blanja eskrem...tp gne duet futsal tu. musykil2. asal x tulis je nk tlg blikan eskrem tu...
lalalala~

'aishah (◕‿◕✿) said...

ahahah.. mula2 aku bc mmg da agak eskem kt mydin pnye lahh! har3.. then ko btaw lak kt bwh 2.. ishh hebat aku.. kui3

chanz said...

dah luput dah tu!!

DarkArtz said...

nisah, biasa le tu........
takkan kau tak pernah dengar ayat, "meh aku belanja kau bayar"........
ngahahaha..........

aisyah, hebatnyaaaaa aisyahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...........
hak3.......
ohhh, ini satu pujian aku untuk kau......
huhuhuhu........
btw, trimas sebab sudi datang ke blog picisan ni.......

chanz, mana lak dah luput.......
penat2 aku berjalan ke mydin beli aiskrim, diorang kata luput........
satu penghinaan tu........
huhuhuhu, takpe, aku anggap itu gurauan.......
baikkan aku???

'aishah (◕‿◕✿) said...

trimas juga kerana sudi memuji aku n mgfollow aku.. hik3..
aku neh da lame dh jd silent reader belog ko neh.. wakaka!
msti ko terperasan kn.. xpe ahh kasi can lahh.. hahahah :))

Unknown said...

org laen aku xkesah...
ngan ko aku kesah, sbb ko laa blaku penyalahgunaan pkataan scara bleluasa.. =P

soso da witch said...

nak belanja aku sundae cone pon punye la susah..nie kan pulak aiskrim mydin..

-me- said...

“Tapi apa yang kita paling nak, itulah yang kita takkan dapat…”



sangatla betul kata2 tu.....
tapi asal mende yang kita nak tu la kita takkan dapat????
hukhukhuk~

soso da witch said...

“Tapi apa yang kita paling nak, itulah yang kita takkan dapat…”

aku nak azahiri belanja aku dinner plate kfC..tapi benda yang aku nak tue yang aku takkan dapat..

Lea Isnawi said...

haha..
sapa yg komen ke3 tu??
yg pasti bukan aku
coz aku taw ko mitak duit ngan wali
:P

owh..patutlah ari tu ko tanya aku
pompuan suke eskrim x
sebab ni yer

DarkArtz said...

aisyah, sebenarnya nak nganjeng kau, tapi anggaplah itu pujian........
hak3........
waaaa, aku ada silent reader rupanya......
apsal la kau jadi silent reader aku, kat blog ni xde apa2 yang menarik pun.......
huhuhu.......

nisah, apa yang kau cakap ni????
bila masa lak aku menyalahgunakan perkataan??
hak3.....
xoxo

syawal, kalau kau lelaki terakhir yang wujud di dunia ni, insyaAllah aku belanja tanpa kompromi........
wakakakaka........

DarkArtz said...

tukangmasak, betul kan?? kan??? kan????
huhuhu........
kalau awak nak jawapan tu, saya ada......
cumanya jawapan bagi setiap orang adalah berbeza-beza........
mungkin jawapan awak berlainan dengan jawapan saya, itupun kalau awak pernah mengalami ayat2 tersebut.......
huhuhu.......

lea, cemana kau leh tau??
kau je yang selalu pikir bukan-bukan.......
nak belanja awek le, apa le........
wakakakaka........

-me- said...

aah...bagi saya mende tu betul...
slalu kot alami...
sebab tu la saya nak tau knape??
dan sebab tu jugak la saya sangat takut nak berharap...
kadang2 dah jadik cam pesimis...
walopon tak elok...
tapi nak wat cemane...
tu la hakikatnye...
saya takut ntuk kecewa...
sangat takut sebab saya tau saya tak kuat.....
stakat mende kecik pon dah meroyan tak pasal...
huhuhuT_T
terukkan...
nak cakap saya manja ngada-ngada pon cakap la....
huhu..pasrah~~
tapi ntahla...
dah macam sangat ngeri nak berharap sesuatu sebab oneday saya gak yang rasa sakitnye....

~huhuhu..tetiba ase sebak masa taip neh...aishhhh kuat..kuat..kuat!!!!~
ngeheheheeeee^^

tengok dah jadik cam entry....
hapdate kat sini je la....
heheeeee

DarkArtz said...

tukangmasak, sebenarnya tak teruk pun kalau kita takut.......
malah takde kaitan pun dengan manja dan mengada-ngada......
itu semua normal......
takut untuk gagal.......
takut untuk kecewa.......
takut untuk berharap......
sebab benda-benda ni semua akan mendorong kita buat sesuatu yang lebih baik........
malah kegagalan bukanlah suatu mende buruk walaupun kenyataannya pahit nak ditelan......
tapi ia boleh jadi satu pengalaman berharga, pengalaman yang mengajar kita dari kesilapan......
jadi, rasanya kita tak payah takut dah nak melangkah lagi selepas tu........
isshhhh, saya tak layak nak kasi nasihat sebenarnya.......

dah, dah, jangan sebak-sebak ye.......
tabahkan hati tu skit......

oh, dan jangan nak lari dari update blog, sila update blog awak eh........

Quzie Fathihah said...

hahaha...gne duit futsal gak upenye..ingtkn ko blanje eskem 2..tp ok la sbb roti guna duit ko..kalo x kompem ak cop ko haji bakhil...huhu

DarkArtz said...

quzie, aku memang pemurah le.....
kan??
kan???
kan????

tikahmodjaika said...

pkcik2x....bler nk blnje ktrunk plak..

DarkArtz said...

tikah modja, xde duit la......
huhuhu, aku belanja guna duit kau leh x???
ngahahahaha........