Nak Tengok Meja Saintis???

Bismillah.........

Terasa banyak pula kawan-kawan yang dah kemaskinikan blog mereka pada hari ini. Ada terjadi apa-apakah pada hari ini?? Aku pun tak tahu. Apapun, aku pun tumpang sibuk nak kemaskinikan blog aku juga pada hari ni. Huhuhu........

Satu soalan kepada semua, "Pernah tengok tak meja saintis sebelum ni???"

Mesti kamu akan cakap tak pernah tengok. Paling tak pun 99% daripada kamu semua akan jawab "tak".

Jadi hari ni aku nak tunjuk satu gambar. Gambar meja kepunyaan saintis yang kacak dan rajin. Ohhhh, jangan ternganga jikalau ini merupakan kali pertama kamu tengok meja saintis. Pastikan mulut tu tertutup agar lalat tak masuk dan air liur tak keluar.


Jangan tanya aku, ini meja siapa. Aku seorang penyimpan rahsia dan aku takkan beritahu kamu yang meja ini sememangnya meja aku.

Dengan melambaknya buku Kriminologi yang tebal (nak buat presentation), buku Kimia yang gedabak (nak buat laporan), dan nota-nota DNA yang menimbun (CA) serta laporan-laporan makmal (OSPE).

Ohhhh, sibuknyaaaaa tahun ketiga semester kedua ni.........

p/s: jangan terkejut kalau aku beritahu meja saintis ini akan menjadi ibarat tongkang pecah dengan kesemakan 5 kali ganda daripada gambar di atas semasa musim peperiksaan nanti. Yup, jangan terkejut.......


36 jam lagi tempoh perit..........

Monday, March 22, 2010

9 Comments:

Unknown said...

npe laa ade sikat rmbut atas meja stadi? LOL

hm....klw org yg x terurus cmni...aku rse.. da best solution is...cepat kawen! then bru laa ade org nk tlg uruska idup ko. =b



tp kan...ko bl0m tgk meja saintis bi0med lg. aku rse lebey kurg or lg ter0k kot..T_T

Quzie Fathihah said...

meja saintist......
laptop--->mukabuku

Ms. Candy said...

haha...
da tau meja sape ni...
siap ada gambar lagi...
tapi kan, saintis ni kacak n rajin ke?
ble tgk gambar tu, x pn...~
hahaha...~

P/S:
++ rajin ape nye... bukak facebook...
++ x elok makan pringles, high sodium...=P nanti hypertension lak... da la ble tgk meja tu pn ley jd hypertension... hehehe...~
++ sila la kemas meja bila ada kelapangan... maid pn lari klau tgk meja bsepah camni... hahaha...~

Mohd LukMan said...

haha.. koya
nisah nasib bek meja aku dah kemas lepas dinner, sebelum tu lg teruk siap pinjm meja romate lg.. haha
alamak dietitian dah memberi komen2nya.. takut

Rosie Rose said...

jgn meja je serabut... tp takde hasil. hehehehe.. ada gak selit buku2 Krim. ye. Dasat2 gaks dgr korang kena wat byk tasks utk Krim. All the besh arrrr

Miss Rose

Unknown said...

Wohoooooo!!!!!!!!
hahaha.....sgt ser0nok wei, kita punya presentation was a success!!!
hahahaha!!!! wey...komen atas komen aku ni Miss Roslinya ka?? haha!!

chanz said...

Aku punya meja & katil pon tiap kali nak wat assginment, or ada ca akan jadi serabai...tapi setelah siap akan jadi elok balik~

DarkArtz said...

nisah: tugas sikat tersebut adalah untuk merapikan rambut aku sambil baca nota.......
hahahha, cepat kawen???
aku ke kau????
hahahaha.........

quzie: saintis berpendapat mukabuku dapat mengurangkan stress......
hak3..........

cik anne: saya tahu awak malu nak mengakui kekacakan dan kerajinan saintis ni seperti komen2 entri2 yang lepas........
xpe, saya faham, hahahaha.........
pringles tu saya makan sehari 5 keping je.......
kecuali dah takde makanan, semua pringles saya abiskan sekaligus........

DarkArtz said...

lukman: kau tak tengok meja aku masa matrik.......
kawan aku siap cakap, "meja kau ni dah macam tempat pelupusan sampah".........
sebab kat matrik dulu, aku jarang study kat meja.........

cik roslinya: aiseh, asal sebut kriminologi, mesti cik roslinya muncul......
hehehhe.......
memang dasat wooo, cik roslinya.......
sampai demam saya dibuatnya......
huhuhu........

che jo: seperti yang dr affizal katakan, kau memang seorang presentor yang hebat.........
relakssss, ahakz........
bertuah aku dapat teamate kau ngan ijon........

hakim: aku kalau ada CA ke takde ke, sama je.........
bila dah kemas pun, jadi semak balik.......
aku rasa meja aku memang layak masuk salah satu dari 7 benda ajaib di dunia........
hak3........