Lambat Sikit Rasanya........

Bismillah........

Aku tertarik dengan program Lawatan ke Beijing yang aku dah ceritakan dalam entri yang lepas. Namun begitu, program tersebut hanya akan berlangsung pada tahun hadapan, itu pun kalau tiada aral melintang. Malahan, malam ini baru bermulanya temuduga pemilihan untuk peserta ke sana. Jadi, lambat lagi nak bemula program tersebut.

Jadi, sementara kamu semua yang ingin ke Beijing ni menunggu satu tahun lagi untuk lawatan ini, apa kata aku bawa kamu melawat ke satu tempat lain terlebih dahulu??? Jangan bimbang, lawatan ini percuma sahaja. Jom kita pergi!!!

Lawatan ke Bilik DarkArtz

Bilik Dark Artz terletak di blok lelaki, Desasiswa Nurani, Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Di bilik inilah beliau menginap dan melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah (buat assignment, baca nota, buat kerja grafik etc.) dan juga kerja-kerja yang kurang berfaedah (tengok cerita kartun Digimon, balas surat peminat-peminat, ketawa seorang diri lepas baca komik One Piece etc.).

Ada banyak barang dalam bilik ni. Aku telah cuba meminimakan kuantiti barang yang ada dalam bilik ni agar tak bersemak, tapi bila aku kemas meja aku pada hujung minggu, keadaan kemas hanya bertahan 1 jam sahaja. Kemudian semak semula. Nak buang barang??? Ohhh, sayang……….. semua barang ada kenangan dan kegunaan. Sesetengah barang pula adalah pinjaman, tapi masih tak pulang-pulang.

Antara barang orang yang banyak membantu aku dalam menjalani kehidupan sehari-harian:

1. Buku Sudoku

Aku ke bilik Che Jo awal semester ini, terlihat pula buku ini di atas mejanya. Kalau aku tak silap, semester lepas dia beli. Aku lihat dalamnya, masih lagi kosong, tak dibuat.

“Kau tak buat ke Sudoku ni, Che?” aku bertanya.

“Tak ada masa. Kau buatlah.” Balas beliau.

Jadi, aku pun ambil, dan mengumumkan ianya hak milik aku sejak hari itu. Sehingga kini, buku tersebut masih belum dipulangkan pada Che Jo walaupun dah ¾ daripada semua Sudoku tu aku siapkan. Nantilah, dah siap semua aku pulangkan ye, Che.

2. Rubik’s Cubic

Aku ke bilik Che Jo lagi awal semester ini, dan aku terlihat Rubik’s Cubic ni. Tak tersiap. Che Jo kata, kalau aku hebat, mesti aku boleh selesaikan. Jadi, aku pinjam bawa balik bilik aku. Namun, tahap aku cuma boleh siapkan satu permukaan warna sahaja.

Sejak hari tu, aku berusaha dengan gigih mencari solusinya. Akhirnya, sempat aku menuntut ilmu menyelesaikannya dengan Kapten, dan juga di Youtube.

Selepas 3 minggu, agak-agak 17 kali aku dah boleh selesaikannya, aku isytiharkan aku dah mahir selesaikan Rubik’s Cubic. Barulah aku pulangkan semula pada Che Jo. Hahaha, minta maaf pulangkan lewat ye Che.

3. Payung


Awal semester lepas adalah semester yang asyik ditimpa hujan, sebab masa tu musim hujan. Jadi, pada waktu malam, aku selalu keluar makan dengan meminjam payung Che Jo. Jika beliau nak keluar makan, maka aku yang pesan belikan untuk aku, sebab kapasiti payung ni cuma boleh memuatkan 1 setengah orang je. Kalau boleh dikeratkan aku, tak apa juga.

Nak dijadikan cerita, satu hari aku nak pinjam juga payung daripada Che Jo sebab nak keluar makan. Kemudian, Che Jo beri aku satu payung, payung seperti gambar di atas.

“Ambillah payung tu, aku belikan untuk kau.” Katanya yang pemurah.

Aku terharu, untuk pertama kalinya orang belikan aku payung. Sebelum ni, kakak aku pun tak pernah belikan aku payung. Maka aku menerimanya dengan hati terbuka.

Oh ya, aku bayar juga harga payung tersebut pada Che Jo.

4. Kasut kulit


Hohohoho…….. ini adalah satu barang yang sering aku pinjam. Nak pergi praktikal bomba, pinjam. Nak pergi presentation komunikasi, pinjam. Nak pergi interview, pinjam juga. Walaupun dah buruk sikit, tapi kasut ni banyak jasanya kepada aku.

Kasut ni milik siapa??

Mestilah milik Che Jo.

Rasanya, ada lagi barang Che Jo yang aku pinjam dalam bilik aku ni. Namun, tak dapatlah aku nak ceritakan semuanya. Itu baru semester tahun ketiga, tak kira masa tahun pertama dengan kedua dulu. Kalau tak, dah boleh buat stor rasanya.

Kesimpulannya, tanpa barang-barang Che Jo, mungkin aku takkan jadi seperti aku pada hari ini. Barang-barang beliau, banyak memberi inspirasi kepada aku. Mungkin, tanpa barang-barang beliau, takkan ada blog Studio Seni Aku ini. Aku pula jenis kedekut, meminjam je lah kerja. Huhuhu……

Terima kasih Che Jo. Yang penting,

SELAMAT HARI LAHIR, SAHABAT.

SEMOGA KAU BERBAHAGIA DI SAMPING ORANG TERSAYANG.


Wednesday, March 10, 2010

14 Comments:

Mohd. Ikram said...

heh, first time aku komen... kadang-kadang posting ko ni lawak gak.. haha.. :P

DarkArtz said...

hoh, apabila ikram pun dah komen blog aku.........
huhuhu, blog aku ni mana banyak ilmu cam blog kau, ikram.........
blog lagha ni........
huhuhu.........

Unknown said...

sob...sob.....
jap2...nak mengelap air mata...haha!!! terharu dengan entry ini....wakakaka!!! thank you.....

weyh...bila ko snap gambar kasut buruk tu? haha!!! tapi kasut tu aku sayang tu.....dari form 5 aku pakai. rasanya tu lah kasut yg paling lama aku simpan.......so, ko org yg bertuah pakai kasut tu.

rubik cube tu.....smpai skrg aku tak dapat buat lagi..haha!

apapun....thank you weyh tuk post ini...wahaha!!!

Mohd. Ikram said...

ahh..aku tak kira, nak komen gak.. Ooo..patut la tadi ko pi tengok2 cubic tu kat jalan farmasi, ingatkan yg bilik ko tu ko punya..

-me- said...

sudoku!!!!!!
ohohoho~~~~~

Mohd. Ikram said...

che jo, mungkin cubic tu bakal jadi hadiah ke lima kot...hehe

Unknown said...

haha..adek aku pn ske rubik's cube tu. tp dia main yg 5x5.. gle. aku xreti. hua3.

Quzie Fathihah said...

haha..
sume bnda pnjm dr cj..
naseb baik cj 2 pemurah n baik hati..hihi..

p/s: selamat hari lahir CJ!!!

cik pooyuh said...

ish..amik ksempatan ka nie??mngtg2la org tu bek...suma dia nak pinjam erk...bgla hadiah besday kat dia...dia dh byk berjasa tuh..haish2..x reti2 lg ka nak bls???hahahaks..dark art2...

DarkArtz said...

che jo: hohoho, ni je la yang aku dapat buat........
nak belanja KFC, aku kedekut........
kikikiki........

ikram: hahahaha, aku ingat nak beli cubic tu sebab nak main kat bilik, sebelum ni asik main rumate aku punya ngan che j0 punya je........
tapi daus cakap, baik beli yang senang pusing, jadi aku tak beli pagi tu..........
huhuhu.......

tukangmasak: yaaaaa, SUDOKU!!!!!
che jo kata harga buku sudoku ni dua ringgit lebih je.........
tapi saya amik dari dia free jah...........
har3.........(ketawa evil)

nisah: ada ye 5x5???
mak aiii, tak pernah main lagi nih.........
nisahhhhhh, pinjam cubic tu leh tak???
ngeeeeeee........

DarkArtz said...

quzie: che jo memang baik hati........
aku je yang jahat...........
tapi aku hensem.........
hohohoo...........

pooyuh: anda jeles sebab tak dapat pinjam barang daripada kawan anda???
anda jeles sebab takde kawan yang baik hati bagi pinjam barang???
hak3.......... (ketawa guling2)

mir: kau????
selesaikan rubik cubic???
hak3........(ketawa guling2)
mampu ke???
hohoho, gurau je.........
aku ada video penyelesaiannya........
nak???

Unknown said...

haha...ade d0wh.

ari tu aku blikan utk adik aku yg 5x5..
kbmall..rm40.

ko cari ar~

tp kan....yg 5x5 cam snang sgt tercabut satu-satu dia pnye petak tu. xtau laa k0t2 yg aku bli tu low quality ke..haha.. tp xpe.. leh sambung balik. hua3.

cik pooyuh said...

ooo...gelak kat aku erk....bkn xdak org nak bg pnjam brg...mslhnya..aku nie yg bek ati x mau pnjam brg kat org..bkn mcm ang...hahahaha....

DarkArtz said...

nisah: rm40????
huhuhu, x mampu aku.......
che jo punya pun rm7-8 je..........
takpe la, nanti aku pikir 7 bulan dlu.........
takpun, kau cakaplah kat adik kau, aku nak pinjam.,........
hehehehe........

pooyuh: dengan kata nama lainnya, ang pun kedekut gak kan???
hahahahaha...........