Inilah Kemenangan Yang Dah Lama Aku Tunggu-tunggu

Bismillah.......

Pernah tak kamu main satu permainan yang bernama Minesweeper? Permainan percuma yang selalunya ada dalam sistem Window. Permainan yang banyak petak-petak, kemudian bila ditekan akan keluar nombor, ataupun kalau bertuah, kamu tekan, bom akan muncul menandakan kekalahan dan pengakhiran permainan tersebut?

Mesti pernah main, kan?

CERITA MINESWEEPER

Permainan Minesweeper sebenarnya permainan yang menggunakan pemikiran. Pemain akan diberikan petak-petak dimana pemain perlu membuat keputusan yang betul dalam membuka petak tersebut, kerana akan dibom dan kalah-sekalah-kalahnya tanpa kompromi. Faham tak ni?

Aku beri gambaran untuk budak darjah satu. Anggapkan semua petak tersebut adalah tanah lapang yang mempunyai bom di sesetengah kawasan. Pemain perlu mengembara ke semua tanah lapang tersebut tanpa memijaknya. Jika pemain terpijak bom tersebut, pemain akan mati. Okey, faham kan?

Permainan ini adalah permainan yang menggunakan kebarangkalian. Kamu tekan, kamu nampak nombor keluar. Kalau nombor 1, maknanya, dalam radius 8 petak di sekeliling petak 1 tu ada 1 bom. Kalau nombor 2, maknanya dalam radius 8 petak di sekeliling petak 2 tu ada 2 bom. Dan seterusnya.

Aku juga terbaca di Wikipedia yang ada formula untuk meramal di mana ada bom. Tapi amat memeningkan sebab ambil masa, kecuali kamu seorang ahli matematik yang bertauliah. Kalau kamu tak lepas matematik masa matrik, janganlah cuba formula tu.

Maka, kalau nak menang permainan ni, kita kena pandai berfikir, di mana terletaknya bom tersebut dan seterusnya membuka bahagian yang tak ada bom. Senang kan? Cubalah main dulu, baru tahu senang atau susah.

CERITA AKU

Mesti kamu terfikir kan kenapa aku buat entri mengenai permainan Minesweeper ni?

Sebenarnya…….

Sebenarnya…….

Sebenarnya…….

Berdebar tak????

Hohoho………

Sebenarnya, kelmarin, hari Khamis malam, aku dah berjaya menyelesaikan permainan Minesweeper. Wakakakaka……….. sungguh terharu. Rasa nak mengalir air mata, tapi aku tahan, sebab lelaki hensem mana menangis kan........

Aku sertakan kejayaan aku disini, moga menjadi pendorong buat kamu semua.......

Saja aku nak buat pengumuman di blog kerana di Google Talk dah aku umumkan, dan di Facebook pun dah aku umumkan. Cuma tinggal di blog saja.

Sejak dari kecil lagi aku tak pernah menang main permainan ni. Tekan-tekan, booommm!!!. Tekan-tekan, bommm!!! Sakit hati betul. Masa kecil dulu, mana pandai Bahasa Inggeris, jadi aku tak baca penerangan permainan ni. Masa tu, aku ingatkan, nombor-nombor yang keluar selepas ditekan tu adalah markah. Hahaha………

Ohhh, sungguh terharu……. Rupanya ada juga yang cemburu dengan keupayaan aku. Siapa yang cemburu? Oh, takkanlah aku nak kasitau yang beliau ni yang cemburu dengan kemenangan aku….

Kikikiki………

p/s: ada banyak perkara yang aku nak kongsikan, tapi aku malas pula nak menulis. Lama-kelamaan, cerita dah jadi lapok, dan aku masih tak menulis lagi cerita tersebut, hahahha.........

p/s2: aku semakin yakin dengan kata-kata kawan aku, "Kaulah genius yang muncul dalam seribu tahun.." ohhhhh.........

Saturday, March 27, 2010

9 Comments:

INFINITY said...

Takat the easiest apa kelasssssss! Hahhahahahahaha.

Nanti aku buktikan aku nya lak. (Gila sombong ayat :P)

DarkArtz said...

hahaha, sorang lagi budak jeles dah muncul........
hahahaha.......
fyi, aku dah menang 4 kali easiest mode, okay???
wakakakaka..........

Unknown said...

oi....dalam tak sihat pun smpt mengupdate nih...g baca nota nun...
permainan ni aku tara faham... 2 3 kali tekan mampus terus...pastu malas sudah nak main... main guli lagi best..haha!!

nf said...

kalau yg beginner ni.. dah biase gak la selesaikan. paling cepat penah buat 16 second, tapi lepas format laptop high score pun dah hilang.. :/

DarkArtz said...

che jo: supaya cerita ni tak lapok ditelan masa, aku terpaksa upload juga ari ni walaupun demam.........
hahahaha........

fatehah: ENAM BELAS SAAT??? (sila baca dengan nada terkejut, beliakkan mata jika perlu)
laju tul.........
aku nyer recod pun 2 minit lebih........
xpe2, aku masih beginner..........
huhuhu..........

Quzie Fathihah said...

hahaha...
semangat tol ko...

Din_diet said...

haha..tahniah azahiri...
aku asyik kena bom je kalau main minesweeper.kalau freecell, hearts atau solitaire ko xde tips ke? hahaha

chanz said...

aku 9 saat je wey easy....game2 nombor mmng faveret aku..lolz

mana gambar yg ko claim no. tu tunjuk salah..?

DarkArtz said...

quzie: biasa la tu..........
aku sentiasa bersemangat.........

din: kita mula dengan minesweeper dulu, pastu baru freecell dan lenlain........
huhuhu.........

hakim: 9 SAAT???
kau hentikan masa ke apa???
aku main pun nak kena pikir lagi.....
huishhhh........
nanti aku kasi gambar tu........
dah berkali2 minesweeper tipu aku........