Eishhhhh, Manalah Aku Letak Ni???

Bismillah.........

Sebelum kamu baca, aku minta maaf dahulu kerana entri kali ini agak panjang sedikit. Lebih kepada catatan diari....... Walau apapun, ia telah diringkaskan seringkas yang mungkin. Sebab, aku pun tak suka baca panjang-panjang sangat. Kikikiki........

*****

Khamis, 1.30 pagi.

Malam itu, langit kelam dengan kegelapan, tanpa ada sinar cahaya daripada bintang dan bulan. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, membuai helaian daunan pokok yang bergantungan manja. Melenggok ke kanan, ke kiri, ke kanan, ke kiri. Seketika kemudian, titisan air hujan mula perlahan-lahan turun membasahi bumi. Suhu kian turun mendadak……

Di kala itu, penghuni Desasiswa Nurani rata-ratanya telah pun tidur diulit mimpi. Kedinginan yang menyelubungi persekitaran menggoda mereka menarik selimut. Sedap…… Enak….. Kepada yang masih berjaga, mula terasa mengantuk. Katil memanggil sayu……. Bantal empok menunggu…… Mata kian kuyu……..

Aku gagahi diri. Terus menulis perkataan demi perkataan, sehinggalah membentuk ayat, yang kemudiannya membentuk perenggan. Seketika, aku melihat rujukan di skrin laptop, dan terus menulis. Terasa ingin menyelesaikan laporan makmal malam itu juga. Kopi putih Nescafe aku teguk sebagai bius menahan mengantuk.

Hingga pukul 3 pagi, siap juga laporanku. Aku tak membuaang masa. Terus sahaja aku menyahut seruan katil yang memanggil……..

Khamis, 8.30 pagi.

Laporan aku bawa sekali bersama buku Bahasa Inggerisku, yang diselit didalamnya. Sesungguhnya kelas Bahasa Inggeris pada pagi itu teramatlah bosan kerana hanya menunggu giliran untuk interview. Aku tertidur sekali-sekala. Namun, giliran aku tetap tidak sampai. Yalah, giliran aku nombor dua dari ‘belakang’.

Sempat juga Phang membelek-belek laporanku. Huh, nak tirulah tu. Tak apa, itu pun kalau dia boleh membaca tulisan aku yang ‘cantik’ tu.

Khamis, 2.00 petang.

Aku keletihan. Aktiviti makmal Pergigian Forensik amat memenatkan. Bila habis, pulang ke bilik bergegas sembahyang Zohor sebelum ke kelas Kimia Surih. Pun letih berjalan jauh melalui padang. Akhirnya kelas Kimia Surih tiada. Dan aku bercadang nak hantar laporan aku pada hari Ahad. Sempat juga Ijon berpesan pada aku yang dia hendak meminjam laporanku.

Ahad, 9.00 pagi.

Aku terkesima. Cari di sana, cari di sini, masih tak ketemu juga. Mana laporan makmalku?? Atas meja, tiada. Atas katil, pun tiada juga. Dalam buku Bahasa Inggeris, lagilah tiada. Ahhh, sudah……

Isnin, 4.30 petang.

Aku bertanya kepada Dayah sama ada aku dah hantar laporan aku atau belum. Mungkin aku terhantar di bawah minda separa sedar, siapa tahu kan??? Tapi beliau lagilah tak tahu.

Aku telefon Ijon, sama ada dia pinjam atau tidak, kan hari tu dia kata nak pinjam. Pun jawabnya, dia tak pinjam langsung.

Adakah Phang yang meminjamnya???

Aku semakin gelabah.

Selasa, 10.00 pagi.

Aku rasa, ada baik aku terus berjumpa dengan Mr. Paneer, untuk bertanya sama ada aku dah hantar laporanku atau belum kepada beliau. Mungkin ada orang lain yang hantarkan untuk aku, mungkin ada orang terjumpa laporanku tercicir di tengah jalan, lalu menghantarnya, atau mungkin aku dah hantar pada Dayah di bawah pengaruh minda separa sedar.

Tapi Mr. Paneer tiada petang itu.

Rabu, 11.00 pagi.

Habis sudah CA Kimia Surih pada pagi ini. Ingatnya hendak berjumpa dengan Mr. Paneer bertanya mengenai laporanku.

Sebelum bersurai, Che Jo sempat berkata,

“Hari tu aku amik sesuatu dari bilik kau, lupa nak kasi tau kau.”

“Amende???” halahai Che Jo, setakat kamus aku tu, pinjamlah. Aku sebulan pun belum tentu sentuh kamus tu.

“Aku amik lab report kau.” Jawab Che Jo.

CHE JO

PENCHHUUUURIKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK (sila baca dengan nada comel)

Dush, dush, dush……. (okey, yang ni sila baca dengan nada brutal)

Setelah berhari-hari aku mencari......... Huhuhu.........

p/s: bila kamu semua nak update blog??? Makin senyap bunyinya……… Aku rasa aku nak buat award lah. Bagi setiap orang daripada kamu. Supaya kamu dapat ilham nak tulis entri baru. Nantikannya……… hohoho………

Wednesday, March 17, 2010

15 Comments:

Unknown said...

kimia surih lam english pe?

Ms. Candy said...

haha...
x ley imagine cara kamu sebut sebut "CHE JO PENCHHUUUURIKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK" tu dgn nada comel...
x ssuai...~
hahahahahahaha...~

Quzie Fathihah said...

haha..cian ko..tp nsb bek cj yg pnjm..kalo ilang, abes la ko..kna wat lg skali..

oit, rindu nk baca entri terbaru ak ke???hahaha..ak mls nk b'blog skang..xde mood..huhu

nisah: trace chemical...kalo x silap la...uhuhu

-me- said...

euwwwwwwwww bahasa......



~kagom~

Unknown said...

wakakaka!!!! sorry2.....
aku mencuri dibawah pengaruh minda separa sedar...pastu lupa lak nak bgthu (namanya pun curi.....haha!!)

wey, nanti award tu make sure list penerima yang palis atas adalah aku... cop...cop....

Unknown said...

quzie: owh2. ok2..

DarkArtz said...

hanisah: kimia surih a.k.a forensic trace chemical analysis........
hohoho, saja shortform kan dalam bahasa melayu...........

cik anne: kenapa lak takleh bayangkan???
sebab saya tak comel tapi saya hensem????
hohohoh, maka sila la baca dengan nada hensem.........
kikikiki...........

quzie: ada gak aku terfikir nak tulis semula report aku........
tapi kena jumpa mr paneer dulu ntah2 dia ada simpan ke........
ada ke aku cakap rindu nak baca entri kau???
hak3........

DarkArtz said...

tukangmasak: sila lah kagummmmmm.........
saya kan budak sastera dulu masa sekolah menengah.........
huhuhu..........

che jo: kata cik roslinya, kita kena fikir, adakah perbuatan minda separa sedar tu satu kesalahan???
hohoho..........
maka adakah perbuatan kau ni bukan satu kesalahan???
award???
aku buat kategori kot.........
sila nantikannya.......

Lea Isnawi said...

aku nak number 2...
bawah che joe eh...
cop..cop..
hahaha....

btw, aku pun malas nak update blog...
huhu

Ms. Candy said...

hensem?
langsung TIDAK...
tolong la terima hakikat...
hahahaha...~
=P

chanz said...

tunggu abeh siap sume assignment baru saya update blog kot...!
huhuhuu..

DarkArtz said...

lea: kemungkinan dia ada kategori.......
takpe2, meh kita tengok adakah kau akan menang atau tak.........
huhuhu.........

cik anne: saya tau awak malu nak mengakuinya........
takpe2, saya anggap awak menyokong saya yang saya hensem.......
terima kasih banyak2 ye........
hahaha.........

hakim: cepat2lah abiskan assignment kau tu........
setiap ari aku check, xde pun sangat orang nak update blog.......
keciwa aku.......
huhuhu.........

Ms. Candy said...

awak...
tlg la pcaya kata2 saya ni...
saya mnyokong awak yg x hensem tu...
fakta ni...
jangan berangan ye...
hahahaha...~
(^-^)v

DarkArtz said...

ohhhh, saya sungguh tidak percaya sekali...........
huhuhu........

Ms. Candy said...

xpe la...
sekali je awak tak percaya...
banyak2 kali lagi mesti awk percaya...
XD hehe...~