Nasi Ayam Memang Sedap.

Bismillah.........

Entri kali ini sebenarnya aku nak bercerita mengenai Syawal yang terlalu suka meminta makanan daripada aku sehinggalah satu hari tu dia nampak aku beli makanan dan cuba nak minta daripada aku namun aku telah mengunci bilik aku dan dia mengetuk-ngetuk tak tahu malu di luar tetapi tidak juga aku buka sehinggalah dia berputus asa dan pulang kecewa ke bilik sambil aku ketawa guling-guling kesetanan. Tapi tak mengapalah, tak perlulah aku memalukan dia dalam entri kali ini.

*****

Aku bersama Azmir, Hanif dan Wali bekerja lebih masa dalam menyiapkan kerja kursus Pergigian Forensik. Agak menggilakan walaupun pada hakikatnya senang saja, tapi nak bermain dengan gambar agak susah. Pusing kamera ke sana, pusing kamera ke sini, tak dapat juga keputusan yang kami mahukan.

Satu ketika, aku dan Wali bertukar laptop. Semulajadi aku, aku akan godek laptop orang puas-puas. Samalah kalau aku dapat pendrive atau external orang, akan aku teroka puas-puas semua yang ada dalam tu walaupun dah diberi amaran supaya jangan buka fail lain. Apa aku peduli kan???

Godek punya godek, aku terjumpa gambar-gambar rakan sekelas yang ditangkap beberapa ketika dahulu. Agak nostalgik. Tapi aku lebih suka gambar yang kelakar. Apa barang gambar biasa kan? Tak menariklah kalau selalu sangat stereotaip. Mari kita tengok sama-sama.


GAMBAR 1 - Aku tak tahu ini gambar masa kelas apa. Tapi kalau kamu perhatikan, semua barisan depan aku tidur, Phang, Lukman, Azmir, dan Vino. Hahahahaha...... Letih sangat lah tu, kuat belajar malam kot. Tapi hantu betul kalau dah sampai tidur dalam satu barisan. Kasihan pensyarah kat depan wei, insaflah..........

GAMBAR 2 - Ini gambar yang baru ditangkap. Gambar aksi bebas. Kalau kamu tengok di belakang, tengok siapa yang hensem lompat paling tinggi sekali? Kalau tengok kat depan pula, tengok siapa yang hensem kontrol macho sambil duduk? Hakhakhak.........

GAMBAR 3 - Ini adalah gambar kesukaan aku. Gambar Rahim tengah menari gelek dengan Amirah. Muka Amirah dah tak tahan. Rahim pula masih bertenaga nak teruskan 7 pusingan lagi. Yang tak boleh aku tahan pasal gambar ni, aku pun termasuk kat belakang sambil ketawa tunjuk arah diorang. Hahahaha..... Siapa lah jurukamera yang kreatif ni???

GAMBAR 4 - Ingat aku tak suka posing?? Inilah pose kesukaan aku. Merosakkan gambar muka orang. Wakakakaka..........

GAMBAR 5 - Aku rasa masa ini masa aktiviti makmal Toksikologi. Wali cakap gambar aku macam saintis. Wahahaha..... Tapi memang siot, Ijon pula rosakkan gambar. Siot kau Jon.

GAMBAR 6 - Gambar terakhir semasa praktikal di Akademi Bomba. Mula-mula perhatikan di belakang. Che Jo cuba buat gaya apa, aku pun tak tau. Dia nak buat gaya bercantum ke? Hahahaha......... Okey, sekarang perhatikan pula di hadapan. Tengok muka Amirah dan Quzie. Aku rasa diorang tengah tengok burung gagak melintas sambil kontrol ayu nak mengorat burung tersebut. Apapun, diorang yang lebih tahu........

GAMBAR 7 - Suet Kee ada tanduk!!!! Hakhakhak......... (Oh, jangan beritahu dia pasal gambar ni, kalau tak mesti dia bunuh aku.)

GAMBAR 8 - Tak puas dengan gambar 7, kali ni aku tembak kepala Suet Kee pula. Dua tangan pula tu. Wakakakaka....... Puas, puas....... (Oh, gambar ni pun tolong jangan tunjuk dan beritahu Suet Kee, kalau tak, mayat aku hilang tak dijumpai kot lepas ni.)

Oh, tak perlulah aku tunjuk banyak-banyak gambar. Kalau tak ada banyak lagi gambar aku nak tunjuk, gambar budak korek hidung, gambar budak tidur dan bermacam-macam lagi. Tapi demi tak mengaibkan mereka, biarlah gambar tersebut menjadi rahsia. Hahahaha......

Aku akhiri entri kali ini dengan gambar di bawah:

Hakhakhak........(ketawa guling-guling) Apahal kau Jon buat muka macam tu???



SELAMAT HARI LAHIR kepada IJON & NADIA.
SEMOGA KORANG BERDUA BAHAGIA DI SAMPING ORANG TERSAYANG......

Walaupun korang tak baca blog picisan ni. Huhuhu.....

p/s: perasan tak sesuatu? Bila ada gambar budak laki forensik saja, mesti gambar tersebut jadi kelakar. Kebetulan??

Wednesday, March 31, 2010

Inilah Kemenangan Yang Dah Lama Aku Tunggu-tunggu

Bismillah.......

Pernah tak kamu main satu permainan yang bernama Minesweeper? Permainan percuma yang selalunya ada dalam sistem Window. Permainan yang banyak petak-petak, kemudian bila ditekan akan keluar nombor, ataupun kalau bertuah, kamu tekan, bom akan muncul menandakan kekalahan dan pengakhiran permainan tersebut?

Mesti pernah main, kan?

CERITA MINESWEEPER

Permainan Minesweeper sebenarnya permainan yang menggunakan pemikiran. Pemain akan diberikan petak-petak dimana pemain perlu membuat keputusan yang betul dalam membuka petak tersebut, kerana akan dibom dan kalah-sekalah-kalahnya tanpa kompromi. Faham tak ni?

Aku beri gambaran untuk budak darjah satu. Anggapkan semua petak tersebut adalah tanah lapang yang mempunyai bom di sesetengah kawasan. Pemain perlu mengembara ke semua tanah lapang tersebut tanpa memijaknya. Jika pemain terpijak bom tersebut, pemain akan mati. Okey, faham kan?

Permainan ini adalah permainan yang menggunakan kebarangkalian. Kamu tekan, kamu nampak nombor keluar. Kalau nombor 1, maknanya, dalam radius 8 petak di sekeliling petak 1 tu ada 1 bom. Kalau nombor 2, maknanya dalam radius 8 petak di sekeliling petak 2 tu ada 2 bom. Dan seterusnya.

Aku juga terbaca di Wikipedia yang ada formula untuk meramal di mana ada bom. Tapi amat memeningkan sebab ambil masa, kecuali kamu seorang ahli matematik yang bertauliah. Kalau kamu tak lepas matematik masa matrik, janganlah cuba formula tu.

Maka, kalau nak menang permainan ni, kita kena pandai berfikir, di mana terletaknya bom tersebut dan seterusnya membuka bahagian yang tak ada bom. Senang kan? Cubalah main dulu, baru tahu senang atau susah.

CERITA AKU

Mesti kamu terfikir kan kenapa aku buat entri mengenai permainan Minesweeper ni?

Sebenarnya…….

Sebenarnya…….

Sebenarnya…….

Berdebar tak????

Hohoho………

Sebenarnya, kelmarin, hari Khamis malam, aku dah berjaya menyelesaikan permainan Minesweeper. Wakakakaka……….. sungguh terharu. Rasa nak mengalir air mata, tapi aku tahan, sebab lelaki hensem mana menangis kan........

Aku sertakan kejayaan aku disini, moga menjadi pendorong buat kamu semua.......

Saja aku nak buat pengumuman di blog kerana di Google Talk dah aku umumkan, dan di Facebook pun dah aku umumkan. Cuma tinggal di blog saja.

Sejak dari kecil lagi aku tak pernah menang main permainan ni. Tekan-tekan, booommm!!!. Tekan-tekan, bommm!!! Sakit hati betul. Masa kecil dulu, mana pandai Bahasa Inggeris, jadi aku tak baca penerangan permainan ni. Masa tu, aku ingatkan, nombor-nombor yang keluar selepas ditekan tu adalah markah. Hahaha………

Ohhh, sungguh terharu……. Rupanya ada juga yang cemburu dengan keupayaan aku. Siapa yang cemburu? Oh, takkanlah aku nak kasitau yang beliau ni yang cemburu dengan kemenangan aku….

Kikikiki………

p/s: ada banyak perkara yang aku nak kongsikan, tapi aku malas pula nak menulis. Lama-kelamaan, cerita dah jadi lapok, dan aku masih tak menulis lagi cerita tersebut, hahahha.........

p/s2: aku semakin yakin dengan kata-kata kawan aku, "Kaulah genius yang muncul dalam seribu tahun.." ohhhhh.........

Saturday, March 27, 2010

Nak Tengok Meja Saintis???

Bismillah.........

Terasa banyak pula kawan-kawan yang dah kemaskinikan blog mereka pada hari ini. Ada terjadi apa-apakah pada hari ini?? Aku pun tak tahu. Apapun, aku pun tumpang sibuk nak kemaskinikan blog aku juga pada hari ni. Huhuhu........

Satu soalan kepada semua, "Pernah tengok tak meja saintis sebelum ni???"

Mesti kamu akan cakap tak pernah tengok. Paling tak pun 99% daripada kamu semua akan jawab "tak".

Jadi hari ni aku nak tunjuk satu gambar. Gambar meja kepunyaan saintis yang kacak dan rajin. Ohhhh, jangan ternganga jikalau ini merupakan kali pertama kamu tengok meja saintis. Pastikan mulut tu tertutup agar lalat tak masuk dan air liur tak keluar.


Jangan tanya aku, ini meja siapa. Aku seorang penyimpan rahsia dan aku takkan beritahu kamu yang meja ini sememangnya meja aku.

Dengan melambaknya buku Kriminologi yang tebal (nak buat presentation), buku Kimia yang gedabak (nak buat laporan), dan nota-nota DNA yang menimbun (CA) serta laporan-laporan makmal (OSPE).

Ohhhh, sibuknyaaaaa tahun ketiga semester kedua ni.........

p/s: jangan terkejut kalau aku beritahu meja saintis ini akan menjadi ibarat tongkang pecah dengan kesemakan 5 kali ganda daripada gambar di atas semasa musim peperiksaan nanti. Yup, jangan terkejut.......


36 jam lagi tempoh perit..........

Monday, March 22, 2010

Eishhhhh, Manalah Aku Letak Ni???

Bismillah.........

Sebelum kamu baca, aku minta maaf dahulu kerana entri kali ini agak panjang sedikit. Lebih kepada catatan diari....... Walau apapun, ia telah diringkaskan seringkas yang mungkin. Sebab, aku pun tak suka baca panjang-panjang sangat. Kikikiki........

*****

Khamis, 1.30 pagi.

Malam itu, langit kelam dengan kegelapan, tanpa ada sinar cahaya daripada bintang dan bulan. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, membuai helaian daunan pokok yang bergantungan manja. Melenggok ke kanan, ke kiri, ke kanan, ke kiri. Seketika kemudian, titisan air hujan mula perlahan-lahan turun membasahi bumi. Suhu kian turun mendadak……

Di kala itu, penghuni Desasiswa Nurani rata-ratanya telah pun tidur diulit mimpi. Kedinginan yang menyelubungi persekitaran menggoda mereka menarik selimut. Sedap…… Enak….. Kepada yang masih berjaga, mula terasa mengantuk. Katil memanggil sayu……. Bantal empok menunggu…… Mata kian kuyu……..

Aku gagahi diri. Terus menulis perkataan demi perkataan, sehinggalah membentuk ayat, yang kemudiannya membentuk perenggan. Seketika, aku melihat rujukan di skrin laptop, dan terus menulis. Terasa ingin menyelesaikan laporan makmal malam itu juga. Kopi putih Nescafe aku teguk sebagai bius menahan mengantuk.

Hingga pukul 3 pagi, siap juga laporanku. Aku tak membuaang masa. Terus sahaja aku menyahut seruan katil yang memanggil……..

Khamis, 8.30 pagi.

Laporan aku bawa sekali bersama buku Bahasa Inggerisku, yang diselit didalamnya. Sesungguhnya kelas Bahasa Inggeris pada pagi itu teramatlah bosan kerana hanya menunggu giliran untuk interview. Aku tertidur sekali-sekala. Namun, giliran aku tetap tidak sampai. Yalah, giliran aku nombor dua dari ‘belakang’.

Sempat juga Phang membelek-belek laporanku. Huh, nak tirulah tu. Tak apa, itu pun kalau dia boleh membaca tulisan aku yang ‘cantik’ tu.

Khamis, 2.00 petang.

Aku keletihan. Aktiviti makmal Pergigian Forensik amat memenatkan. Bila habis, pulang ke bilik bergegas sembahyang Zohor sebelum ke kelas Kimia Surih. Pun letih berjalan jauh melalui padang. Akhirnya kelas Kimia Surih tiada. Dan aku bercadang nak hantar laporan aku pada hari Ahad. Sempat juga Ijon berpesan pada aku yang dia hendak meminjam laporanku.

Ahad, 9.00 pagi.

Aku terkesima. Cari di sana, cari di sini, masih tak ketemu juga. Mana laporan makmalku?? Atas meja, tiada. Atas katil, pun tiada juga. Dalam buku Bahasa Inggeris, lagilah tiada. Ahhh, sudah……

Isnin, 4.30 petang.

Aku bertanya kepada Dayah sama ada aku dah hantar laporan aku atau belum. Mungkin aku terhantar di bawah minda separa sedar, siapa tahu kan??? Tapi beliau lagilah tak tahu.

Aku telefon Ijon, sama ada dia pinjam atau tidak, kan hari tu dia kata nak pinjam. Pun jawabnya, dia tak pinjam langsung.

Adakah Phang yang meminjamnya???

Aku semakin gelabah.

Selasa, 10.00 pagi.

Aku rasa, ada baik aku terus berjumpa dengan Mr. Paneer, untuk bertanya sama ada aku dah hantar laporanku atau belum kepada beliau. Mungkin ada orang lain yang hantarkan untuk aku, mungkin ada orang terjumpa laporanku tercicir di tengah jalan, lalu menghantarnya, atau mungkin aku dah hantar pada Dayah di bawah pengaruh minda separa sedar.

Tapi Mr. Paneer tiada petang itu.

Rabu, 11.00 pagi.

Habis sudah CA Kimia Surih pada pagi ini. Ingatnya hendak berjumpa dengan Mr. Paneer bertanya mengenai laporanku.

Sebelum bersurai, Che Jo sempat berkata,

“Hari tu aku amik sesuatu dari bilik kau, lupa nak kasi tau kau.”

“Amende???” halahai Che Jo, setakat kamus aku tu, pinjamlah. Aku sebulan pun belum tentu sentuh kamus tu.

“Aku amik lab report kau.” Jawab Che Jo.

CHE JO

PENCHHUUUURIKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK (sila baca dengan nada comel)

Dush, dush, dush……. (okey, yang ni sila baca dengan nada brutal)

Setelah berhari-hari aku mencari......... Huhuhu.........

p/s: bila kamu semua nak update blog??? Makin senyap bunyinya……… Aku rasa aku nak buat award lah. Bagi setiap orang daripada kamu. Supaya kamu dapat ilham nak tulis entri baru. Nantikannya……… hohoho………

Wednesday, March 17, 2010

Poster dan Logo Quranic Generation Yang Menarik....

Bismillah.........

Mari kita lihat.........







Cantik kan???

Oppss, bukan aku yang membuatnya, tapi ada seseorang tu yang membuatnya. Yup, aku akui, semua rekaan poster termasuk logo untuk Quranic Generation ini amat cantik, mungkin lebih cantik daripada yang aku buat.

Komposisi rekaletak yang kreatif, gambar yang unik, perkataan yang tak terlalu banyak, rekaan yang ringkas namun padat, cetakan warna penuh (full-color)......... Hebat perekanya......

Pendapat peribadi, aku beri markah 4 daripada 5 untuk semua hasil kerjanya ini. Juga boleh menjadi rujukan aku dan kamu semua pada masa akan datang.

Kamu tahu siapa perekanya???

Ohhh, beliau seorang yang berbakat besar, namun biarlah aku simpan namanya dahulu daripada memberitahu di sini.

Sebabnya??

Aku tak minta pun kebenarannya nak buat entri mengenai beliau di sini......... Bimbang beliau marah pula jikalau aku mendedahkan namanya. Huhuhuhu.........

p/s: apabila nak buat assignment sahaja, mesti internet terputus. Aku ingatkan hanya di Murni yang mengalami keputusan bekalan elektrik, rupanya kesannya sampai ke Nurani. Kenapa tak naikkan notis di Nurani ya?

p/s 2: pepatah Mat Salleh ada mengatakan, don't judge a book by it's cover........ Tajuk entri budak ini cukup gempak, tapi bila buka, hampehhhhh......... Hahahaha.........

Saturday, March 13, 2010

Lambat Sikit Rasanya........

Bismillah........

Aku tertarik dengan program Lawatan ke Beijing yang aku dah ceritakan dalam entri yang lepas. Namun begitu, program tersebut hanya akan berlangsung pada tahun hadapan, itu pun kalau tiada aral melintang. Malahan, malam ini baru bermulanya temuduga pemilihan untuk peserta ke sana. Jadi, lambat lagi nak bemula program tersebut.

Jadi, sementara kamu semua yang ingin ke Beijing ni menunggu satu tahun lagi untuk lawatan ini, apa kata aku bawa kamu melawat ke satu tempat lain terlebih dahulu??? Jangan bimbang, lawatan ini percuma sahaja. Jom kita pergi!!!

Lawatan ke Bilik DarkArtz

Bilik Dark Artz terletak di blok lelaki, Desasiswa Nurani, Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Di bilik inilah beliau menginap dan melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah (buat assignment, baca nota, buat kerja grafik etc.) dan juga kerja-kerja yang kurang berfaedah (tengok cerita kartun Digimon, balas surat peminat-peminat, ketawa seorang diri lepas baca komik One Piece etc.).

Ada banyak barang dalam bilik ni. Aku telah cuba meminimakan kuantiti barang yang ada dalam bilik ni agar tak bersemak, tapi bila aku kemas meja aku pada hujung minggu, keadaan kemas hanya bertahan 1 jam sahaja. Kemudian semak semula. Nak buang barang??? Ohhh, sayang……….. semua barang ada kenangan dan kegunaan. Sesetengah barang pula adalah pinjaman, tapi masih tak pulang-pulang.

Antara barang orang yang banyak membantu aku dalam menjalani kehidupan sehari-harian:

1. Buku Sudoku

Aku ke bilik Che Jo awal semester ini, terlihat pula buku ini di atas mejanya. Kalau aku tak silap, semester lepas dia beli. Aku lihat dalamnya, masih lagi kosong, tak dibuat.

“Kau tak buat ke Sudoku ni, Che?” aku bertanya.

“Tak ada masa. Kau buatlah.” Balas beliau.

Jadi, aku pun ambil, dan mengumumkan ianya hak milik aku sejak hari itu. Sehingga kini, buku tersebut masih belum dipulangkan pada Che Jo walaupun dah ¾ daripada semua Sudoku tu aku siapkan. Nantilah, dah siap semua aku pulangkan ye, Che.

2. Rubik’s Cubic

Aku ke bilik Che Jo lagi awal semester ini, dan aku terlihat Rubik’s Cubic ni. Tak tersiap. Che Jo kata, kalau aku hebat, mesti aku boleh selesaikan. Jadi, aku pinjam bawa balik bilik aku. Namun, tahap aku cuma boleh siapkan satu permukaan warna sahaja.

Sejak hari tu, aku berusaha dengan gigih mencari solusinya. Akhirnya, sempat aku menuntut ilmu menyelesaikannya dengan Kapten, dan juga di Youtube.

Selepas 3 minggu, agak-agak 17 kali aku dah boleh selesaikannya, aku isytiharkan aku dah mahir selesaikan Rubik’s Cubic. Barulah aku pulangkan semula pada Che Jo. Hahaha, minta maaf pulangkan lewat ye Che.

3. Payung


Awal semester lepas adalah semester yang asyik ditimpa hujan, sebab masa tu musim hujan. Jadi, pada waktu malam, aku selalu keluar makan dengan meminjam payung Che Jo. Jika beliau nak keluar makan, maka aku yang pesan belikan untuk aku, sebab kapasiti payung ni cuma boleh memuatkan 1 setengah orang je. Kalau boleh dikeratkan aku, tak apa juga.

Nak dijadikan cerita, satu hari aku nak pinjam juga payung daripada Che Jo sebab nak keluar makan. Kemudian, Che Jo beri aku satu payung, payung seperti gambar di atas.

“Ambillah payung tu, aku belikan untuk kau.” Katanya yang pemurah.

Aku terharu, untuk pertama kalinya orang belikan aku payung. Sebelum ni, kakak aku pun tak pernah belikan aku payung. Maka aku menerimanya dengan hati terbuka.

Oh ya, aku bayar juga harga payung tersebut pada Che Jo.

4. Kasut kulit


Hohohoho…….. ini adalah satu barang yang sering aku pinjam. Nak pergi praktikal bomba, pinjam. Nak pergi presentation komunikasi, pinjam. Nak pergi interview, pinjam juga. Walaupun dah buruk sikit, tapi kasut ni banyak jasanya kepada aku.

Kasut ni milik siapa??

Mestilah milik Che Jo.

Rasanya, ada lagi barang Che Jo yang aku pinjam dalam bilik aku ni. Namun, tak dapatlah aku nak ceritakan semuanya. Itu baru semester tahun ketiga, tak kira masa tahun pertama dengan kedua dulu. Kalau tak, dah boleh buat stor rasanya.

Kesimpulannya, tanpa barang-barang Che Jo, mungkin aku takkan jadi seperti aku pada hari ini. Barang-barang beliau, banyak memberi inspirasi kepada aku. Mungkin, tanpa barang-barang beliau, takkan ada blog Studio Seni Aku ini. Aku pula jenis kedekut, meminjam je lah kerja. Huhuhu……

Terima kasih Che Jo. Yang penting,

SELAMAT HARI LAHIR, SAHABAT.

SEMOGA KAU BERBAHAGIA DI SAMPING ORANG TERSAYANG.


Wednesday, March 10, 2010

Untuk Semua Orang, Korang Nak Pergi Beijing Tak???

Bismillah..........

Aku dengan Iman berjalan ke pasar malam, semalam. Niat kami untuk membeli makanan di pasar malam tertangguh apabila aku mengajak Iman pergi sebentar ke MYDIN yang baru di buka di Kubang Kerian, berhampiran dengan pasar malam. Rambang mata aku ketika melihat barangan yang dijual. Bayangkanlah, aku bukan seorang yang suka berfoya-foya dan bershopping di pasaraya atau apa-apa jenis kedai, kecuali kedai buku. Tapi bila aku tengok barang murah-murah, aku terus terasa nak bershopping sakan malam tu juga.

Apakan daya, hajatku terbantut. Melihat barisan pengunjung yang sedang berbaris di kaunter untuk pembayaran terlalu panjang, hinggakan orang yang tak membeli barangan nak keluar pun susah (akulah tu). Ohhhh, rasanya, minggu depan baru aku dapat bershopping.

Kecewa, aku dan Iman keluar dari MYDIN dan terus meluru ke gerai mee Mamee percuma, dan berebut dengan kanak-kanak yang lain yang sedang berasak di situ untuk mengambil mee Mamee percuma tersebut.

******

Malam, hari Rabu yang lepas, aku sedang menikmati makan malam percuma sempena jamuan Seminar Kecemerlangan SPM. Oh, makanan yang dihidangkan sangat sedap. Lagi sedap apabila makanan yang sepatutnya dikongsi 10 orang untuk satu meja hanya dikongsi oleh kami berlima sahaja. Lebih sedap lagi apabila Terk dan Ikhlas dengan muka tak malunya, selamba minta tambah nasi dan lauk…….. Demi tak mahu makanan tersebut dibazirkan begitu saja, aku pun turut tambah sepinggan lagi. Huhuhuhu.

Nak dijadikan cerita, semasa kami sedang menonton tayangan video SKSPM, telefon aku berdering. Rupanya Wali yang menelefon aku. Hoh, ada kerjalah ni. Tak pernah Wali telefon aku sekadar nak tanya khabar kemudian sembang-sembang kosong selama satu jam tiga puluh minit. Betul cakap aku. Dia meminta aku agar menolong mereka sebuah poster untuk program yang akan dilangsungkan oleh pelajar tahun pertama. Program tu agak besar. Namun posternya agak kurang menarik, kata Wali.

Aku bersetuju menolongnya atas dasar kasihan kepada juniorku. Prihatin kan aku??? Namun, pelajar tahun satu tu hendakkan poster tu pagi esoknya juga. Ini agak susah bagi aku untuk mereka poster dalam satu malam. Selalunya nak buat poster, aku akan rileks dua tiga hari, dan tidur dan makan secukupnya sampailah idea datang, kemudian baru buat poster. Aku masih belum professional sampai dapat idea sekejap saja.

Walaupun satu malam, aku terima juga.

Program Lawatan Amal Siswa Lestari ke Beijing. Program yang dicadangkan oleh Pusat Bahasa, kata Zul, seorang junior aku yang terlibat. Aku melihat program ini seperti program pengantarabangsaan USM yang nak dijalankan oleh desasiswa Murni dan Nurani cuti nanti. Program ini akan berlangsung pada tahun hadapan, demi membuka ruang segala persiapan dan juga mencari penajaan. Apapun, kamu boleh juga mengikutinya, termasuklah tahun ketiga sekarang. Cuma perlu hadiri temuduga minggu depan untuk pemilihan. Pergi Beijing weih, boleh lawat Tembok Besar Cina.

Malam tu, aku tidur lewat, pening memikirkan reka bentuk poster yang bagaimana perlu aku buat. Aku terfikir nak buat bentuk grunge lagi, tapi bila fikir dalam-dalam, rasanya tak berbaloi sebab ini cuma poster temuduga sahaja. Maka baiklah kiranya aku buat yang ringkas sahaja. Walaupun ringkas, tapi kalau nak menarik ramai orang masuk, kena jadikan ia menarik.

Mengantuk + assignment tak siap + letih + tiada idea = buat ringkas, cukuplah.

Jadi, aku ambil gambar bumi yang ada jaringan network di internet yang telah aku jumpa beberapa bulan dahulu. Kemudian, aku tambah perkataan seperti rekaan baju aku untuk budak Diploma Kejururawatan. Hasilnya ringkas sahaja seperti di bawah.

Agak ringkas. Aku dapat idea daripada poster wayang. Huhuhu...........

Esoknya, aku tak datang kelas Bahasa Inggeris……… Syahid sampai pukul 8.30 pagi gara-gara menyiapkan poster malam tadi ditambah buat assignment. Puan Rafida mesti dah kunci pintu dah.

Di kelas Kimia Surih, Wali berkata keputusan poster aku.

“Penasihat diorang kata poster tu cantik……” kata Wali.

Aku diam sahaja. Tidak menunjukkan sebarang perasaan. Menunggu komen seterusnya.

“Tapi…..” ohhh, bertapi-tapi yang aku lemah ni.

“Dia tanya, seluruh poster warna hitam, HEP nak sain di mana??”

……..

……..

……..

“Ha’ahkan……… Tak terfikir pula aku.” Aku jawab dengan muka tak bersalah.

p/s: aku tak bersalah kan???

Saturday, March 6, 2010