Tika Menangkap Gambar di Lata Tembakah

Bismillah..........

Agak keletihan aku minggu ni. Setiap hari, kelas asyik habis lewat sahaja. Petang pula ada latihan makmal. Ingatkan bolehlah aku berehat pada hari Khamis petang, Jumaat dan Sabtu, namun ada pula kuliah daripada PDRM pada hari Khamis dan Jumaat. Hari Sabtu (semalam) pun tak dapat rehat sebab ada praktikal fotografi.

Ohhhhh, kehidupan tahun ketiga semester kedua agak memeritkan……..

*******

“Hafiz, hari Jumaat dengan Sabtu kau ada guna kamera tak?” tanya aku.

“Takde kot. Kenapa?” Hafiz menjawab.

“Aku nak pinjam kamera ang leh tak??” aku bertanya sambil tersenyum manis, nampak kehenseman aku di situ.

“Pinjamlah. Aku tak guna kot hujung minggu ni.” Adakah Hafiz tergoda dengan senyuman aku? Dia sahaja yang tahu.......

Hafiz adalah antara kawan aku yang mempunyai kamera DSLR. Mesti kamu tak tahu apa tu DSLR. Aku pun tahu hanya selepas 3 kali meng'google' di internet, dan jumpa maknanya di Wikipedia. Kamera Digital Single Lens Reflex. Kamera dialah yang aku gunakan semalam semasa membuat praktikal fotografi di Lata Tembakah.

Tujuan aku meminjam kamera DSLRnya awal-awal lagi ada dua sebab. Pertama, aku ada masa untuk berlatih cara nak menggunakannya. Kedua, aku tak nak beratur dengan budak-budak lain untuk berebut menggunakan kamera DSLR yang sedia ada. Kalau tak, mesti aku orang yang terakhir dapat guna. Selalunya begitulah....

Ya, dan di sana, memang aku tak berebut menggunakan kamera DSLR. Yang lebih sedap lagi, aku dan Che Jo memang conquer kamera tersebut. Mungkin kawan-kawan yang lain takut nak minta pinjam kerana muka aku menggerunkan. Aku pun tak tahu.

Jadi, malas nak bercerita panjang aktiviti di sana, aku sertakan di entri ini gambar-gambar yang merupakan hasil tangan aku di sana. Silalah hayatinya. Ini jugalah hasil pembelajaran aku sepanjang terlibat dengan kelas Kokurikulum Fotografi.

Pemandangan air terjun.

Pergerakan air yang perlahan, guna slow shutter speed.

Potret Che Jo. Guna teknik potret dan 'bad bokeh' di belakangnya.

Hahaha, masa ni Che Jo dah seronok jadi model Tarzan Malaya.

Fotografi teknik makro.

Gambar bunga....... bunga.... bunga... tak tahu nama bunga tersebut.

Kalau korang klik, korang akan nampak kerengga di situ.

Gambar pepatung. Encik Rose puji gambar ni....

Gambar yang tak sengaja di ambil, masa ni ingatkan saja nak ajar Che Jo, tiba-tiba cantik pula rasanya.


Oh ya, sebelum aku tamatkan entri aku kali ini, ada satu cerita yang terjadi di sana sebenarnya. Cerita ini melibatkan Cik Anne kita.

Dalam masa awal-awal aku mengambil gambar, aku duduk di sebuah batu sungai, dan Che Jo berada di batu sungai yang lain. Tiba-tiba Che Jo menjerit,

“Zul, amik gambar model-model tu” katanya seraya menunjukkan sekumpulan manusia yang sedang berada di tepi sungai sebelah sana.

Aku pun agak keliru. Model yang mana satu kan? Akhirnya aku pun ambil keputusan untuk berpura-pura menangkap gambar mereka semua. Yalah kan, mereka pun bukannya perasan aku tangkap gambar. Sebenarnya aku pun cuma nak tentukan aperture apa yang sesuai untuk tangkap gambar. Hakikatnya, semua gambar tak jelas, sebab aku cuma nak betulkan aperture sahaja.

Rupa-rupanya dalam masa aku menangkap gambar ‘model-model’ tersebut, ada dua orang budak tengah berposing. Dan, aku tak sedar. Hahaha, dengar cerita dua-tiga kali juga diorang posing bila aku naikkan kamera, cuba aperture yang berlainan.

Gambar pembetulan aperture. Bulatan menunjukkan ada budak tengah posing di situ..... dan aku pula boleh tak sedar.... hahaha......

Aku pendekkan cerita. Sebelum pulang ke USMKK, Cik Anne sempat berkata, “Tunjuklah gambar kitorang yang kau amik tadi.”

“Hah, bila masa lak amik gambar korang?” aku dah pelik.

“Allaaaa, yang tadi aku suruh kau amik tu.” Che Jo ingatkan aku.

Ahhhh sudahhhhh. Aku betulkan aperture je, mana ada tangkap gambar diorang. Hahaha…..

Jadi aku jawab “Aku tak tangkap kot. Tak perasan……..”

Hahaha, akibatnya Cik Anne kita kecil hati…….. dialah model yang berposing yang aku katakan tadi, dengan kawan dia yang kecil yang berwarna putih, maaf, aku lupa nama dia.

Jadi aku tawarkan,

“Meh tangkap gambar baru meh.” Dengan nada memujuk kanak-kanak ribena.

“Tak mau.” Dia muncungkan mulut. Kawan dia yang putih tu okey je. Jadi aku pun tangkap la satu gambar, yang tak memasukkan gambar dia. Dia yang cakap tak mahu masuk kan…. Gambar seperti di bawah.

Cik Anne kata tak nak masuk, jadi aku tak masukkan muka dia.

Bila aku tunjuk, dia bertambah merajuk lagi……… Hahahaha, rupanya dia nak gambar dia masuk juga. Tadi kata tak nak, lepas tu nak pula. Tak faham betul aku dengan kanak-kanak ribena ni.

Akhirnya, aku tangkap juga gambar dia, siap penuh satu gambar lagi muka dia……..

Pun, dia kecil hati juga. Tak faham betul aku. Siap tulis di entri blognya lagi tu.

Aku pula, nak buat macam mana kan??? Ketawa sajalah…..

Hahahahahhahaha………..

Gambar ni Che Jo tangkap, gelap sikit.

Ni aku tangkap, muka senyum dia bercampur merajuk.

Agak-agak kamu, aku bersalah ke dalam hal ni???

Ohhh, terima kasih kerana menyokong aku kerana mengatakan aku tidak bersalah........ Hahaahha.......

Sunday, February 28, 2010

Eleh, Aku Pun Dapat Coklat.......... Hahahaha........

Bismillah...........

Sebelum kamu terus membaca entri ini, mungkin kamu perlu tahu bahawa entri kali ini tak ada kaitan dengan entri budak ini. Jadi, jangan bandingkan entri aku dengan entri dia ye...... Hahahaha……...

**********

Waktu tu, aku tengah lapar. Dan kebetulan aku sedang bermain facebook dengan kawan-kawan aku. Beliau adalah salah seorang kawan baru yang baru aku kenal di Facebook. Aku agak suka berkomen dengannya di Facebook. Tu belum lagi kalau adik beliau menyibuk sama...... Paling aku sakit jiwa kalau tagteam beliau dengan adik beliau tu nak kenakan aku........

Beliau ni agak ganas orangnya. Kadang-kadang tu aku kalau nak cakap dengan beliau, kena tapis 7 kali dulu sebelum tekan butang Komen kat Facebook. Bahaya wooo, silap cakap, di paaaanggggg nya aku nanti. Kamu tahu makna Pangggggg??? Sila fikir sendiri.

Tapi, di sebalik keganasannya, dia seorang yang baik hati. Betul-betul baik hati, bagi komen yang membina semangat, dan yang sewaktu dengannya. Teruskan bacaan kamu kalau nak tahu kebaikan hatinya.

Masa tu (sambungan perenggan pertama tadi), aku tertarik bila dia bercakap adiknya mengenai coklat yang dibelinya di Langkawi. Hohoho, jadi, aku dengan muka tak malu, bergurau yang aku pun nak juga coklat tersebut. Biasalah tu, aku kan suka bergurau.

Tahu-tahu, beliau-yang-baik-hati telah bersetuju memberi sedikit coklat tersebut pada aku. Huhu, namun aku ingat dia bergurau, jadi aku teruskan juga gurauan aku dengan dia mengenai coklat tersebut.

Siapa tahu, beliau memang tak layak di gelar beliau-yang-baik-hati, tetapi lebih layak digelar beliau-yang-baik-hati-tahap-maksima kerana beliau betul-betul menghadiahkan coklat tersebut pada aku. Huhuhu, agak terharu aku dibuatnya.

Mari kita tengok coklat tersebut.


Lokasi: phootoshoot: Blok Nurani Lelaki, 240-->atas meja aku
coklat itu berposing dengan gelas USM aku.
(hahaha……. aku tak ada patung katak nak diposingkan seperti yang dibuat oleh Quzie)

Cuba ko tengok kalori dia berapa..
Lemak dia berapa..
Langsung tak termenung aku sebelum makan..
Wakakaka..
Sebab aku makan banyak mana pun tetap begini.
Hahahaha, biasalah, budak lelaki kan.
(okey, ayat-ayat ni aku tiru daripada Quzie dengan sedikit ayat telah aku edit)

Kata kawan aku, makanan yang paling sedap adalah makanan yang orang belanja. Ya, aku amat setuju dengan peribahasa kawan aku tu.

Terima kasih Nik Akak, atas coklat ni……..

p/s: dalam kita berkawan, kadang-kala kita tak sedar akan kebaikan kawan-kawan kita. Walaupun orang tu kita tak pernah berjumpa. Maka, aku mengajak kamu semua agar menjadi lebih baik terlebih dahulu sebelum orang lain baik dengan kita.

Wednesday, February 24, 2010

Bermulanya Kelas Selepas Cuti

Bismillah.........

Oraittt……..

Hari ni dah mula kelas semula. Aku pulang ke USMKK dengan membawa satu azam yang besar.

MAHU BERUBAH.

Dah tak mahu ponteng kelas. Kalau boleh……….

Dah tak mahu buat assignment lewat lagi. Kalau boleh….

Dah tak mahu belajar lambat. Kalau boleh………………

Tak apa, yang penting, kelas hari ni kena datang awal. Oh yeaahhhh…….

Pagi-pagi, lepas sembahyang Subuh, aku mula rasa mengantuk. Satu saja aku kata pada mata, “Dah lah mata, jangan goda aku supaya tertidur. Saja tak nak aku pergi kelas lah tu.” Okey, aku tipu. Kalau aku kata pun, bukan mata aku boleh mendengar. Beliau tiada telinga.

Tapi aku tahan juga mata aku supaya aku boleh tunaikan azam yang pertama, iaitu tak mahu ponteng kelas. Kalau aku tidur, insyaAllah aku bangun pukul sembilan lebih, mesti tak datang satu kelas a.k.a ponteng.

Jadi, awal-awal lagi aku bertolak dari bilik, pergi ke bilik Che Jo. Che Jo tengah mengemas beg. Aku tunggu dia. Hati dah excited nak pergi kelas. Che Jo masih bersiap lagi. Akhirnya, aku yang dasar suka meninggalkan kawan ni meninggalkan Che Jo di biliknya, seraya berkata dalam hati, “Maafkan aku Che Jo, aku tak mahu datang kelas lewat lagi. Kalau boleh, untuk pagi ni.” Aku pun melangkah pergi tanpa memandang belakang. Maafkan aku Che Jo.........

Semasa berjalan, aku berjumpa Ramadhan. Mulanya aku nak ikut padang, lagi awal boleh sampai ke kelas. Tapi Ramadhan kata padang basah, baik ikut hospital. Okey, aku tak berdaya nak menentang padang yang basah. Aku turuti kata-kata Ramadhan.

Semasa berjalan, Ramadhan nak ikut jalan jauh di hospital, sebab sebelum ni dia biasa pergi PPSK naik motosikal, dia tak tau ada short cut. Aku tarik dia supaya ikut short cut. Dalam hati, aku cakap, “Aku tak mahu datang lewat pagi ni, Ramadhan. Kita kena datang awal.” Tapi aku cakap dalam hati sajalah.

Akhirnya, destinasi yang aku tuju tiba jua. BT6 tempat kelas pertama bermula. Dan aku melangkah gagah untuk masuk ke bilik tutorial. Dalam hati, mesti ramai rakan terkejut, “Tak sangka Zul ni datang awal hari ni.” Hahaha…….

Sedang aku memusing tombol pintu, aku lihat dalam kelas melalui cermin di pintu.

Eh, kenapa gelap? Mana semua orang?

Ohhh……. Mesti di bilik tutorial lain ni. Aku silap bilik tutorial rupanya. Hahaha, biasalah tu, semua manusia buat kesilapan kan?? Aku pun berjalan dari satu bilik tutorial ke satu bilik tutorial yang lain mencari kelas yang sepatutnya.

Eh, apa fasal tak ada budak forensic third year ni?? Seorang pun tak nampak. Dah semua bilik tutorial aku pergi tengok ni.

Akhirnya aku mesej Fatin mengenai kelas pagi ni. Tak lama kemudian, Che Jo tiba.

Dan Fatin balas mesej aku :

"Suma kelas kta cncel arini..ada ko-k je ptg krg"

Aaaarrrrrggghhhhhh…………

Masa aku nak berubah ni lah tak ada kelas.

p/s: ni dah balik bilik rasa nak tidur pula. Kalau tidur, mesti tak buat assignment dan tak study. Ohhh, azamku yang kedua dan yang ketiga, sila jangan hilang......

Saturday, February 20, 2010

Lega Selepas Presentation BI Walaupun Banyak Kesalahan.......

Bismillah.........

SEMALAM……..

Aku mulakan entri aku hari ini dengan perbualan aku dengan seorang rakan di Yahoo Mesenger (YM) pada malam semalam. Ketika aku sedang menyiapkan presentation bahasa Inggeris.

______________________________________________________________________________________

Aku : Dil, meriam dalam BI kita panggil apa???

Dil : jap ye, aku pun tak tau….
Biar aku check jap……

Aku : okey, pastu, mengilai dalam BI apa???

Dil : firecracker
Meriam
Mengilai aku tak tau la……..

Aku : haaaa?
Firecracker bukan bunga api ke??

Dil : aku pun tak tau la……
Tapi Rahim kata firecracker

Aku : aik, apsal lak rahim???
Kau dah break ngan terk ke???

Dil : mana ada la kau ni.
Aku ngan rahim amik badminton sama2 la

______________________________________________________________________________________

Okey, aku hentikan dahulu perbualan YM di sini sebab kalau aku terus coretkan di entri ini, korang mungkin akan membaca gossip dan kutukan yang hangat. Maka aku tak mahu tambahkan dosa kamu semua.

Apa yang penting dalam perbualan YM antara aku dan Dil ini adalah, aku tak pandai dalam bahasa Inggeris. Maka, malam tadi, hampir tujuh orang aku minta agar menolong aku dalam menterjemahkannya dalam bahasa Inggeris. Dil adalah salah seorang daripadanya.

Firecracker adalah meriam.

Aku yang tak pandai Inggeris mempercayainya bulat-bulat. Yalahkan, Rahim seorang yang hebat dalam bahasa Inggeris, kalau dia cakap begitu, memang itulah perkataannya.

Maka aku gunakan perkataan ‘firecracker’ dalam presentation aku.

PAGI INI………

Aku berdiri di hadapan semua pelajar lain, menyampaikan presentation bahasa Inggeris aku dengan penuh lancar dan penuh berkeyakinan sekali. Presentation aku adalah mengenai cerita hantu yang berlaku di SMK Clifford. (terima kasih kepada Fiq kerana ceritakan pada aku)

Aku juga dapat melihat ada muka jeles di kalangan rakan-rakan ketika aku sedang menyampaikan presentation mengenai SMK Clifford ini. Geng BAKSIS. Hahaha………

Hinggalah tiba di bahagian meriam yang misteri. Aku terus menggunakan perkataan firecracker.


Firecracker = meriam

Tiba-tiba Puan Rafida mencelah.

“Are you sure that firecracker is meriam??? I thought firecracker means bunga api……”

Aku dah agak dah. Tapi tak mengapa, aku cuba juga menjawab soalannya dengan sebaik mungkin.

“Actually, I’m not pretty sure myself. So I ask my friend. He (Rahim) said that meriam is firecracker.”

“It is not firecracker…… I think it is cannon.” Kata Puan Rafida.

Erk, betul juga. Cannon tu meriam. Astaghfirullah, macam mana aku boleh lupa…….

Dan aku pun…….

Terus tersengih di hadapan……..

Dan tersengih……..

Dan cuba mencari alasan yang sesuai dalam otak aku……..

Dalam hati, “Cis, firecracker……..”

Dan terus tersengih di hadapan…….

Thursday, February 11, 2010

Ungkapan Yang Mengharukan........

Bismillah..........

Semasa kecil, aku suka membaca komik ‘Kawan’. Ada macam-macam cerita menarik dalam tu, dan yang aku paling suka adalah cerita Zultek dan Suria. Pernah juga aku masuk pertandingan mewarna satu muka surat, tapi kalah, sebab aku tak pandai mewarna. Yalah, budak kecil lagi masa tu. Kalau sekarang, mesti aku menang pertandingan mewarna tu. Itupun kalau lawan aku adalah budak sekolah rendah. Hehehe……….

Aku teringat akan salah satu iklan yang ada dalam buku tersebut menunjukkan gambar seorang budak perempuan sedang melukis berdasarkan suratkhabar Utusan sebagai rujukan di hadapannya. Ada ungkapan yang lebih kurang berbunyi;

“Saya suka baca suratkhabar Utusan hari Selasa. Banyak idea yang saya peroleh daripadanya untuk berkarya.”

Aku setuju. Bukan bersetuju mengenai akhbar Utusan hari Selasa membekalkan idea tapi aku setuju bahawa,

'Idea boleh diperoleh dari mana-mana sahaja di sekeliling kita.'

Sekarang, komik Kawan dah pupus………

*********

Dari awal semester ni aku dah terperasan sesuatu. Perasan hensem?? Ohhh, bukan, aku memang hensem (sila abaikan pembuka kata ini). Aku terperasan yang Wali ada buku nota baru. Aku tak pasti adakah itu buku nota baru atau lama, tapi aku baru sahaja terperasan akan kehadiran buku tersebut.

Sesuatu mengenai buku nota tersebut adalah design kulit bukunya. Kadang-kala, lama juga aku merenung buku tersebut sambil berfikir sesuatu. Memang cantik design kulit buku tersebut. Grunge tapi ringkas. Grunge yang berbentuk garis pancaran, kalau ikut kata buku seni aku dulu. Aku terfikir untuk mencuba menggunakannya untuk poster aku pada masa akan datang.

Kulit buku Wali.
Masanya tiba……….

Suatu hari, Wali sendiri datang berjumpa dengan aku. Beliau meminta agar aku menolongnya untuk mereka satu poster untuk projek besarnya. Projek yang diberi nama Pertandingan Futsal dan Bola Jaring Piala Pengarah Kampus. Butir-butirnya telah dia hantar pada emel aku.

Pening aku memikirkan design poster bagaimana yang patut aku buat. Kata Wali, sebaiknya dia mahukan poster yang mempunyai warna penuh dalam satu kertas (full color). Dia berikan poster yang telah dibuat oleh Lia kepada aku sebagai rujukan.

Tiba-tiba aku teringat akan design kulit buku Wali yang aku ceritakan tadi. Oh, jadi mengapa tidak aku cuba menggunakan idea tersebut, kan??

Jadi, aku buat satu research di Google Image. Melihat beberapa poster futsal dan melihat beberapa poster yang menggunakan idea grunge pancaran tersebut. Setelah beberapa poster aku lihat, idea gabungan dah aku bayangkan dalam minda. Rasanya masa ni aku tak sketch dalam buku.

Masalah yang tinggal adalah bayang pemain futsal yang realistik. Susah sebenarnya nak cari bayang pemain futsal. Setelah setengah jam aku mencari di Google Image, satu pun tak jumpa. Yang jumpa pun bayang pemain yang telah digunakan oleh Lia, merangkap bayang pemain futsal yang aku telah guna pada poster futsal HTD Ikhlas masa tahun kedua dulu.

Jadi, bila dah tiada jalan senang, aku terpaksa pilih jalan susah. Kena juga aku bermain vektor untuk membina bayang pemain futsal, daripada gambar pemain futsal yang asal. Juga aku kena main vektor untuk membina grunge pancaran sebagai latar belakang. Dan aku tambahkan vektor bunga yang pernah Tengku Atirah berikan pada aku dahulu sebagai tambahan.

Design awal, masih memikirkan posisi perkataan yang banyak.

Alhamdulillah, siap juga kerja aku.

Hasil kerja aku, aku serahkan pada Wali pada kelas Forensic Dentistry. Wali suka hasil kerja aku.

Design akhir, gabungan Adobe Photoshop dan Microsoft Publisher.

******

Kelmarin, semasa di Makmal Forensik untuk eksperimen Serologi. Wali berkata sesuatu kepada aku. Ketika itu, beliau telah mencetak poster tersebut di UKAST.

“Orang UKAST puji poster kau. Lepas tu. dia tanya kenapa kau tak ambil kursus Seni Grafik je……. Hahahaha…….”

Ohhhh, entah betul entah tidak kata-kata Wali ni. Tapi terima kasih Wali, ayat-ayat tu betul-betul buat aku ceria hari tu.

Rasanya, budak-budak yang ambil komunikasi mesti tahu apa jawapan aku kalau soalan orang UKAST tu ditanya pada aku. Huhuhu…….. soalan yang sama ditanya oleh Puan Rehanah dulu.

Poster yang dah dicetak.......

p/s : kerja tak habis lagi, masih ada banting yang perlu disiapkan.

p/s 2: aku terperasan sesuatu, bila buat kerja untuk Wali sahaja, aku mesti menggunakan gaya grunge dalam design aku. Terutamanya bekerja bawah dia masa Ekspo Kampus dahulu.

Wednesday, February 10, 2010