Tak Guna Korang.........

Bismillah.............

Ini sekadar memori yang berlaku pada pagi tadi. Saja aku catatkan di blog ni supaya aku ingat lagi pada masa-masa akan datang.

Program :
Seminar Sains Forensik

Tempat :

Bilik Persidangan PPSK, lebih spesifik lagi di bahagian pintu belakang.

Masa :
Semasa berehat di tepi menunggu barisan pelajar yang mengambil makanan menjadi pendek.

Watak yang hadir :
Pak Cik Syukri
Komando Rashid
Daus Kuat Makan
Ikram Dak Baik
Aku Smart
Cik Roslinya


Ceritanya :

Pagi itu, aku mengikut kata Rahim supaya berpakaian formal untuk menghadiri Seminar Sains Forensik ini. Aku pakai baju kemeja berwarna maroon dan seluar slack hitam yang baru dibeli semester lepas. Agak smart setelah memakainya.

Cumaa..........

Okey, kita langkau cerita dulu.

Semasa masa rehat pertama, aku dan beberapa orang senior hendak mengambil makanan. Namun, barisan pelajar yang menunggu terlalulah panjang.

Oleh kerana mereka (senior aku) adalah kaki potong barisan, aku tak termasuk ye, tapi tidak dibenarkan memotong, maka kami duduk di tepi pintu belakang sebelah dalam, menunggu barisan menjadi pendek. Aku juga telah digoda supaya menyertai mereka. Hahaha........

Tak ada kerja lain, kami pun bersembang-sembanglah sdikit. Ooohhhh, kami bukan mengumpat, sekadar mengutuk sesama kami sahaja. Terutamanya Syuk le yang kuat sekali.

Kemudian, datang Cik Roslinya yang mengajar subjek kriminologi. Beliau nak keluar dari pintu belakang. Maka beliau terserempak dengan kami yang melepak di situ.

Dia pandang aku, seraya berkata,

" Hah, baju dah smart dah."

perghhhhh, bangga aku, mereka yang lain berada di situ mesti jeles terutamanya Rashid.

"Tapi pakai kasut sukan plak. "

Bagai belon yang meletup, semua senior aku ketawakan aku.

Ketawa pula kuat. Gila-gila betul.

Tak guna korang, jeles le tu kat aku........

Cesss...........

p/s: aku memang begini, kalau semua dah nampak smart, mesti ada satu kekurangan. Ada sesiapa nak taja kasut kulit untuk aku tak???

p/s: aku suka melepak ngan mereka. Gurau tak bengang, serius dalam main.

Wednesday, January 27, 2010

Eloklah Tu, Kan Saiful???

Bismillah......

Masih teringat lagi dalam minda aku ini. Waktu itu kelas Serology 2 jam. Dr. Paneer rancak menyampaikan pelajaran di hadapan, namun aku di belakang dah macam nak terkulai layu. Aku masih boleh mengawal mengantuk aku lagi waktu tu. Tak sampai hati untuk aku tidur dalam kelas tersebut, sudahlah Phang dah lena di kiri aku. Takkanlah aku nak ikut sama kan??? Okey, aku tahu, aku memang seorang pelajar yang baik. Huhuhu…….

Dan di kala begini, satu sahaja petua yang selalu aku amalkan, dan aku buat pada masa tu. Melukis. Namun, tak ada subjek apa yang boleh dilukis.

Tiba-tiba aku teringat pertandingan logo MPI. Shafiq dan Panjang sama-sama ajak aku masuk, walaupun aku tahu aku semestinya dah kalah kalau lawan dengan diorang. Huhuhu……… jadi, aku pun buatlah beberapa sketch untuk logo MPI. Secara jujur, aku cakap logo MPI yang sekarang dah cukup cantik, malah yang terbaik dari logo sebelum ni. Maka aku tak tahu apa motif mereka untuk membuat logo MPI yang baru.

Minggu Penghayatan Islam.

Maka kalau nak buat logonya, kenalah guna khat. Itulah yang terbaik dalam fikiran aku. Pening juga aku dibuatnya kerana aku bukanlah pakar dalam khat. Nak menyusun huruf mim, fa dan alif dalam bentuk menarik bukannya senang. Akhirnya aku dapat idea. Guna khat kufi murabba. (nota: khat kufi murabba ni susunan huruf dalam bentuk geomentri)

Ini adalah sketch aku yang awal, namun masih tak lengkap sebab ada kekosongan di situ.

Sketch dari segi susunan dulu......

Sketch komposisi khat murabba, kiri guna pen biru, kanan guna pen hitam.......

Seterusnya malam hujung minggu, selepas pulang dari menonton teater ‘Menunggu Kata Dari Tuhan’, yang sememangnya menarik, aku menjemput Saiful dating ke bilikku. Tujuannya, nak main facebook hingga ke pagi. Hahaha. Sambil-sambil tu, aku tunjuk rekaan logo aku pada dia. Saiful yang sememangnya pakar khat memberikan beberapa cadangan kepada aku.

Ini adalah rekaan yang telah diperbaikkan oleh kami berdua. Yang bersegi dan bintang tu idea aku, manakala yang masjid tu idea Saiful. Oh ya, kertas grid tu juga milik Saiful.


Idea aku dan Saiful.......

Alhamdulillah, esoknya aku buat semula rekaan logo aku dalam Photoshop CS3. Dan aku Berjaya menghasilkan 5 design logo dan 3 design wallpaper. Ingin aku hantar logo berbentuk masjid itu dengan menggunakan nama Saiful, tapi dia menolak. Dia kata dia cuma penyumbang idea sahaja. Baik betul Saiful ni, calon menantu yang bagus untuk kamu yang berjantina wanita.

Logo 1.....
Logo 2......
Logo 3........
Logo 4, logo ni Ruzaini komen, katanya macam logo universiti, oh, patutlah aku rasa macam pernah nampak sebelum ni, tak sedar aku.........
Logo 5.......

Wallpaper 1.....

Wallpaper 2.......

Wallpaper 3........

Malam Penutup MPI, 22 Januari 2009. Aku telah memenangi hadiah tempat kedua dalam pertandingan mereka logo. Aku sebenarnya lebih berharap agar menang dalam pertandingan wallpaper, lebih dari pertandingan logo sebenarnya. Namun, itulah rezeki aku.

Alhamdulillah…….

Terima kasih juga aku ucapkan kepada Saiful yang menyumbangkan idea dan pendapat dalam menghasilkan logo khat kufi murabba ini.

Dalam hati, aku terasa, mungkin aku menang sebab Shafiq dan Panjang tak masuk sama. Kalau masuk, mesti aku dah dapat tempat keempat.

p/s: aku terharu bila kawan-kawan komen yang wallpaper aku patut menang (terutamanya yang gambar angkasa tu). Hahaha…….. tapi aku takkan belanja korang KFC.

p/s 2: sejak dari sekolah menengah dulu, aku memang tak hebat langsung dalam 2 perkara, buat catan dan buat logo.........

p/s 3: oleh kerana Projek Pertandingan adalah projek aku dahulu, komen aku pada Projek Pertandingan pada kali ini ialah bagus namun tak sistematik....... beberapa masalah muncul macam syarat tak dinyatakan, dan kurang publisiti........

Sunday, January 24, 2010

Beginilah Ceritanya........

Bismillah.......


PENGENALAN:

Aku sudah berfikir lama, sejak dari entri ke berapa, aku pun lupa. Yang pasti, aku memikirkan untuk menamatkan blog aku dalam semester lepas. Namun, aku menunggu dahulu hingga mencapai entri ke seratus, baru aku ingin menamatkan blog aku. Setelah berbincang dengan rakan-rakan, yang rata-ratanya menentang hasrat aku, aku fikir, jalan yang paling mudah adalah dengan tidak memadamkan blog aku sebaliknya menukar sahaja link blog aku supaya orang lain tak dapat membacanya. Dan itulah yang aku lakukan. Dalam hati aku, aku tak terasa ingin menulis blog lagi……..

ISI-ISI:

Sejak aku tak menulis blog, aku mula merasai satu kelainan. Bagaikan ada sesuatu yang tidak aku lakukan untuk melengkapkan hari ku. Aku mula merindui menulis blog. Makanku mula tak kenyang, tidurku terlebih lena. Aku terasa ingin menulis blog semula, tapi tanpa orang membacanya. Ibarat diari merah jambu kamu tu la. Tapi, idea pula tak datang…….. huhuhu………..

Beberapa hari aku menukar link blog aku, orang di persekitaran mula menyedarinya. Dari seorang, seorang yang lain pula bertanya aku. Jumpa aku saja pasti bertanya mengenai blog aku yang tak dapat dibuka. Dalam hati, aku berfikir, banyak juga orang yang membaca blog aku. Aku ibarat celebrity yang tidak menulis blog. Okey, sila abaikan kata-kata tersebut jika kamu berasa mual membacanya, terus sahaja pembacaan kamu kepada perenggan seterusnya.

Hari berganti hari, masa berlalu tidak menghiraukan aku dan manusia-manusia lain. Berita aku menutup blog aku mula diperkatakan oleh seluruh warga USMKK. Ketika hampir genap seminggu, aku mula rimas. Ratusan SMS mula membanjiri telefon bimbitku. Rata-ratanya bertanya mengapa aku berhenti menulis blog. Aku cuba membalas SMS mereka, namun, kalau dah lebih dari tiga ratus tujuh puluh dua (ringkasan: 372) SMS, aku mula malas membalasnya kerana tak mahu kehabisan kredit, walaupun aku menggunakan Celcom U Pack.

Masa terus berjalan lagi. Selepas SMS, aku mula menerima puluhan surat. Surat yang aku maksudkan adalah dari segi kertas dan juga emel. Oleh kerana aku malas membacanya, emel-emel tersebut mula tenggelam bersama emel Facebook yang menimbun, manakala surat-surat pula aku simpankan sahaja dalam laci, mana tau satu hari nanti boleh buat unggun api pengakap. Ini adalah salah satu surat yang dihantar kepadaku. Dari peminat blog aku barang kali. Aku mula rasa bersalah mengecewakan para peminat aku. Sila klik pada gambar untuk membacanya.

Akhirnya tiba awal minggu ini. Waktu itu, aku baru pulang dari kelas Crimino. Aku lihat di hadapan pintuku ada surat yang telah dikeronyokkan. Rupanya aku menerima surat seperti di bawah ini pula. Bunyinya agak menggerunkan aku kerana ada unsur ugutan. Rupanya ada juga pembaca blog aku yang bertahap extremist. Nak tahu apa yang ditulis?? Klik pada gambar di bawah untuk pembesaran.

KESIMPULAN:

Setelah berfikir pro dan kontra dari pelbagai segi, aku mula mengangkat tangan yang sememangnya malas ini untuk semula menaip entri blog sebagai kemunculan semula aku di alam maya blog ini. Semoga selepas ini masih dapat menulis blog, walaupun aku sememangnya tiada idea. Huhuhu……..

p/s: hahaha, jika anda terasa mual membaca entri ini, jangan muntah. Tekan sahaja tanda pangkah pada sebelah kanan atas window anda. Dan jangan kembali di blog ini. Hahaha……..

Friday, January 22, 2010

Ungkit Semula Kata-kata Mereka Agar Dapat Jadi Pedoman......

Bismillah.........


Aku suka ingat kata-kata orang, walaupun tak mampu nak ingat semua, tapi aku suka ingat sesuatu kata yang melambangkan individu tersebut, walaupun sepatah.........

Kata-kata mereka semuanya berbentuk nasihat, namun tak pernah aku ikuti.

Kata Sudin, "Kau jangan buat kerja gila!"

Kata Syed, "Akan ada orang kutuk kau bila kau buat sesuatu jadi, jangan pedulikan diorang. Yang penting benda tu baik."

Kata Admin, "Sukati ang le...."

Kata Naim, "Aku pun tak tahulah. Cuba kau tanya........"

Kata Faisal, "Hahaha, padan muka ang....."

Kata Fikri, "Luaskan lagi pemikiran kau."

Kata Ehsan, "Anta lah mastermind yang best dalam program. Tapi ana masih tak tau dalam kehidupan anta."

********

Bila difikirkan semula, bermacam akibat berlaku kalau kita tak ikut nasihat kan???

Selalu, aku memang suka buat kerja gila, mungkin pemikiran aku tak cukup luas lagi........

...........

Apapun, aku minta maaf kepada kamu atau mereka yang terlibat sama dalam akibat aku yang gila ni........

Dan........

Kata aku kepada kamu semua........

"Buatlah apa yang korang rasa betul....."

Semoga pemikiran kita lepas ni akan jadi lebih luas dan matang.......

Saturday, January 9, 2010

Kamu Suka Bubur Asyura???

Bismillah.........

Pagi itu, aku tidur di bilikku, di atas katil Wei Gunung sebab dia balik ke rumah. Memang pagi itu agak sejuk dan di luar pula mendung, nampak seperti nak hujan. Angin dingin bertiup masuk ke bilik melalui tingkap yang dah sedia terbuka, ditambah lagi dengan kelajuan kipasku tahap 5, membuatkan suhu bilikku turun menjadi dingin. Sel-sel aku mula menjadi tidak aktif, maknanya aku nak tidur.

Tapi, aku tak tidur lama, sebab aku dah janji dengan Saiful untuk membuat satu aktiviti pada hari itu. Jadi aku gagahkan juga diri aku untuk bangun dari tidur yang hanya beberapa minit itu. Kebetulan, tak lama kemudian, Saiful datang ke bilikku untuk mengejutkan aku.

Aku bersiap sambil bersembang dengannya yang sudah sedia menanti aku, sambil dia melayan facebooknya di laptop aku. Melayan komen-komen foto Baksisnya lah tu. Namun, aral sekali lagi menimpa apabila perut aku sakit, dan kami terpaksa menangguhkan perjalanan kami selama 10 minit, lebih kurang begitu. 

Tepat pukul 9.00 pagi, kami bertolak. Ke mana?

Yaaa, kami bergerak ke Masjid Pusat Islam untuk satu aktivit yang dah lama aku tunggu, mengacau bubur asyura.

Sudah dua tahun aku tidak berkesempatan menolong rakan-rakan yang lain untuk mengacau bubur asyura. Hanya bekas teman sebilik sahaja yang pergi mengacau. Jadi pada kali ini, selepas sahaja iklan bubur asyura dah dinaikkan dalam 2 minggu yag lepas, aku dengan Saiful dah merancang nak pergi mengacau bubur ini.

Sememangnya ada satu perkara yang menarik mengenai bubur asyura, lebih menarik dari rasanya, iaitu aktiviti membuatnya beramai-ramai. Dan inilah yang menarik minat aku untuk pergi ke sana. Selepas bahan-bahan seperti beras, kacang hijau, ubi, daging, santan dan lain-lain di masukkan, aktiviti mengacau dimulakan.


Memasukkan bahan.........

Mungkin kamu semua terfikir, bosannya aktiviti mengacau bubur, malah memerlukan tenaga. Yaa, memang mengacau bubur ni memerlukan tenaga terutamanya di fasa akhir, namun, ia tidak membosankan.

Dan sewaktu aktiviti inilah kami banyak berinteraksi. Banyak terjumpa kawan-kawan lain, berbual-bual kosong, berbual isu semasa dan melihat gelagat persekitaran sambil tangan masih mengacau bubur asyura. 

Memang benda sebegini yang dilakukan beramai-ramai begini dapat merapatkan hubungan sesama kita. Muafakat begini yang selalu diamalkan di kampung-kampung terutamanya dalam masakan kenduri, tapi dah semakin pupus. 


Tugas mereka, angkat kayu........

Tak usah ceritalah berapa banyak kami menangis kerana asap masuk ke mata. Balik bilik pun dengan keletihan serta badan dan baju berbau asap. Tapi memang gembira.

Walaupun aku tak berapa suka dengan bubur asyura kerana rasanya yang ‘kuat’, tapi hati memang puas hari tu.

Mungkin tahun depan boleh sertai lagi, dengan kamu semua sekali. Hahaha.........


Senior-seniorku........

Juniorku.......

Ni kawah aku, mula-mula kacau dengan Ikram, kemudian Ikram berehat Duwe ganti.....

Duwe dah keletihan dah....... Ni tengah ambil tenaga semula......

Siap!!!

p/s: bubur asyura di Kelantan agak unik, sebab di negeri aku, dia macam bubur lambok...... tak tahulah macam mana di negeri kamu.......

Monday, January 4, 2010