Alhamdulillah........

Bismillah..........

Tak tahu nak kata apa, namun, agak bersyukur dengan keputusan baru keluar ni, walaupun tak setinggi mana atau sedekan mana.

Bagi insan yang banyak buat dosa macam aku ni, aku betul-betul nak mengalir air mata bila dapat keputusan sehebat ni. Rasa macam tak setimpal.

Terima kasih Allah.........


Terima kasih juga kepada kamu semua yang banyak menolong aku sepanjang semester lepas. 

Moga kamu juga mendapat ganjaran daripada Allah.

Monday, December 21, 2009

Hahaha, Mari Mengira Bersama-sama.......

Bismillah........

Abaikan entri ini jika anda malas nak mengira........

.............

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
71
72
73
74
75
76
77
78
79
80
81
82
83
84
85
86
87
88
89
90
91
92
93
94
95
96
97
98
99

........



Yes, selepas setahun lebih, sampai juga ke entri yang seratus. Nampaklah sangat betapa aku malas dalam mengemaskinikan blog aku.

Terima kasih kepada kamu semua yang menyokong aku, dan juga yang pura-pura menyokong aku. Sokongan kamu sangat bermakna.

Aku ingin tujukan lagu Ramli Sarip, Bukan Kerna Nama kepada kamu semua sebagai penghargaan........
(sila nyanyi dalam hati sambil guna suara aku, mengikut ingatan kamu semua)

Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu


( korus )
Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan



Jangan kau dengar puisi dusta
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun temurun hari ini



Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu





p/s: lukisan ini tak berapa cantik sebab masa melukis ni dah mengantuk sangat nak tidur, dan ia dalam versi pensel kerana pen-pen lukisan aku tertinggal di kampus.

p/s 2: kredit kepada pemilik blog yang telah aku tiru entrinya untuk entri ini. Aku lupa aku tiru dari blog siapa. Kikikiki........

Saturday, December 19, 2009

Aku dan Saiful Dah Berjaya Mengembara di Kampus Induk Waktu Malam!!!

Bismillah......

Nampaknya sebelum sempat aku bercerita mengenai Program Perdana Pembangunan Lestari Siswa/i USM Bersama Masyarakat di Pahang, atau dikenali sebagai Baktisiswa, dah ada teman-teman lain terlebih dahulu buat entri tersebut. Maka aku ambil keputusan buat entri untuk cerita lain dahulu sebelum bercerita mengenai Baktisiswa.

Cerita ini berlaku pada malam hari Sabtu, 5 Disember 2009 dan lebih tepat lagi pada awal pagi Ahad, 6 Disember 2009.

Tak faham?

Mari kita baca sama-sama ringkasannya.

5 DISEMBER 2009

8.00 malam

Sepatutnya bas Nurani dah bertolak ke Queen’s Bay namun masih lagi tak bergerak sebab orang penting masih belum naik bas. Perempuan pun nak bersolek kan? Pak cik pemandu dah marah. Bas Murni dah bertolak.

8.30 malam

Sampai di Queen’s Bay. Tapi macam biasa, tak ada apa-apa yang menarik minat aku dan Saiful. Semua barang mahal beb. Akhirnya kami pergi ke kedai buku dan Saiful beli buku Men From Mars Women From Venus. Yang best sekali, kami pergi lihat pameran Bonsai di luar Queen’s Bay. Aku cukup terliur tengok orkid.

10.45 malam

Aku dan kawan-kawan Nurani lain yang lelaki keluar dari bas menuju ke Khaleel, untuk makan nasi. Kami lupa yang malam ni ada praktis untuk para fasilitator. Lebih-lebih lagi aku, Arsyad dengan Saiful, yang dah berjanji pada Ros, Angah dan Wani nak buat demo pada semua fasilitator. Kami rasa bersalah dan makan cepat-cepat.

11.15 malam

Ros, Wani dengan Angah datang Khaleel. Rupa-rupanya diorang pun nak makan. Cesss.........

6 DISEMBER 2009

12.30 tengah malam

Praktis fasilitator bermula. Aku terpaksa jadi sporting dengan buat demo berkali-kali, terutamanya yang main Perut tu. Teringat pada Izzat Math masa Jati Diri KMPP dulu.

1.50 pagi

Okey, ini fokus entri kali ini. Aku dan Saiful tidak balik ke bilik selepas habis praktis fasilitator. Tapi berjalan di sekitar USM. Malam semalam aku dah tawaf dengan dia keliling Desasiswa Tekun, Saujana dan Restu, alaaa, yang atas bukit nun.

Tapi malam ni aku bawa Saiful ke puncak hujung bukit Saujana yang ada papan tanda tertulis “LELAKI DILARANG BERADA DI KAWASAN INI”. Aku pernah ke puncak ini dengan Acap. Pemandangan bawahnya agak cantik pada waktu malam. Sayangnya ia kawasan larangan lelaki. Jadi kami datang pada waktu malam sahaja.

Selepas itu, aku bercerita dengan Saiful mengenai Kampus Induk. Saiful terkilan sebab tak dapat tengok kawasan Kampus Induk. Masa kami sebelum ni banyak dihabiskan dengan latihan Baktisiswa. Jadi, aku ajak Saiful pusing Kampus Induk pada malam tu juga. Hahahaha.

2.03 pagi

Perjalanan bermula. Malas nak bercerita, korang tengok sahajalah gambar kami ni.


Perjalanan bermula dari Desasiswa Restu, tempat kami menginap.


Di hadapan tugu Desasiswa Indah Kembara.


Di hadapan tugu Desasiswa Aman Damai.



Di hadapan tugu Desasiswa Fajar Harapan.



Di hadapan Desasiswa Bakti Permai.



Mula-mula kami bercadang nak ambil kenangan di tugu desasiswa sahaja, tapi kata Saiful, alang-alang dah jauh berjalan, ambil sajalah gambar di tugu pusat pengajian. Di hadapan tugu Pusat Pengajian Teknologi Industri.



Di hadapan tugu Rumah Antarabangsa.



Di hadapan tugu Desasiswa Cahaya Gemilang.


Di hadapan tugu Pusat Pengajian Sains Fizik.


Di hadapan tugu Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan.


Di hadapan tugu Pusat Pengajian Sains Komputer dan Pusat Pengajian Sains Matematik.



Di hadapan tugu Desasiswa Tekun. Nampak tak aku dan Saiful dah letih?

4.30 pagi

Kembali semula ke Restu. Kami letih dan kepenatan. Saiful sempat berehat sebab kakinya cramp sekejap. Hahaha. Nak masuk Subuh dah tapi aku tetap tidur 1 jam. Nasib baik bangun Subuh.

Begitulah kami, ketika orang lain dah syok tidur, kami mengembara. Hingga habis semua desa induk kami pergi. 

Sambil tu aku terfikir, kalau tambah Desasiswa Nurani dan Murni, koleksi tugu kami masih tak lengkap sebab tak pernah ke Kampus Kejuruteraan lagi. Aktiviti apa agaknya yang dapat bawa kitorang ke Kampus Kejuruteraan?

p/s: Dah lama tak upload gambar sekali banyak. Aku cukup-cukup tak suka berposing depan kamera........

Sunday, December 13, 2009

Raya Sambil Mengemas Bilik....

Bismillah.......

Aku pernah melawat rumah pak cik saudara aku, pada hari raya Eidulfitri yang lepas. Kebetulan waktu kami tiba di sana, waktu zohor baru saja masuk. Maka aku menumpang sembahyang di bilik salah seorang anaknya.

Waktu aku masuk dalam biliknya, satu sahaja perkataan yang boleh aku ungkapkan. Bukan, dua perkataan. KEMAS GILA. Sahaja aku tambah perkataan ‘gila’ untuk menampakkan versi yang lebih advance daripada ‘kemas’.

Malah, aku boleh katakan, biliknya kalau dibandingkan dengan bilik aku sendiri, bilik aku dah nampak macam stor. Bukan di rumah sahaja, malah di asrama pun sama. Jadi, selepas pulang sahaja dari rumah pak cik aku, aku berazam nak kemas bilik aku, di rumah dan juga di asrama.

Sayangnya masa memang mencemburui aku, aku tak sempat mengemas bilik aku di rumah, kerana cuti raya hanya seminggu. Tapi aku selalu mengemas bilik aku di asrama, seminggu sekali. (okey, jangan kira semasa peperiksaan, sebab waktu peperiksaan, jangan kata bilik, diri sendiri pun tak terurus. Nota menimbun atas meja tak usah ceritalah.)

Jadi, semalam, aku mengambil inisiatif untuk mengemas semula bilik aku yang dah macam stor ni. Maka, banyaklah barang-barang lama yang aku jumpa. Rupa-rupanya aku ni suka kumpul sampah. Banyak benda mengarut aku kumpul.

Salah satu keputusan aku yang drastik, adalah membuang majalah-majalah lama, majoritinya adalah KREKO dan ARENA.

Cerita mengenai dua majalah ini, aku mengaku yang aku sememangnya membesar dengan komik, lebih daripada membesar dengan suratkhabar. Sepanjang aku membeli komik, KREKO lah yang paling lama sekali aku setia. 

Aku mula minat dan membeli KREKO sejak dari isu 100. Kebetulan edisi bumper. Waktu tu beli sebab nak baca Cardcaptor Sakura (terpengaruh dengan kakak aku.) Lama-kelamaan, aku mula tertarik dengan cerita lain, seperti Naruto, Red Eyes, Yu Gi Oh dan lain-lain. 

Haaa, KREKO edisi 100, bukan senang nak cari dah sekarang......

Yang ini pula edisi 200......

Waktu yang paling aku minat dan paling tak sabar nak beli sekali adalah ketika cerita Eyeshield 21 dan Death Note tengah popular. Kalau aku tak silap, masa tu tingkatan 5. Tak sabar-sabar nak tunggu edisi seterusnya. Waktu matrikulasi, lagi gila. Koperasi tempah 20 keping KREKO, berebutlah diorang nak membelinya. Selalunya hari pertama dijual tu dah habis. 

Tapi sejak masuk USM, aku dah mula jarang membeli KREKO. Sebabnya masa yang terhad dan poket yang rabak. Hehehe...... antara sebab lain, aku dah dewasa, dan kalau nak baca, baca sahaja di internet.

Laaa, aku dah menyimpang dah rupanya, berbalik pada mengemas bilik, aku kumpulkan semua majalah yang nak dibuang.

Habuk berterbangan..........

Aku terbersin.......

Peluh memercik.........

Tangan berdebu.........

Hasilnya, inilah jumlah yang aku nak buang. 


Bila fikir semula, aku rasa sayang nak buang, bukan apa, terlalu banyak jasa mereka kepada aku, (aku belajar melukis dari KREKO, hinggakan subjek Seni SPM aku pun aku lukis L dari Death Note). Yang paling sayang sekali, duit yang aku dah belanjakan beli semua majalah ni.
Jadi, aku bertanya dahulu kepada kamu semua. 

Sebelum aku buang atau aku jual, ada tak yang nak KREKO dan ARENA KOMIK aku ni? 
Aku ingat kalau aku jual pada pembeli suratkhabar lama, berapa ringgit je yang aku dapat balik, atau mungkin hanya puluh sen sahaja. Kalau aku bagi orang, orang baca atau buat koleksi pun dah kira okey rasanya.

Sesiapa yang nak sila hubungi aku secepat mungkin sebelum aku buang. 

Oh ya, bayar le sikit duit. Hehehe...........

p/s: rasanya dah terlambat satu hari, tapi aku tetap nak ucapkan 

SALAM ‘EIDIL ADHA

Kepada semua pembaca blog ini.


Friday, November 27, 2009

Aku Download Cerita dan Aku Tonton Cerita Tersebut.

Bismillah.........

Sedar tak sedar, lima hari dah cuti. Sebenarnya aku tak sedar pun hari ni dah masuk hari Selasa. Kenapa? Sebab sedap sangat dengan tidur. Bukan apa, tidur qadha. Tak ada? Aku tak peduli.

Apapun, semasa cuti ni, jangan ingat aku cuma tidur sahaja. Ada beberapa kerja lain lagi yang aku buat. Antaranya adalah memuat turun cerita (download) dan menonton sambil ketawa seorang diri. Sebab itulah aku tak update blog ini. Seronok sangat layan cerita.

Jadi, supaya kamu semua yang berada di rumah masing-masing yang tertanya-tanya cerita apa yang aku dah tengok, bolehlah teruskan membaca entri ini. Kalau tidak, bacalah juga sebagai mengisi masa lapang. Bukan ada kerja apa pun kan di rumah??? Hehehe........

Kamu dah tengok ke cerita-cerita ni? Kalau belum, aku takkan ceritakan pengakhirannya, takut nanti kamu kata spoiler. Kalau sudah, pun aku takkan ceritakan pengakhirannya, kamu fahami sendiri apa yang aku tulis. Huhuhu.....
Pertama, aku dah tengok cerita Papadom, lakonan Afdlin Shauki dan beberapa orang pelakon lain yang aku tak kenal. Katanya pelakon baru sebab muda. Tak apa, tak penting. Yang penting, filem ni menarik. Lebih menarik 5 kali ganda dari filem Setem. (pada pendapat aku la). Mungkin kalau cerita Afdlin aku lebih suka cerita perlahan dan bersifat kehidupan.......

Pengajaran: cerita ni buat aku terfikir dengan amat mendalam, apakah rasanya kehilangan seseorang yang kita sayang. Dan kita yang bakal menjadi ibu dan bapa ni (kamu le, aku takde awek lagi, ahakz) terlalu bimbang dengan apa yang bakal terjadi pada anak-anak kita, padahal anak-anak kita tak tau pun keprihatinan kita. Ambil kata mudah, kamu ingat ke pada ibu bapa kamu ketika sedang berada di dewan kuliah sebagaimana diorang ingat pada kamu?


Kedua, aku layan cerita Flash Forward, cerita bersiri genre sains fiksyen dan misteri. Cerita ni baru lagi dan masih belum ditayangkan di televisyen Malaysia, namun bagi aku, cerita ini agak menarik kerana aku suka sains fiksyen ringan dan misteri. Satu hari, seluruh manusia di dunia tiba-tiba pengsan dalam masa 2 minit 17 saat (aku tak pasti, nanti aku confirmkan). Ekoran dari tu, semua manusia yang pengsan ni nampak diri mereka pada masa hadapan bertarikh 29 April 2010 (pun aku lupa, nanti aku confirmkan). Masalah berlaku bila watak utama kita cuba menyiasat puncanya daripada bayangan masa hadapan dia dan mendapati beberapa masalah besar timbul.

Pengajaran: cerita ni walaupun bersifat ramalan, namun tetap menunjukkan reaksi manusia kepada sesuatu yang dikatakan bakal berlaku. Betapa lemahnya manusia. Aku beri contoh, andai kata kita dapat nampak masa depan korang yang ‘gelap’, menunjukkan kita dah mati menjelang April 2010. Apa yang kita akan buat? Namun, bukan semua perkara tak elok mengenai bayangan masa hadapan, sebab semuanya memberikan satu harapan kepada mereka semua, sama ada berharap agar tidak berlaku, atau berlaku.


Ketiga, cerita bersiri jepun, Zeni Geba. Pelakonnya adalah pelakon cerita Death Note, watak L, aku tak tahu nama dia apa. Kali ni, dia bukan lagi good guy, tapi bad guy. (Nisah, kau jangan tengok, pengsan karang) Apapun, cerita ni agak psiko sedikit. Kemiskinan yang dialaminya terlampau teruk hinggakan dia kehilangan orang yang tersayang, dan dikhianati dan akhirnya sanggup bunuh orang demi duit.

Pengajaran: sedang kita makan nasi 2 pinggan di rumah masa cuti ni dengan lauk ayam goreng rangup dan juga dalca dan juga pencuci mulut buah, sambil kening terangkat memakannya (perghh...), kita tak tahu betapa banyaknya orang miskin di luar sana. Jangan terkejut kalau ada orang miskin sanggup melakukan apa sahaja semata-mata kerana duit. Memang cerita ni agak psiko, tapi aku rasa kasihan pada watak utamanya. Dia berjaya bolot duit, tapi dia tak berjaya menguasai duit, sebaliknya duit yang menguasainya.



Keempat dan kelima, aku ringkaskan sebab aku dah mula letih menulis, aku tengok cerita Battle For Terra dan Wall E. Kedua-duanya filem animasi dan kedua-duanya agak menyentuh hati.

Pengajaran: satu sahaja yang serupa dalam kedua cerita ini yang buat aku terfikir, betapa manusia ni akan menghancurkan bumi pada masa akan datang. Akhirnya bila bumi dah tak ada apa, manusia terpaksa tinggal di angkasa lepas, hingga sanggup menjajah planet orang. Weih, robot Wall-E pun ada perasaan, kita?

Ada banyak lagi cerita yang aku tengok, tapi ini sahaja yang aku rasa nak kongsi kepada semua. Kalau nak kongsi cerita lain, rasanya kamu pun muak nak baca.

Akhir kata, semua cerita ada pengajarannya (kecuali cerita Charlie Angel), dan aku percaya, pengarah filem bukan sahaja nak bagi filem dia laku di pasaran, tapi juga nak sampaikan mesej kepada semua penonton. Yalah kan, kalau nak laku di pasaran, memang tak laku mana pun sebab aku asyik download je, tak beli yang original pun. Kikikiki..........

p/s: cuti ni rasa nak tengok filem animasi, terutamanya keluaran Pixar. Sekarang tengah mencari.

Monday, November 23, 2009

Pabila Tangan Menggenggam Kekalahan........

Bismillah..........

Ini adalah satu kisah benar. Yang benar-benar berlaku pada aku.

Kepada kamu yang tak mahu ambil tahu mengenai aku, jangan teruskan membaca kerana entri ini mungkin membuatkan anda terasa sayu.

Dan aku tak tahu nak ceritakan permulaannya dari mana. Terus-terang aku katakan, aku bukanlah seorang penulis atau pencoret yang hebat hingga kamu-kamu yang berkunjung ke blog ini terus gian membaca entri aku sebanyak 17 kali.

Tapi aku cuba juga ceritakan pada korang.

Kisahnya bermula pada minggu lepas. Hari Khamis malam jikalau aku tak tersilap. Kalau silap, tolong betulkan aku. Malam itu, dengan rasa malas aku dan Che Joe turun juga ke Dewan Nurani untuk menghadiri mesyuarat berkaitan dengan Forensic Installation Night.

Aku tamatkan cerita mengenai mesyuarat tersebut dengan aku hanya mendengar kandungan mesyuarat tersebut sebanyak 15% sahaja. Selebihnya tumpuan aku fokus kepada tarian yoyo cina dan bersembang dengan Che Jo, Fadh dan Phang. Siap bergambar lagi dengan Fadh. okey, tamat mesyuarat.

Korang dah nampak sebarang perkaitannya dengan entri aku? Belum? Tak mengapa, memang tak ada kaitan pun. Saja aku cerita sebagai intro.

Aku balik ke bilik. Dan aku dikunjungi oleh seorang pengarah MPD yang sporting, Encik Anwar kita. Datangnya ke bilik aku memberi perkhabaran kepada aku, betapa satu berita buruk dah berlaku pada aku.

Berita yang disampaikannya tak lain tak bukan adalah mengenai logo yang telah dipilih oleh Tuan Haji sebagai pemenang mencipta logo Desasiswa Nurani, yang pernah aku nukilkan dalam entri dahulu. Kamu ingat tak? Tak tahu? Nampak sangat kamu pembaca yang tak ambil serius dengan tulisan aku. Huhuhu.......

Apa yang sedehnya?

Katanya tempat pertama digondol oleh Kamail Hatif. 

Arrgghhhh, ini bermakna aku dah kalah. Haduh, saat selepas Anwar beritahu tu, aku terus hantuk kepala aku ke meja sebanyak 26 kali sampai retak meja aku. Serpihan-serpihan kayu jatuh ke lantai bersama darah beroksigen aku. Okeh, aku tipu. Takde kerja aku nak frust sampai begitu. Hehehe.........

Sebenarnya sejak dari awal lagi aku dah agak dah, Kamail ni pasti menang sebab logo dia ringkas dan nampak dinamik. Kalau aku jadi hakim pun, mungkin aku dah pilih logo dia kot antara logo-logo lain. Tapi aku bukan hakim, dan aku tak beritahu sesiapa pun, sebab tak baik bias dengan peserta lain.

Aku pun masuk juga. Aku buat beberapa design gak. Tapi aku masuk sebab nak sijil dan merit percuma. Hahaha......... Kalau menang, kira bonus lah tu.

Inilah logo yang telah mengalahkan aku dan peserta-peserta yang lain. Logo ni telah dilakukan beberapa pembaikan, dan akan aku uploadkan pada masa akan datang untuk korang lihat.

Logo pemenang kita.


Lakaran logo aku yang aku buat (yang kalah) dalam buku sketch aku (yang kiri ye, yang lain tu benda lain) Saja aku tak nak tunjuk yang aku dah buat, sebab malu. Hehehe........

p/s: atas sebab tertentu, aku dah ubah sikit kandungan entri ni. Dah jauh tersasar sebenarnya.

Wednesday, November 18, 2009

Nak Lagi Ke.....



Bismillah.........

Alhamdulillah, tamat lagi satu kertas, Komunikasi dan Perkembangan Diri. Walaupun masa mulanya lewat sedikit, tapi masa keluarnya tepat selepas sejam berlalu.










Apapun..........










Aku rasalah..........










Aku dah tersenyum sampai ke telinga............










Kerana berlaku beberapa perkara yang tak aku sangka........










Betul-betul tak sangka........










Korang nak tahu apa dah jadi???










............










Sudahlah tu, mari kita teruskan membaca nota untuk kertas terakhir kita.










Aku dah lebih bersemangat 100 kali ganda dah ni..........










Kikikiki.........











p/s 1: Kredit pada tukangmasak sebab aku tiru gaya tulisan dia. Walaupun tak sehebat dia lagi.

p/s 2: kalau korang nak tau gak apa jadi, bacalah cerita Bakuman, dalam 10 episod yang terawal.

p/s lagi : Komik Detektif Conan 65 dah keluar. Mari kita enjoy sebentar. Kikikiki.........

Sunday, November 15, 2009

Ingat Lagi Pada Majalah Ujang???

Bismillah.......

Bagaimana dengan peperiksaan korang? Dapat korang buat dengan baik? Atau tidak berapa baik? Bagaimana pula sekarang? Adakah masih sakit kepala membaca nota? Atau sedang merehatkan minda?

Baiklah, entri aku kali ini berbentuk santaian untuk semua pembaca. Cerita-cerita ni adalah cerita yang pernah dimuatkan dalam majalah Ujang versi lama yang aku jumpa di sebuah laman web. Masih lagi aku teringat cerita ‘Asal-usul Negara Manila’, yang aku baca dalam majalah Ujang, kalau aku tak silap semasa sekolah rendah dahulu. Agak nostalgik membacanya semula.

Penulisnya tak lain tak bukan adalah Din Beramboi, kalau aku tak silap. Sebenarnya cerita ni aku jumpa semasa aku mencari maklumat mengenai Din Beramboi di internet.

Jadi, mari kita baca sama-sama. Kredit kepada http://mirhalim.tripod.com/ujang.htm#44

*****

Asal Usul MANILA

Pada zaman kegemilangan Melaka sebagai pusat perdagangan dunia dalam tahun-tahun 1500an, pedagang-pedagang asing ramai yang datang berniaga disana sehingga peniaga-peniaga tempatan tension kerana tidak mendapat keuntungan seratus percent. Ini menyebabkan peniaga-peniaga tempatan bercita-cita untuk menjual hasil dalam negeri ke luar negeri. Salah seorang peniaga tersebut ialah Hang Lastari, cucu Hang Kasturi.

Hang Lastari popular sebagai peniaga batu kerikir, tetapi setelah adanya pedagang Arab yang berniaga batu akek di Melaka, maka tiadalah laku lagi batu kerikir Hang Lastari yang akhirnya membawa diri seperti kebanyakan orang Melayu yang suka merajuk. Pergilah Hang Lastari ke Filipina untuk mencuba nasib berniaga di sana.

Kebetulan tahap ekonomi di Filipina baru nak stabil dan ramai pula peniaga yang berniaga di situ, maka menjadikan negeri yang tiada lagi bernama itu membesar dan ramai pula penduduknya. Ini menyedarkan pembesar tempatan untuk memberi namasesuai untuk kawasan yang bakal menjadi ibu negara Filipina.

Maka dalam pencariannya, Raja Filipina memerintahkan khadamnya untuk mendengar pendapat orang ramai tentang nama sesuai. Pergilah khadam ke pasar besar sambil memasang telinga mendengar perkataan yang sesuai. Tibalah khadam ke gerai Hang Lastari. Terpikatlah khadam melihat batu kerikir yang pertama kali dia jumpa. Hendak membeli tiada berduit. Maka digenggamlah oleh khadam akan batu tersebut untuk memuaskan hatinya.

"Duitnya, bang?" Hang Lastari meminta.

"Hah?" Khadam tidak faham dan terus berlalu dari situ. Dia menyangka benda itu free.

"Duit... money... money la..." Hang Lastari berbahasa Inggeris. "Hah? Khadam masih tak faham dan mula berlari balik ke istana kerana dikejar oleh Hang Lastari.

Hang Lastari terus mengejar sambil menjerit,"Hei... duit... duit tu money la... money la!" Hinggalah ke dalam istana khadam dikejar Hang Lastari.

Khadam bersembunyi di belakang Raja. Raja Filipina terpinga-pinga melihat peristiwa itu. Hang Lastari pula terkejut kerana dia berada di dalam istana. Sambil berdiri tegak tanda hormat, Hang Lastari bercerita,"Dia ambik batu kerikir saya, tapi tak nak bagi duit."

Raja Filipina menggeleng tak faham. Hang Lastari pun menyambung,"Duit tu dalam bahasa Inggeris... money... duit tu money la... duit... money la!"

Raja Filipina tersenyum dan menepuk tangan gembira kerana menyangka Hang Lastari memberi nama bandar tersebut. Akhirnya Raja Filipina berkenan dengan perkataan itu dan menamakannya 'Manila'. Hang Lastari dihadiahkan sebidang tanah di Sabah tinggal bersama-sama khadam yang akhirnya membuka business apam balik di sana.

*****

Asal Usul CALIFORNIA

Hang Tuah diberi tiket percutian oleh Sultan Melaka ke sebuah tempat yang masih belum bernama sebagai hadiah kerana berjaya membunuh Hang Jebat. Maka belayarlah Hang Tuah dan tiga sahabatnya iaitu Hang Lekir, Hang Kasturi dan Hang Lekiu. Sesampainya di tempat itu utusan Hang Tuah disambut dengan penuh gilang gemilang oleh pemerintah tempat tersebut. Kebetulan pula hari itu satu pertandingan menamanakan tempat tersebut sedang diadakan.

Pemerintah membawa Hang Tuah dan rombongan melawat temasya di mana pertandingan akan dijalankan. Sesampainya di situ Hang Tuah terpegun melihat penduduk yang memakai baju beraneka warna, lampu-lampu berkerlipan dan berbagai perhiasan di tapak pesta. Kerana terlalu seronok Hang Tuah terjerit "Wow... colourfulnya!"

Pemerintah yang terdengar perkataan itu terus membatalkan pertandingan kerana dia berpendapat nama yang diberikan oleh Hang Tuah cukup menarik. Sehingga kini tempat itu dikenali dengan nama 'CALIFORNIA'.

*****

BAHASA LAMA 

Malam Jumaat yang lalu Pak Cik buka peti lama kepunyaan pak cik yang dalam setor tu sebab nak cari geran tanah... untuk dijual. Entah macamana pak cik terjumpa 'pulak' sepucuk surat lama kiriman kawan lama pak cik. Waktu baca semula surat ini, termenung pakcik dibuatnya. Rupa-rupanya bahasa kita ni berubah-ubah ikut peredaran zaman 'yek'. Cuba le kau orang tengok perbezaan gaya bahasa dan ejaan dulu dan sekarang dan cuba bandingkan dengan geran tanah milik ketua kampung kau orang


Ku Hamid,

Malacca.

8.8.1948

Kembali kepangkuan sahabat ku Din...

Aku berharap semoga diri kao sehat sejahtera dan semoga kao gumbira selalu. Bagaimana chuacha ditempatmu? Tentunya panas. Adapun diwaktu ini aku juga sehat. Din... apa pekerjaan mu sekarang? Masehkah kao menulis untuk majalah 'International Encyclopedia'? Aku ada mendengar khabar yang kao akan menulis untok majallah Ujang pada tahun 1994 nanti. Benarkah begitu? Jika benar aku ingin menguchapkan tahniah. Aku sunggoh suka hati.

Din

Adapun tujuan aku mengirimkan surat ini kepada mu kerna ia ada membawa maksud. Aku ingin meminta pertulongan dari mu, kalau bolih aku mau meminjam uang sebanyak lapan puloh ringgit untok aku membeli gitar karan, kerna aku ada di-tawarkan untok bermain gitar dalam sabuah kumpulan pancharagam iaitu kumpulan 'Metallica'. Aku harap kao sedia memberikan pertulongan dan aku akan membayar balik hutangku itu siap dengan bunganya sekali.

Din...

Selain daripada meminjam uang aku juga ingin mempelajari chara-chara bermain gitar dari mu kerna aku ada mendengar kao hebat bermain gitar. Oh ye Din... hampir aku terlupa, kalau bolih celana Bell-bottom dan kasut Hail Amir mu itu berikanlah kepada aku untok aku pakai semasa bermain pancharagam.

Din...

Aku harap kao tidak akan menghampakan aku kerna aku memang berchita-chita untok bermain pancharagam dan doakanlah semuga aku mendapat chahaya kejayaan. Oh ya... sebelom aku mengundurkan diri sampaikan salam pada ayah dan bondamu. Akhir kata semoga kao gumbira selalu. Salam hormat dariku. Aku akan menalipun mu. Sekian.

Wassalam,

Sohabatmu yang jauh.

Ku Hamid.


NOTA: Untuk pengetahuan korang semua selepas sahaja pak cik pinjamkan duit lapan puluh ringgit dan mengajar Ku Hamid bermain gitar, dia terus saja berangkat ke USA dan bermain gitar untuk kumpulan Metallica. Pak cik dengar dia telah menukar namanya kepada Kirk Hammett. Dan duit lapan puluh ringgit yang dia pinjam itu sampai sekarang dia belum bayar... Chiss..!

 *****


Komen aku:

Dahulu, aku cukup suka membaca majalah Ujang. Setiap kali ke kedai, kalau aku tak membeli komik Dragon Ball (cukup fenomena masa kecil dahulu) aku akan membeli majalah Ujang. Ada beberapa sebab aku minat dengannya. Namun begitu, jika dibandingkan dengan majalah Ujang yang sekarang, aku agak kecewa sedikit kerana bagi aku, sudah tak berapa menarik lagi. Maafkan aku jika memberikan perbandingan dan komen. Cuma sekadar pendapat aku.

1. Majalah Ujang yang dahulu, cukup-cukup penuh dengan lawak. Daripada kartunnya sehingga kepada cerita pendeknya. Malah ada pengajaran tatabahasa yang mengarut, pun lawak juga. Lawak-lawak tu cukup unik dan dah tak jumpa dah dalam majalah Ujang yang sekarang. Aku bagi contoh, Penaakulan Mantik Dalam Bahasa (?), Edisi 1hb Mac 1996 (kredit kepada www.sipurisipuru.com):

Premis: Jika Amid menghayun tangan, mangkuk itu akan pecah.

Premis: Amid Menghayun tangan.

Kesimpulan: Amid mangkuk ayun.

Aku rasa sekarang dah tak jumpa dah lawak macam ni.


2. Lukisan dalam majalah Ujang dahulu 100 kali lebih baik daripada sekarang. Minta maaf kepada kartunis- kartunis sekarang. Kalau dahulu, aku lihat, kebanyakan lukisan diwarnakan menggunakan warna air, cukup-cukup nampak asli. Sekarang ni, kebanyakannya dah guna warna komputer. Tambahan pula, kartun sekarang lebih nampak tak asli, dengan mata bercahaya, dengan background yang di copy paste(guna komputer) dan lukisan cuba tunjuk comel. Kalau dahulu, Ujang ni kira unik sebab bila kita lihat lukisan karekter je, kita dah tau, oh, ini mesti dari majalah Ujang ni. Nampak tak keaslian dia? Selain tu, setiap kotak panel mesti penuh dengan lukisan termasuklah background!! Lukisan pun nampak emosi dan takde mata bercahaya macam mata mat saleh.

Ada lagi aku nak komen sebenarnya, tapi cukuplah dua pendapat ini sahaja. Aku pun sebenarnya tak layak nak berkata lebih-lebih. 

Minta maaf ye........ 

Sekadar pendapat sebagai pembaca.

p/s: aku rindu nak baca majalah Ujang yang dahulu. Cerita-cerita terkenal macam Aku Hidup Dalam Blues, Selangkah ke Alam Misteri, Murahguru Tandori Payat, Mat Despatch (versi lama yang kelakar), Workshop, Bersama Selamanya dan lain-lain lagi. Sesiapa yang ada majalah Ujang versi lama, beritahulah aku. Aku nak pinjam. Hehehe........

Saturday, November 14, 2009

Kalau Idea Dah Datang Mencurah.....

Bismillah..........

Ingat lagi peristiwa yang aku cerita masa aku dapat idea untuk buat banner Ekspo Kampus dahulu???

Peristiwa tu berulang lagi.

Aku tak tahu mengapa. Ketika aku sedang sibuk nak baca nota, banyak sahajalah idea-idea yang tak berkaitan datang. Cukup mencurah-curah.

Dan hasilnya, aku coretkan di bawah.

-aku berjaya buat empat rekabentuk logo Nurani untuk pertandingan. Tapi aku tak rasa boleh menang sebab banyak lagi design orang lain yang menarik. Mungkin aku kalah.

-aku berjaya buat 3 design baju untuk program Baktisiswa Perdana. Tapi aku dengar kata Naaman, design dah ada dah. Cessss.......

-aku berjaya buat 1 design banner Baktisiswa Perdana. Lama juga aku buat.....

-aku berjaya buat 3 design baju untuk pertandingan baju PSK 09/10. Ini pun aku tak yakin sebab aku lebih gunakan vector.

-aku dapat idea untuk Forensic Installation Night semester akan datang. Mengarut betul aku nih......

-aku berjaya lukis potret 'dia'.

-aku tak berjaya nak habiskan nota Bukti Biologi aku.


Salah satu idea aku yang timbul masa nak baca nota Bukti Biologi......

Akibatnya, ketika di dalam Dewan Utama tadi untuk jawab peperiksaan Bukti Biologi, aku terpana.

“State the life cycle of C. Megacephalo and significant of PMI.” Juga “Describe examination of dyed hair, bleached hair and wavy hair.”

Arrghhhhh, rasanya dah baca, tapi aku tak cukup masa untuk baca sebab buat benda lain, aku baca sekali sahaja nota. Dan sekarang, aku dah terlupa..........

Lebih teruk lagi, banyak soalan MCQ yang aku kantoi. Bila nak habis peperiksaan, aku tanda semua ‘TRUE’. Astaghfirullah.......

Kenapalah idea selalu datang ketika aku sibuk nak baca nota........

Berfikir positif, aku yakin, semua benda ada hikmahnya.

Tak apa idea, kau datanglah sini. Huhuhu. Bukan senang kau nak datang.

p/s: kalau Bukti Biologi dah susah gila, Toksikologi yang lagi banyak nota ni macam mana pula?

Sunday, November 8, 2009

Aku Doakan Korang Juga......

Macam biasa, buah tangan untuk korang..


Bismillah........

Esok akan bermulanya peperiksaan akhir untuk semester ini. Seperti biasa, aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan,

SELAMAT MENGAMBIL PEPERIKSAAN
semoga kita beroleh kejayaan yang cemerlang!!!

Kepada kawan-kawan blogger, Che Jo, Lukman, Hakim, Iman, Ikram, Nadiah, Nadiah, Nadiah, Huda, Quzie, Fatin, Lea, Haida, Alexis, Nisah, Tengku Atirah, Din, Tukang Masak, Mai, Syafiq, Reen, dan blogger yang tak disebut namanya (lupa, banyak sangat), pembaca-pembaca blog, rakan-rakan Sains Forensik, rakan-rakan se-USM dan kepada sesiapa sahajalah........

Aku minta maaf andai ada membuat kesalahan pada korang. Minta korang semua doakan kejayaan aku, aku pun akan doakan kejayaan korang juga. Marilah jawab peperiksaan kita sehabis baik.

Pesanan aku, tak mengapa kita dapat rendah, asalkan kita dah buat sehabis baik dan sepenuh usaha kita.

"Apabila kamu telah berazam (bertekad dan berusaha) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah sukakan golongan yang bertawakal."
Surah Ali Imran, 159.

p/s:
udah, gi baca nota tu........

Saturday, October 31, 2009

Mari Layan Blues.......


Bismillah........

Aku bukan jenis yang jiwang sangat. Tapi aku agak suka cerita di bawah.

*******

Berkata seorang teman.

“Semester dah nak habis.”

“Jadi??”

Diam menunggu jawapan yang ditaipnya. YM wadah perbualan kami. Sesekali menukar tetingkap membaca informasi lain di internet mengenai kerjaku.

Angin dingin mula memenuhi bilik. Cahaya bulan tidak kelihatan. Malam makin gelap. Hujan mula turun renyai-renyai.

Kan sedap kalau aku tidur sahaja waktu sebegini. Namun, kerja harus disiapkan terlebih dahulu. Aku dah malas nak bertangguh.

“Kau tak mahu beritahu dia?”

Jawapannya muncul. Aku masih berdiam diri.

“Menyesal kau nanti.” Tambahnya lagi.

Angin terus berhembus kuat masuk melalui tingkap. Makin dingin malam yang mula lebat dengan hujan. Malam kian kelam dengan kegelapan.

Ya, memang aku akui. Aku introvert. Banyak teori dari praktikal. Banyak berdiam dari menegur. Banyak melihat daripada berbicara.

“Sudahlah tu. Tak usah bercerita pasal aku.” Aku menjawab.

“Aku dah tahu keputusan akhirnya.” Menambah lagi, cuba berkias kata.

“Aku tak ada apa pun. Rupa, harta, kepandaian, gaya, semuanya kurang. Bukan macam yang lain, serba-serbi ada.” Pahit sedikit jawapanku.

Ya, aku sememangnya mengaku. Susah untuk pengemis jalanan melamar puteri rupawan. Lebih-lebih lagi jika pengemis tersebut sememangnya serba kekurangan.

“Semua orang ada kelebihan.” Dia menjawab.

“Belum cuba, belum tahu.” Eleh, gula-gula....... aku mana makan sangat gula-gula ni.

Suhu bilik semakin menurun. Kedengaran bunyi hujan kian kuat di luar tingkap. Sejuk malam ini betul-betul membuatkan aku ingin berhibernasi.

“Aku ibarat duit satu sen.” Aku mula bermain bahasa.

“Dan di sekeliling aku penuh dengan duit RM 50 serta RM 100.”

“Dan keberatan aku menyebabkan aku lebih tenggelam ke dasar kotak harta.”

“Dan kalau kau berdiri di depan kotak tersebut, adakah kau akan mengambil yang dasar?”

Aku terbersin. Masih lagi menahan dingin malam.

“Kau tak menyesal?” satu sahaja soalannya.

Sebenarnya aku menyembunyikan sebab lain. Namun, alasan awal yang aku nyatakan sememangnya benar.

Halilintar berdentum. Tanda makin maraknya hujan berdendang.

Seketika, aku teringat semasa melihatnya berbicara suatu masa dahulu. Paras rupawan sambil petah berkata-kata. Walaupun dalam masa yang singkat, tapi sukar dilupakan. Walaupun aku memerhati dari jauh, senyumannya memang tak dapat aku lupakan. Itu kali kedua. Angau aku seketika.....

Mungkin ini jawapan aku.

“Man......”

“Aku rasa, aku dah cukup puas......”

“Betul-betul puas hati.”

“Biar pun lihat dari jauh, tapi memang dah terlalu puas.”

Ya, memang aku cukup-cukup berpuas hati.

“Mungkin aku dah patut berhenti......”

Dan aku sememangnya tak menyesal walaupun perkara ini disembunyikan. Biarpun dia tak mengetahuinya.

Suhu dingin sudah sebati dalam ruang bilik. Hujan kian lebat.

Kian lebat......

*****

p/s: situasinya hampir sama dengan aku sendiri. Perasan tak aku tiru ayat-ayat dia dan letak di GT dan YM??? Kikikiki........

Thursday, October 29, 2009

Hah, Marilah Masuk Pertandingan Ni!!!

Poster gabungan 4 gambar. Aku lupa nak padam perkataan 'istockphoto' pada gambar tangan tu.

Bismillah........

Akhirnya dapat juga dijalankan projek ini. Projek Pertandingan Mencipta Logo MDPN. 

Pada mulanya agak susah juga. Aku semakin kesempatan masa, tiada lagi peluang hendak berjumpa dengan penggawa Nurani, Tuan Haji. Maka sukar untuk aku berbincang dengannya mengenai pertandingan ini. 

Untuk berjumpa Puan Salwana, pejabat Nurani mengatakan beliau cuti panjang. Bila aku telefon Puan Salwana, katanya kena bincang dengan Tuan Haji dulu. Pun aku tak tahu bilalah masa yang sesuai untuk berjumpa dengannya.

Akhirnya semasa Majlis Sambutan Aidilfitri Nurani yang lalu, sempat aku meminta Anwar berbincang dengannya. Dan akhirnya dah dapat kata putus. Pertandingan ini dapat dilancarkan dengan beberapa syarat yang aku minta agar dilonggarkan. Terima kasih YDP.

Aku meminta agar dalam pertandingan ini, syarat penggunaan Adobe Illustrator sebagai software mencipta logo diloggarkan supaya menjadi apa-apa software pun digunakan. Tuan Haji setuju sebab format jpeg lagi memudahkan kerja. Lagipun, kebanyakan kita bukan pandai Adobe Illustrator, aku pun tak pandai. Kebanyakan kita lebih hebat menggunakan Paint.

Kemudian aku minta agar setiap peserta dapat sijil penyertaan dan merit.  Taktik lama aku. Kikikiki.........

Jadi rakan-rakan, tak kiralah yang duduk di Murni atau Nurani, aku minta jasa baik korang agar dapat bersama-sama menyertai pertandingan ini. Bukan apa, tak susah pun nak cipta logo, lebih susah dalam nak memilih sebenarnya.

Maka, lebih banyak pernyertaan, lebih baik. Malah, dengar kata, hadiah pun agak lumayan. Hehehe, yeke? Lupakan hadiah, setiap penyertaan akan mendapat sijil dan merit!!!

Jadi, sertailah sekarang!!!

Oh ya, jangan plagiarisme tau......

p/s: minta-mintalah banyak penyertaan. Aku dah cuba hubungi kawan-kawan aku yang agak terer supaya sertai. Minta-minta diorang sertai.

Sunday, October 18, 2009

Aku Dah Terbuat Kesilapan Besar

Bismillah.........

Okey, aku mengaku. Aku dah buat silap dalam tayangan MPDN.

Haduhhhhh........


Backdrop Majlis Sambutan Aidilfitri Nurani yang aku buat tak sampai 20 minit. Ambil dari internet.

Dari malam semalam, hinggalah petang tadi, dah lebih 5 kali rasanya aku ulang tayang video Pengenalan MPDN 09/10. Dah beberapa kali aku ubah, daripada lagu, hinggalah masa (timing).

Akhirnya, aku berpuas hati.  Aku jangkakan aku akan buat pemeriksaan kali terakhir sebelum ditayangkan.

Namun, aku tiba-tiba dapat mesej, mengatakan malam ini ada kelas bahasa Inggeris. Dan wajib untuk hadir. Malang betul nasib. Nak tak nak kena pergi juga. Melepas aku makan percuma.

Kemudian, datang ke kelas bahasa Inggeris, rupa-rupanya Encik Razimi suruh kami tolong potong kain sahaja. Hahaha, tak apalah. Ada hikmahnya.

Dan memang ada hikmahnya. Dia berjanji akan tambah markah kami sebanyak 5 markah dalam peperiksaan. Hahaha, syukur. Baru hari tu kena tolak 5 markah.

Bila balik semula ke jamuan Nurani, tengok-tengok tinggal bihun saja. Dah nasib badan, aku bedal juga.

Video Syafiq dah selamat ditayangkan.

Video yang aku buat pula waktu terakhir. Ini kali pertama aku buat video guna Cyberlink. Punyalah terkial-kial. Sebelum ni buat guna Movie Maker mudah sikit.

Akhirnya, sebelum majlis tamat, video aku ditayangkan.

Dan ternampaklah beberapa kesalahan besar yang aku dah buat. Astaghfirullah.........

Agak-agak, korang dapat tak kesan kesalahan tu??


Rasanya, aku agak suka dengan ahli-ahli yang Azmi dah berikan. Hampir setiap orang menyumbangkan tenaga dalam membuat kerja, kerana masing-masing tahu guna Photoshop. Aku pun cuma edit sikit-sikit hasil kerja mereka. 

Kerja aku???

Aku buat kad jemputan VIP (terima kasih kepada Amirah Daniel, aku ambil bulat-bulat daripada kad jemputan kahwin akak dia), backdrop pentas dalam bentuk wallpaper, dan editkan kupon, poster dan flyer.


Kad jemputan VIP yang bulat-bulat aku tiru kata-katanya daripada kad kahwin kakak Amirah Daniel. (Maaf, Merah, aku tak dapat datang hari tu......)

Maka di sini, aku juga ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua ahli aku yang turut sama menyumbang hasil kerja untuk Majlis Sambutan Aidilfitri Nurani ini.

TERIMA KASIH SEMUA......

p/s: aku cuba membuat beberapa alasan untuk menutup kesalahan aku. Kikikiki.... Manusia, macam tu lah......

Tuesday, October 13, 2009

Di Fasa Kedua Ekspo Kampus.....

Bismillah.......

Walaupun ada sedikit masalah dengan logo semalam, aku kira masalah tu dah selesai.

Jadi, mari kita lihat sedikit hasil kerja aku yang buruk sempena Ekspo Kampus 2009 ni. Kebanyakannya berwarna oren, kecuali baju sahaja. Baju berwarna biru torqoise. Walaupun pada mulanya aku cadangkan warna oren dengan kain microfiber. Tapi mahal pula.

Semua yang berikut adalah design. Nak tengok yang sebenar, tunggu aku naikkan entri tersebut kemudian.

Kredit aku berikan kepada tuan asal punya ilustrasi, termasuk tuan asal yang mendesign baju. Aku cuma mengolah sahaja.

Baju Ekspo Kampus. Mulanya ada dua design, tapi aku buat ringkas sahaja. Design pertama berwarna oren, hanya ada logo dan tulisan sahaja, kerana guna kain microfiber jadi tak perlu banyak design, nanti harga mahal. Yang biru ini design kedua, aku terjumpa di satu laman web. Aku tertarik dengan corak bunga tu. 

Akhirnya Design ni diterima. Apapun, aku cakap, design aku memang ketinggalan kalau dibandingkan dengan HTD dan Healthex. Design baju mereka lebih cantik.


Logo Ekspo Kampus. Logo ni bukan aku yang buat. Dah lama dah ada logo ni. Aku cuma bersihkan semula logo ni. Logo yang lama dah macam lain sahaja. Nampak pudar dan seperti logo yang di scan sahaja. Jadi, aku betulkan semula guna vector pen tool. Ini pun sebab Fatin suruh. Kalau tak, korang akan tengok logo pudar tahun lepas sahajalah.

Banting Ekspo Kampus. Banting ni aku buat mengikut ukuran yang diberikan oleh Alvieno. Akhirnya setelah direalisasikan, kelihatan banting ni kecil, termasuklah tulisannya. Rupa-rupanya Alvino beri ukuran banting kecil. Tapi tak apa, silap aku juga. Sebab ini kali pertama aku reka design banting. Jadi aku tak tahu saiz yang sesuai.

Banner Ekspo Kampus. Ini kali pertama aku buat banner 3 column. Sebelum ni, kebanyakan banner aku cuma gambar di tepi kanan atau kiri dan tulisan sahaja. Aku agak berpuas hati dengan design banner kali ni.


Poster Ekspo Kampus. Pun kali pertama aku buat poster berwarna satu muka surat. Sebelum ni hanya separuh muka sahaja yang berwarna, itu pun paling banyak warna. Sebab kebanyakan projek aku sebelum ni tak ada duit nak cetak warna satu muka. Pun juga berwarna oren. Huhuhu...

Wallpaper Ekspo Kampus. Wallpaper ni aku buat ringkas sahaja. Tak ada tulis banyak-banyak macam yang aku buat dalam poster dan banner. Bukan apa, wallpaper memang patut ada sedikit sahaja tulisan. Wali pun suruh buat macam ini juga.

Nametag Ekspo Kampus. Nametag yang aku dah malas nak design baru. Jadi aku samakan semuanya seperti poster. Ada dua design. Satu untuk krew, aku nak semua sama. Bukan apa, memang dalam membuat nametag, kami, para designer terutamanya Huda berpendapat tak payahlah masukkan gambar. Sebabnya leceh dan buang masa. Pakainya pun berapa hari sahaja. Itu pun entah pakai entah tidak. Jadi aku letak KREW sahaja untuk AJK Ekspo Kampus. Dan gambar serta nama untuk para HICOM dan ketua exco.

Aku suruh Mimie cetak di HEP. Katanya Kak Zie merungut. "Kamu ni asyik guna warna oren sahaja. Habislah dakwat kuning." Sebab banyak poster yang kami cetak di HEP. Tapi aku rasa tak mengapa sebab dakwat tu dakwat Ekspo Kampus. Mahal dakwat laserjet tu.

Okey ke semua design ni??

p/s: semoga semua benda ni boleh jadi rujukan kepada mereka yang akan menjadi exco grafik Ekspo Kampus atau sesiapa sahaja.

Thursday, October 8, 2009