Kalau Idea Dah Datang Mencurah.....

Bismillah..........

Ingat lagi peristiwa yang aku cerita masa aku dapat idea untuk buat banner Ekspo Kampus dahulu???

Peristiwa tu berulang lagi.

Aku tak tahu mengapa. Ketika aku sedang sibuk nak baca nota, banyak sahajalah idea-idea yang tak berkaitan datang. Cukup mencurah-curah.

Dan hasilnya, aku coretkan di bawah.

-aku berjaya buat empat rekabentuk logo Nurani untuk pertandingan. Tapi aku tak rasa boleh menang sebab banyak lagi design orang lain yang menarik. Mungkin aku kalah.

-aku berjaya buat 3 design baju untuk program Baktisiswa Perdana. Tapi aku dengar kata Naaman, design dah ada dah. Cessss.......

-aku berjaya buat 1 design banner Baktisiswa Perdana. Lama juga aku buat.....

-aku berjaya buat 3 design baju untuk pertandingan baju PSK 09/10. Ini pun aku tak yakin sebab aku lebih gunakan vector.

-aku dapat idea untuk Forensic Installation Night semester akan datang. Mengarut betul aku nih......

-aku berjaya lukis potret 'dia'.

-aku tak berjaya nak habiskan nota Bukti Biologi aku.


Salah satu idea aku yang timbul masa nak baca nota Bukti Biologi......

Akibatnya, ketika di dalam Dewan Utama tadi untuk jawab peperiksaan Bukti Biologi, aku terpana.

“State the life cycle of C. Megacephalo and significant of PMI.” Juga “Describe examination of dyed hair, bleached hair and wavy hair.”

Arrghhhhh, rasanya dah baca, tapi aku tak cukup masa untuk baca sebab buat benda lain, aku baca sekali sahaja nota. Dan sekarang, aku dah terlupa..........

Lebih teruk lagi, banyak soalan MCQ yang aku kantoi. Bila nak habis peperiksaan, aku tanda semua ‘TRUE’. Astaghfirullah.......

Kenapalah idea selalu datang ketika aku sibuk nak baca nota........

Berfikir positif, aku yakin, semua benda ada hikmahnya.

Tak apa idea, kau datanglah sini. Huhuhu. Bukan senang kau nak datang.

p/s: kalau Bukti Biologi dah susah gila, Toksikologi yang lagi banyak nota ni macam mana pula?

Sunday, November 8, 2009

10 Comments:

Ms. Candy said...

haha...
kamu ni, tyme exam la macam2 lak idea yang datang...
siap ley mlukis potret tu...
sapekah 'dia'??
nak jugak!~ nak jugak!~
hehehe...~

p/s: ktorang pnya sbjek food toxicology pn banyak nota nk kena baca... huhu...~

Unknown said...

aku sudah mahu pengsan...aish!!

Quzie Fathihah said...

timbul 1 persoalan di sini..
siapakah 'DIA"?????
xkn xnk kongsi ngan ak??hehe
weh..tlg design nametag skali leh x??xpn amek dr design banner pas2 jdkn design nametag..bleh??
hehe..ak xpndai bab2 m'design ni=(

Unknown said...

nk tau "dia" tu sape! XD

Lea Isnawi said...

nak tengok design2 ko....

Anonymous said...

Ah kau,
'Dial yang hadir dalam hidup kau bermacam-macam.
Semua kau tolak...

Pergh~! best gile ayat aku :P
Cuba kalau kau kreatifkan lagi fikiran kau,
Time bz idea dtg, kau wat nota bergambar pasal ape yang kau baca tuh... Msti lagi terkebesanan....
Muerkekekeke

DarkArtz said...

anne: nanti le cuti ni..........
cuti ni memang ingat nak melukis potret sesiapa yang nak..........
tapi kalau tak sama, jangan marahle........

che: aku dah lama pengsan........

miss q: dalam banyak-banyak perkataan dalam entri aku, kau cuma mempersoalkan satu huruf je, "dia"........
tapi ini rahsia kerajaan, takleh kasitau sebarangan..........

DarkArtz said...

hanisah: rahsia le nisah.........
kalau bagitau, tak surprise le........

lea: mana leh.......
banyak sangat, aku malas nak upload.........
lagipun tak cantik mana pun..........

arip: aku dah lama dah buat nota bergambar.........
kendian aku berenti sebab amik masa.........
tapi masalah aku skang ni, bukan dapat idea pasal nota bergambar, tapi idea pasal mende yang takde kaitan ngan nota aku.........
hahaha.........
syukur weh, syukur.........

Anonymous said...

Susah org genius cam ko nie...
aku orang biasa, x pernah pun terjadi kepada aku (KOT)...

tapi yg penting engkau bahagia sekarang :P

DarkArtz said...

bahagia ke???
bahagia dengan tidur kot.......
huhuhu..........