Aku Doakan Korang Juga......

Macam biasa, buah tangan untuk korang..


Bismillah........

Esok akan bermulanya peperiksaan akhir untuk semester ini. Seperti biasa, aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan,

SELAMAT MENGAMBIL PEPERIKSAAN
semoga kita beroleh kejayaan yang cemerlang!!!

Kepada kawan-kawan blogger, Che Jo, Lukman, Hakim, Iman, Ikram, Nadiah, Nadiah, Nadiah, Huda, Quzie, Fatin, Lea, Haida, Alexis, Nisah, Tengku Atirah, Din, Tukang Masak, Mai, Syafiq, Reen, dan blogger yang tak disebut namanya (lupa, banyak sangat), pembaca-pembaca blog, rakan-rakan Sains Forensik, rakan-rakan se-USM dan kepada sesiapa sahajalah........

Aku minta maaf andai ada membuat kesalahan pada korang. Minta korang semua doakan kejayaan aku, aku pun akan doakan kejayaan korang juga. Marilah jawab peperiksaan kita sehabis baik.

Pesanan aku, tak mengapa kita dapat rendah, asalkan kita dah buat sehabis baik dan sepenuh usaha kita.

"Apabila kamu telah berazam (bertekad dan berusaha) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah sukakan golongan yang bertawakal."
Surah Ali Imran, 159.

p/s:
udah, gi baca nota tu........

Saturday, October 31, 2009

Mari Layan Blues.......


Bismillah........

Aku bukan jenis yang jiwang sangat. Tapi aku agak suka cerita di bawah.

*******

Berkata seorang teman.

“Semester dah nak habis.”

“Jadi??”

Diam menunggu jawapan yang ditaipnya. YM wadah perbualan kami. Sesekali menukar tetingkap membaca informasi lain di internet mengenai kerjaku.

Angin dingin mula memenuhi bilik. Cahaya bulan tidak kelihatan. Malam makin gelap. Hujan mula turun renyai-renyai.

Kan sedap kalau aku tidur sahaja waktu sebegini. Namun, kerja harus disiapkan terlebih dahulu. Aku dah malas nak bertangguh.

“Kau tak mahu beritahu dia?”

Jawapannya muncul. Aku masih berdiam diri.

“Menyesal kau nanti.” Tambahnya lagi.

Angin terus berhembus kuat masuk melalui tingkap. Makin dingin malam yang mula lebat dengan hujan. Malam kian kelam dengan kegelapan.

Ya, memang aku akui. Aku introvert. Banyak teori dari praktikal. Banyak berdiam dari menegur. Banyak melihat daripada berbicara.

“Sudahlah tu. Tak usah bercerita pasal aku.” Aku menjawab.

“Aku dah tahu keputusan akhirnya.” Menambah lagi, cuba berkias kata.

“Aku tak ada apa pun. Rupa, harta, kepandaian, gaya, semuanya kurang. Bukan macam yang lain, serba-serbi ada.” Pahit sedikit jawapanku.

Ya, aku sememangnya mengaku. Susah untuk pengemis jalanan melamar puteri rupawan. Lebih-lebih lagi jika pengemis tersebut sememangnya serba kekurangan.

“Semua orang ada kelebihan.” Dia menjawab.

“Belum cuba, belum tahu.” Eleh, gula-gula....... aku mana makan sangat gula-gula ni.

Suhu bilik semakin menurun. Kedengaran bunyi hujan kian kuat di luar tingkap. Sejuk malam ini betul-betul membuatkan aku ingin berhibernasi.

“Aku ibarat duit satu sen.” Aku mula bermain bahasa.

“Dan di sekeliling aku penuh dengan duit RM 50 serta RM 100.”

“Dan keberatan aku menyebabkan aku lebih tenggelam ke dasar kotak harta.”

“Dan kalau kau berdiri di depan kotak tersebut, adakah kau akan mengambil yang dasar?”

Aku terbersin. Masih lagi menahan dingin malam.

“Kau tak menyesal?” satu sahaja soalannya.

Sebenarnya aku menyembunyikan sebab lain. Namun, alasan awal yang aku nyatakan sememangnya benar.

Halilintar berdentum. Tanda makin maraknya hujan berdendang.

Seketika, aku teringat semasa melihatnya berbicara suatu masa dahulu. Paras rupawan sambil petah berkata-kata. Walaupun dalam masa yang singkat, tapi sukar dilupakan. Walaupun aku memerhati dari jauh, senyumannya memang tak dapat aku lupakan. Itu kali kedua. Angau aku seketika.....

Mungkin ini jawapan aku.

“Man......”

“Aku rasa, aku dah cukup puas......”

“Betul-betul puas hati.”

“Biar pun lihat dari jauh, tapi memang dah terlalu puas.”

Ya, memang aku cukup-cukup berpuas hati.

“Mungkin aku dah patut berhenti......”

Dan aku sememangnya tak menyesal walaupun perkara ini disembunyikan. Biarpun dia tak mengetahuinya.

Suhu dingin sudah sebati dalam ruang bilik. Hujan kian lebat.

Kian lebat......

*****

p/s: situasinya hampir sama dengan aku sendiri. Perasan tak aku tiru ayat-ayat dia dan letak di GT dan YM??? Kikikiki........

Thursday, October 29, 2009

Hah, Marilah Masuk Pertandingan Ni!!!

Poster gabungan 4 gambar. Aku lupa nak padam perkataan 'istockphoto' pada gambar tangan tu.

Bismillah........

Akhirnya dapat juga dijalankan projek ini. Projek Pertandingan Mencipta Logo MDPN. 

Pada mulanya agak susah juga. Aku semakin kesempatan masa, tiada lagi peluang hendak berjumpa dengan penggawa Nurani, Tuan Haji. Maka sukar untuk aku berbincang dengannya mengenai pertandingan ini. 

Untuk berjumpa Puan Salwana, pejabat Nurani mengatakan beliau cuti panjang. Bila aku telefon Puan Salwana, katanya kena bincang dengan Tuan Haji dulu. Pun aku tak tahu bilalah masa yang sesuai untuk berjumpa dengannya.

Akhirnya semasa Majlis Sambutan Aidilfitri Nurani yang lalu, sempat aku meminta Anwar berbincang dengannya. Dan akhirnya dah dapat kata putus. Pertandingan ini dapat dilancarkan dengan beberapa syarat yang aku minta agar dilonggarkan. Terima kasih YDP.

Aku meminta agar dalam pertandingan ini, syarat penggunaan Adobe Illustrator sebagai software mencipta logo diloggarkan supaya menjadi apa-apa software pun digunakan. Tuan Haji setuju sebab format jpeg lagi memudahkan kerja. Lagipun, kebanyakan kita bukan pandai Adobe Illustrator, aku pun tak pandai. Kebanyakan kita lebih hebat menggunakan Paint.

Kemudian aku minta agar setiap peserta dapat sijil penyertaan dan merit.  Taktik lama aku. Kikikiki.........

Jadi rakan-rakan, tak kiralah yang duduk di Murni atau Nurani, aku minta jasa baik korang agar dapat bersama-sama menyertai pertandingan ini. Bukan apa, tak susah pun nak cipta logo, lebih susah dalam nak memilih sebenarnya.

Maka, lebih banyak pernyertaan, lebih baik. Malah, dengar kata, hadiah pun agak lumayan. Hehehe, yeke? Lupakan hadiah, setiap penyertaan akan mendapat sijil dan merit!!!

Jadi, sertailah sekarang!!!

Oh ya, jangan plagiarisme tau......

p/s: minta-mintalah banyak penyertaan. Aku dah cuba hubungi kawan-kawan aku yang agak terer supaya sertai. Minta-minta diorang sertai.

Sunday, October 18, 2009

Aku Dah Terbuat Kesilapan Besar

Bismillah.........

Okey, aku mengaku. Aku dah buat silap dalam tayangan MPDN.

Haduhhhhh........


Backdrop Majlis Sambutan Aidilfitri Nurani yang aku buat tak sampai 20 minit. Ambil dari internet.

Dari malam semalam, hinggalah petang tadi, dah lebih 5 kali rasanya aku ulang tayang video Pengenalan MPDN 09/10. Dah beberapa kali aku ubah, daripada lagu, hinggalah masa (timing).

Akhirnya, aku berpuas hati.  Aku jangkakan aku akan buat pemeriksaan kali terakhir sebelum ditayangkan.

Namun, aku tiba-tiba dapat mesej, mengatakan malam ini ada kelas bahasa Inggeris. Dan wajib untuk hadir. Malang betul nasib. Nak tak nak kena pergi juga. Melepas aku makan percuma.

Kemudian, datang ke kelas bahasa Inggeris, rupa-rupanya Encik Razimi suruh kami tolong potong kain sahaja. Hahaha, tak apalah. Ada hikmahnya.

Dan memang ada hikmahnya. Dia berjanji akan tambah markah kami sebanyak 5 markah dalam peperiksaan. Hahaha, syukur. Baru hari tu kena tolak 5 markah.

Bila balik semula ke jamuan Nurani, tengok-tengok tinggal bihun saja. Dah nasib badan, aku bedal juga.

Video Syafiq dah selamat ditayangkan.

Video yang aku buat pula waktu terakhir. Ini kali pertama aku buat video guna Cyberlink. Punyalah terkial-kial. Sebelum ni buat guna Movie Maker mudah sikit.

Akhirnya, sebelum majlis tamat, video aku ditayangkan.

Dan ternampaklah beberapa kesalahan besar yang aku dah buat. Astaghfirullah.........

Agak-agak, korang dapat tak kesan kesalahan tu??


Rasanya, aku agak suka dengan ahli-ahli yang Azmi dah berikan. Hampir setiap orang menyumbangkan tenaga dalam membuat kerja, kerana masing-masing tahu guna Photoshop. Aku pun cuma edit sikit-sikit hasil kerja mereka. 

Kerja aku???

Aku buat kad jemputan VIP (terima kasih kepada Amirah Daniel, aku ambil bulat-bulat daripada kad jemputan kahwin akak dia), backdrop pentas dalam bentuk wallpaper, dan editkan kupon, poster dan flyer.


Kad jemputan VIP yang bulat-bulat aku tiru kata-katanya daripada kad kahwin kakak Amirah Daniel. (Maaf, Merah, aku tak dapat datang hari tu......)

Maka di sini, aku juga ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua ahli aku yang turut sama menyumbang hasil kerja untuk Majlis Sambutan Aidilfitri Nurani ini.

TERIMA KASIH SEMUA......

p/s: aku cuba membuat beberapa alasan untuk menutup kesalahan aku. Kikikiki.... Manusia, macam tu lah......

Tuesday, October 13, 2009

Di Fasa Kedua Ekspo Kampus.....

Bismillah.......

Walaupun ada sedikit masalah dengan logo semalam, aku kira masalah tu dah selesai.

Jadi, mari kita lihat sedikit hasil kerja aku yang buruk sempena Ekspo Kampus 2009 ni. Kebanyakannya berwarna oren, kecuali baju sahaja. Baju berwarna biru torqoise. Walaupun pada mulanya aku cadangkan warna oren dengan kain microfiber. Tapi mahal pula.

Semua yang berikut adalah design. Nak tengok yang sebenar, tunggu aku naikkan entri tersebut kemudian.

Kredit aku berikan kepada tuan asal punya ilustrasi, termasuk tuan asal yang mendesign baju. Aku cuma mengolah sahaja.

Baju Ekspo Kampus. Mulanya ada dua design, tapi aku buat ringkas sahaja. Design pertama berwarna oren, hanya ada logo dan tulisan sahaja, kerana guna kain microfiber jadi tak perlu banyak design, nanti harga mahal. Yang biru ini design kedua, aku terjumpa di satu laman web. Aku tertarik dengan corak bunga tu. 

Akhirnya Design ni diterima. Apapun, aku cakap, design aku memang ketinggalan kalau dibandingkan dengan HTD dan Healthex. Design baju mereka lebih cantik.


Logo Ekspo Kampus. Logo ni bukan aku yang buat. Dah lama dah ada logo ni. Aku cuma bersihkan semula logo ni. Logo yang lama dah macam lain sahaja. Nampak pudar dan seperti logo yang di scan sahaja. Jadi, aku betulkan semula guna vector pen tool. Ini pun sebab Fatin suruh. Kalau tak, korang akan tengok logo pudar tahun lepas sahajalah.

Banting Ekspo Kampus. Banting ni aku buat mengikut ukuran yang diberikan oleh Alvieno. Akhirnya setelah direalisasikan, kelihatan banting ni kecil, termasuklah tulisannya. Rupa-rupanya Alvino beri ukuran banting kecil. Tapi tak apa, silap aku juga. Sebab ini kali pertama aku reka design banting. Jadi aku tak tahu saiz yang sesuai.

Banner Ekspo Kampus. Ini kali pertama aku buat banner 3 column. Sebelum ni, kebanyakan banner aku cuma gambar di tepi kanan atau kiri dan tulisan sahaja. Aku agak berpuas hati dengan design banner kali ni.


Poster Ekspo Kampus. Pun kali pertama aku buat poster berwarna satu muka surat. Sebelum ni hanya separuh muka sahaja yang berwarna, itu pun paling banyak warna. Sebab kebanyakan projek aku sebelum ni tak ada duit nak cetak warna satu muka. Pun juga berwarna oren. Huhuhu...

Wallpaper Ekspo Kampus. Wallpaper ni aku buat ringkas sahaja. Tak ada tulis banyak-banyak macam yang aku buat dalam poster dan banner. Bukan apa, wallpaper memang patut ada sedikit sahaja tulisan. Wali pun suruh buat macam ini juga.

Nametag Ekspo Kampus. Nametag yang aku dah malas nak design baru. Jadi aku samakan semuanya seperti poster. Ada dua design. Satu untuk krew, aku nak semua sama. Bukan apa, memang dalam membuat nametag, kami, para designer terutamanya Huda berpendapat tak payahlah masukkan gambar. Sebabnya leceh dan buang masa. Pakainya pun berapa hari sahaja. Itu pun entah pakai entah tidak. Jadi aku letak KREW sahaja untuk AJK Ekspo Kampus. Dan gambar serta nama untuk para HICOM dan ketua exco.

Aku suruh Mimie cetak di HEP. Katanya Kak Zie merungut. "Kamu ni asyik guna warna oren sahaja. Habislah dakwat kuning." Sebab banyak poster yang kami cetak di HEP. Tapi aku rasa tak mengapa sebab dakwat tu dakwat Ekspo Kampus. Mahal dakwat laserjet tu.

Okey ke semua design ni??

p/s: semoga semua benda ni boleh jadi rujukan kepada mereka yang akan menjadi exco grafik Ekspo Kampus atau sesiapa sahaja.

Thursday, October 8, 2009

Untuk Permulaan Bagi Ekspo

Bismillah........

Kata Iman, “Kalau idea dah datang  mencurah-curah, tak kira masa. ”

Aku teringat lagi hari Sabtu tu.

Waktu tu aku agak kalut. CA toksikologi sudah hampir. Kalau aku tak silap, pada hari esoknya. Namun begitu, banyak lagi nota yang masih aku tak baca. Tambah pula permintaan daripada Exco Publisiti untuk banner dan banting mereka masih belum aku sempurnakan. Mereka mahukan segera agar dapat menempahnya di kedai sebelum raya untuk dicetak (waktu ni tengah puasa).

Aku dah mencuba mereka banner dan banting mereka sebelum ini. Namun tidak begitu cantik. Jadi, aku dengan sendirinya me’reject’ banner tersebut.

Sabtu pagi, selepas sahur, aku pergi bersolat jemaah Subuh di surau. Pulang dari surau, ingatnya nak membaca nota toksikologi yang masih berbaki. Tapi terasa malas pula. Maka aku pasang komputer dan saja-sajalah aku melayari internet, laman web Google Image.

Akhirnya, aku terjumpa satu kotak yang agak cantik. Mungkin rezeki aku pagi tu. Terus aku dapat idea untuk buat banner dan banting untuk Alvino. Kotak berwarna oren yang aku maksudkan adalah seperti di bawah, dan aku gabungkan dengan perkataan yang agak ‘grunge’. Terhasillah seperti apa yang korang nampak pada banner dan banting sekarang.

Kotak yang aku jumpa dan dah diubahsuai.....

Cerita tak habis lagi. Mulanya aku puas hati. Tapi selepas lebih tujuh kali pandang semula, aku mula rasa kekurangan gambar. Nak tak nak kena cari bahan lain. Nota tak baca lagi ni. Tapi bila mood dah datang, memang aku tak layan benda lain dah selain dari kerja ni. (tolong jangan contohi aku)

Untuk menepati tema, aku kena cari gambar yang lestari. Mulanya nak guna gambar tangan memegang bumi macam aktiviti mahasiswa lestari yang tak jadi dulu, yang pernah aku nukilkan dalam entri terdahulu. Tapi aku rasa terlalu ringkas. Jadi aku cari gambar bumi yang baru.

Dapat. 

Gambar bumi ni menarik sebab macam ilmu yang mengelilingi bumi.

Aku cari pula gambar tangan. Aku jumpa dua tangan yang menarik, tangan manusia dan tangan robot. Jadi, aku gabungkan semuanya. Jadilah seperti apa yang korang nampak sekarang.

Tangan robot memegang mentol.
Tangan memegang bumi.

Hasilnya.

Siap kerja aku, aku buat satu lagi design banner dan banting dalam warna biru. Akhirnya, pukul sepuluh pagi baru siap semuanya.

Tapi, ada masalah pula yang timbul.

AKU TAK BACA NOTA TOKSIKOLOGI LAGI........

Mungkin inilah salah satu dari lima kesukaran yang pernah aku nyatakan dalam pengucapan awam aku dalam kelas Komunikasi minggu lepas......

Bila tarikh dateline bertemu dengan tarikh kritikal (CA). Dan bila dah perit nak baca CA, barulah idea datang. Akhirnya, memang tak keruan.......

Minta korang semua jangan jadi macam aku. Dah nak tarikh dateline baru nak buat.

Padan muka aku....

Tuesday, October 6, 2009

Apabila Dah Habis Satu Fasa


Bismillah.........

Terasa sedikit kepuasan……….

Kenapa?

Alasan 1

Huh, habis sudah satu fasa kerja aku dalam Ekspo Kampus. Selebihnya Chii Koh pula mengambil giliran. Kerja aku lebih kepada kerja-kerja pre ekspo seperti mereka baju, nametag, banner, banting, poster, wallpaper, laminate dan lain-lain.

Kalau korang nampak banner kaler oren atau apa-apa yang ada rekaan seperti tangan manusia memegang bumi dan tangan robot, itu hasil kerja aku lah tu yang tak seberapa.

Tahun ni, sengaja aku centralizekan produk-produk publisiti ekspo supaya menjadi warna oren dan ada tangan memegang bumi, sebab aku dah lihat beberapa upacara besar yang lain, memang semua produk publisiti mereka adalah sama. Jadi aku cuba sebatikan dalam Ekspo Kampus, agar Ekspo Kampus kali ni Nampak lebih matang.

Tapi, korang boleh juga katakan yang aku ni malas. Hahaha………

Nanti petang ni aku ceritakan beberapa kisah menarik sepanjang mereka produk publisiti ekspo.

Alasan 2

Kebanyakan assignment sudah pun aku siapkan dan hantar. Assignment toksikologi, metodologi kajian, bukti fizikal, komunikasi, dan lain-lain. Sekarang cuma tinggal laporan makmal dan assignment bukti fizikal sahaja.

Mungkin minggu ni bolehlah aku berehat sebentar sebelum minggu hadapan yang lebih mencabar. Bermula dari minggu hadapan, pelajar forensic akan menghadapi CA dan OSPE yang melambak banyaknya.

Teringat minggu lepas, sampailah hari Ahad baru ni. Setiap malam terpaksa tidur lewat hingga pukul 4 pagi. Sampai kelas pagi pun terlewat datang, ada yang terpaksa ponteng. Astaghfirullah………. Yang paling menyesal bila ‘lab briefing’ Dr. Kuppu tak dapat aku hadiri.

InsyaAllah semester depan aku tak buat lagi.
Alasan 3
Seronok juga aku melihat baki pengucapan awam dalam kelas komunikasi pagi tadi.

Senyum sampai ke pipi………
p/s: rasa bebas sikit hari ni. Petang ni nak menulis lagi rasanya ni. Ini pun saja buang masa di perpustakaan.

p/s 2: rupanya Encik Saiful Haizad, salah seorang yang aku kagumi dalam bidang grafik dah berpindah ke USM induk, mungkin dia naik pangkat. Alhamdulillah, memang dia layak.

Monday, October 5, 2009