Gerhana di Eidulfitri..... Kikikiki.......


Bismillah.....

CERITA 1

Aku naik kapal terbang dengan Wali. Oleh kerana kelewatan aku dalam membeli tiket penerbangan, maka aku duduk belakang sikit daripada Wali. Tapi aku tak kisah pun. Asalkan dapat pulang.

Yang paling bersyukur sebab tak terlepas penerbangan dan juga penerbangan tak ditangguhkan seperti yang Lia ramalkan. Kalau ditangguhkan, memang aku sabotaj dia selama 29 hari.

Dalam aku nak letak beg pada tempat simpan di atas kepala tu, tengok-tengok dah penuh. Ada kosong pun, pak cik sorang ni dah ‘cop’ dulu dah. Tak boleh nak letak dekat-dekat. Terpaksa letak belakang sikit.

Masa aku nak letak ni, adalah seorang wanita depan aku ni, dia nak letak barang tapi dah terlajak sedikit. Jadi dia minta aku tolong letakkan. Katanya pada aku,

“Abang, minta tolong letak sekali ya di atas tu.” Katanya sambil tersenyum, cuba menyerlahkan keayuannya sambil menghulurkan kotaknya.

Dia panggil aku abang? Ishhh, tua sangat ke aku ni??? Aku baru 21 tahun.

Sabar sajalah.....

CERITA 2

Perkara ini sebenarnya dah berlaku semenjak aku masuk matrikulasi lagi. Selepas masuk matrikulasi, janggut aku mula tumbuh sedikit.

Dalam beraya di rumah saudara-mara, kami akan turut bersalaman. Dan tak lupa juga kepada saudara-mara yang baik hati, diorang akan memberikan duit raya.

Aku ada tiga orang kakak. Dua orang dah kahwin. Seorang ini pula masih belajar di UiTM. Dia tua 2 tahun dari aku, namun, aku lebih tinggi dari dia dalam 20cm.

Semasa bersalaman, dia salam dulu dengan mak cik. Mak cik bagi dia duit raya. Bila sampai giliran aku, salam je tapi tak dapat apa-apa. Aik, peliknya.

Aku rasalah, mungkin sebab aku ni ada misai ngan janggut kot. Ishhh........

Tapi tak apalah kan. Duit raya bukan tujuan utama aku (ye la tu). Huhuhu.......

CERITA 3

Sebelum bertolak pergi dari rumah Mak Cik Nor, kami sempat bersalaman dengannya. Dalam masa itu, dia bertanya mengetahui status kami.

Adik aku : “Ohhh, budak ni darjah 3, samalah dengan Azraai, anak si....”

Adik aku yang lagi satu : “Tingkatan 4 dah? Ohhh, tahun depan SPM lah ni?”

Kakak aku : “Tinggal setahun lagi kat UiTM. Lepas ni kerjalah ni ya?”

Aku : “Ni mesti dah kerja ni. Eh, belajar lagi?”

KESIMPULANNYA

Aisshhhh. Aku rasa aku kena cukur janggut dengan misai aku. Mungkin selepas itu aku akan kelihatan muda 13 tahun.

Tapi aku dah tengok banyak rakan aku yang ada misai atau janggut, selepas cukur, muka diorang akan berubah 70.35%. Jadi aku rasa berbelah bahagi pula.

Tak apalah, suka duka hidup akulah ni kiranya. Hahaha.........

APAPUN

Di kesempatan ini, aku nak mengucapkan

SALAM ‘EIDULFITRI

Kepada semua yang mengenali diriku ini. Semoga anda semua berbahagia di samping keluarga pada raya kali ini.

Aku juga dengan seriusnya ingin meminta maaf kepada anda semua kerana aku ni seorang manusia yang suka menimbulkan kemarahan orang dan sering membuat silap. Maafkan aku semua. Tolonglah ampuni dosa aku pada korang.

Buat rakan-rakan blogger yang lain, Anne, Tengku, Che Jo, Lea, Tukang Masak, Izzahsakinah, Huda, Iman, Arip, Nisah, Quzie, Fatin, Tengku Atirah, Lukman, Hakim, Reen, Mai, dan sesiapa sahaja dan juga para pembaca (ada pembaca ke?). Maafkan aku kiranya ada entri yang kurang enak yang telah aku coretkan. Maafkan aku juga jika ada komen yang aku beri terlalu sakit diterima. Maafkan aku juga kerana lebih banyak menegur dalam alam siber berbanding dalam alam realiti. Maafkan atas segalanya.

MINTA MAAF SEMUA.

p/s: raya kali ni betul-betul terasa sayu. Cukup mudah untuk aku mengalir air mata. Terutamanya selepas aku bertakbir raya dengan bersalaman dengan emak dan ayah. Terasa seperti ada ‘sesuatu’ dalam raya kali ini.

Monday, September 21, 2009

10 Comments:

Ms. Candy said...

haha...
rasa cam nak gelak tguling2 ble baca entri ni...
hehe...
x ley imagine azahiri tanpa janggut n misai...
=P
cam klakar je...
hahaha...~

Unknown said...

try arr shave janggut n misai skali..then g klas research method..
leh tgk pe reaction org lain..wakaka..

neway, slamat ari raya! ^^

DarkArtz said...

aku malas le nak cukur........
kang orang tak tau sapa aku.........
huhuhu.......

Ms. Candy said...

try je la buat skali...
=P
hahaha...~
mna la tau, nnti ktorang ingat awk bdak 1st year sbb x pnah nmpak...
hehe...~

p/s: jadi la diri sndiri... jangan cuba jd orang lain sbb orang lain yg sruh...(^-^)v hehe...~

fasihah said...

slamat hari raye...
maaf zahir batin kalo ade salah silap..
em..psl jggut tu ak rase xpyh la d cukur..trademark ko dh tu..hehe

Anonymous said...

Weh, sori aku x sempat bertandang ke umah hang..
bz bz bz,
itu la kalo org dah meningkat dewasa..
tanggungjawab makin banyak,
beban makin bertimbun....
Tension makin menjadi~!! arghh..
srunut betui kalo aku jadi budak kecik balik... hahaha

DarkArtz said...

anne: xnak.......
huhuhu.........

chupa:trademark??
maknanya orang kenal aku sebab janggut aku???
aiiii.......

arep: hahaha, sama la ngan aku, tak dapat gi rumah kau juga..........
maaf sahabat........
best tak raya rumah siti???

Anonymous said...

OK ar,
Ntah langkah kanan ke ape, jumpe BF dier kat umah tuh... Skali beraye ngan kitorang... Huhuhu

Ngko dok jauh dari family,
time raye memang sayu... syahdu kot,
But kalo ko x sempat balik raya...
Lagi syahdu.. kena plak dgr lagu dendang perantau...

Huk huk huk, hanya mampu imajin...

DarkArtz said...

arep: langkah kanan le tu.......
bukan senang nak jumpa pakwe dia........
kau berkenalan ngan dia x???

Anonymous said...

Ntah,
dier pun cam segan-2 ngan aku,
ei, laki dgn laki pun segan gak ke??
x faham,