Nak Beli Kasut Baru??? Tak Naklah........

Macam ni rupanya nak design kasut.....


Bismillah.........

Terlalu susah untuk aku coretkan kelemahan aku kali ini. lebih kepada perasaan malu sebenarnya. Apa yang nak dimalukan? Jadi, sebelum anda semua terus membaca, mari kita sama-sama menjawab soalan di bawah ini.

“BERAPA KALI DALAM SETAHUN ANDA MEMBELI KASUT BARU?”

Kasut ya, bukan selipar.

Baiklah, jika soalan ini ditujukan kepada aku, aku akan jawab...... “dua atau tiga tahun sekali.”

Dalam banyak-banyak orang dalam keluarga, akulah yang cukup-cukup kelihatan daif. Daif dari segi pakaian dan fesyen. Antara pakaian aku yang paling menampakkan kekolotan aku adalah kasut dan seluar.

Aku tak suka seluar jeans, walaupun dah dileter beberapa kali oleh rakan-rakan aku. Sekarang pun aku cuma suka memakai seluar slack dan seluar sukan.jumlanya kalau ditambah tak sampai sepuluh. Adik aku pula, entah berapa banyak seluar dia ada. Dah macam koleksi pula.

Mengenai kasut pula, aku paling lemah dalam membeli kasut. Maka aku jarang membeli kasut baru. Selalunya aku akan pakai kasut lama. Semasa di tingkatan 5 dahulu, aku cuma ada kasut sekolah sahaja. Bersukan kasut itu, pergi jalan pun kasut itu. Bukan tak mahu beli kasut jalan, tapi aku tak berminat beli kasut. Akhirnya kasut tersebut berhenti berkhidmat setelah ada ‘mulut’. Kalau tak, mesti aku terus pakai di matrikulasi atau sehingga sekarang.

Aku ada dua pasang kasut sekarang. Kasut Jazz warna biru dan kasut sukan. Kedua-dua pasang kasut ini dah pun kelihatan lama dengan kasut Jazz sudar pudar warnanya dan kasut sukan pula sudah lama naik hitamnya.

Memang dah kurang sikit nampak birunya.......

Kasut Jazz ini aku beli sewaktu sebelum masuk ke USM, manakala kasut sukan ini aku beli akhir tahun pertama di USM. Sejak dari itu, memang aku dah tak beli kasut dah.

Sepanjang masa di USMKK, inilah kasut aku. Pergi ke kuliah, kasut ini, pergi bersukan, kasut ini, pergi aktiviti besar, kasut ini, pergi masuk makmal, pun kasut ini juga, malah boleh dikatakan pergi ke mana-mana yang melibatkan kasut, kasut inilah yang akan aku gunakan.

Kasut sukan merangkap kasut kuliah dan kasut jalan.........

Melihat kawan terdekat aku, Che Joe, Ijon, Lukman, Hakim, entah berapa kali aku nampak diorang pakai kasut baru. Hohoho......

Aku bukan tak mahu beli kasut baru. Kemahuan itu memang ada. Tapi aku tak pandai memilih. Bila aku dah pilih, aku akan tengok harga. Aku suka barang murah. Kalau beli barang mahal aku takut menyesal. Selalu begitu, selepas beli suatu barang mahal, aku akan menyesal, walaupun tak ada sebab untuk dikesali.

Kemudian, aku akan membeli kasut mengikut keperluan.mungkin di kala waktu-waktu terpaksa sahaja akan aku beli. Kasut Jazz itu aku beli setelah dipaksa oleh emak. Kasut sukan itu pula dibeli setelah kasut sukan matrikulasi aku tak lagi muat dengan saiz kaki aku.

Kasut kulit?

Dah lama koyak, sejak waktu masuk orientasi USM lagi. Nak beli ke? Pinjam Che Joe sudahlah......

Apa punya pemikiranlah aku ni ya........

Semalam pergi ke KB Mall bersama Iman. Terasa nak beli kasut baru. Bila masuk kedai kasut, tak tahu nak pilih mana satu, atau lebih tepat lagi, aku tak tahu nak beli kasut apa. Kasut sukan okey lagi, kasut Jazz masih tak berkoyak. Tapi aku tertarik dengan satu kasut sukan tu. Aku tengok harganya. Ulppp.......

Akhirnya, selepas 10 minit di kedai kasut, aku tak jadi beli kasut.

p/s: aku semakin yakin yang aku ni makhluk asing........

Saturday, July 25, 2009

10 Comments:

Unknown said...

pnjam aku pnye,nak? aku ade wedges..=D
heels pn ade..haha!

Unknown said...

hahaha.....
kasut kulit aku bila nak pulang?! woopz!! kain n baju ko pun aku tak pulangkan lagi...ahaks!

tu la...nak beli kasut taknak ajak aku....kui3x!! tapi aku pun bab kasut susah nak memilih. tapi tak apa. ko bukan makhluk asing pun...tapi bab kata gedoh....makhluk yang belum dikenal pasti..haha!! tapi kan...tak kisah la ko tu pakai sluar slack ka, ketinggalan zaman ka..kasut yang dah pudar ka...tapi kan. bila tengok macam tu...oh, tu la azahiri....

cuba bayangkan ko pakai jeans, and kasut baru and rambut wat akeover. mesti orang cakap...uih! azahiri ka tu?? haha!!

Anonymous said...

Boleh geng dengan Nu'man Basyir neh. Style nak abes simple je. Tapi nampak gaya dia macam dah ke arah perubahaa semenjak dua menjak ni. Bersyukur kakak dia. Huhu.

Tapi betul la kan. Macam Che Joe cakap. Agree :p

Ms. Candy said...

**sedang imagine kalau ape yang che jo cakap tu jadi knyataan**

haha...~
mmg siyes la tkejut bsar ktorang...=)
hehehe...~
dulu ada gak kwn sy ms wat a level dulu yg x pnah pkai jeans...
so x de la pelik sgt...
still manusia lagi...
and bukan makhluk asing...=)

^^ PinKy_FuNKy ~~ said...

awk mcm si dia sy..dia sgt x ske pki jeans..cube berseluar slack ke sana ke mari..n diyee juge x ske beli kasut..sy yg kdg2 terpkir nak belikan kasut utk diyee..xpe2..awk msih normal n kategori makhluk biase..hehe

Din_diet said...

ko masih normal lg azahiri..n masih lg manusia..hehe.

aku rasa ok je kasut ko tu.cuma mungkin ko patut basuh skit aku rasa..baru nampak cm baru.haha

jeans? aku ada sehelai je.tu pn jarang2 skali pakai.ok pe slack.hidup azahiri!

DarkArtz said...

isk, terharu aku selepas korang dah confirmkan aku bukan makhluk asing.........
hahaha........

lepas ni, ada la kawan baru : Nu'man, kawan Anne yang A level tu, dan si dia Reen.......

Ms. Candy said...

ha...
sy br tau yg adik pmpuan sy pn x ske pkai jeans...
dia pkai sluar slack je slama ni...
haha...~

**br je tau sbb td nak belikan dia jeans tp dia cakap dia x ske pkai sluar jean... dia xde shelai pn sluar jeans... haha...~

Anonymous said...

Huhuhu,
Ko bukan alien, Ko cume ade penyakit jerk...

Penyakit orang kedekut...

hahahaha

Well, Aku pun x slalu beli kasut, tapi x macam ko.... kasut aku slalu rosak... agaknyer kaki aku nie 'tajam' sgt kot... setahun skali beli.... huhuhu kopak~!

DarkArtz said...

anne: yes, ada geng baru lagi.........
bleh berkenalan, hahaha........

arip: aiseh, pecah tembelang aku..........
kikikiki.............