Indahnya Tidur...


Lukisan pen berdasarkan lakaran yang aku buat dalam kelas untuk melawan perasaan mengantuk...


Bismillah.......

Lupakan sebentar mengenai masalah-masalah yang aku hadapi. Inilah salah satu alasan mengapa aku masih menulis blog. Walaupun aku tahu yang aku ini tidaklah mahir menulis, apatah lagi dalam penulisan kreatif. Mungkin kerana hal sedemikian, aku sering mendapat markah rendah dalam karangan semasa kecil dahulu.

Cukuplah pendahuluan ini dahulu.

“Abang tidur tak dalam kelas?” emak bertanya kepada aku semasa cuti semester dahulu.

“Kadang-kadang.” Aku jawab, padahal memang aku tidur dalam kebanyakan kelas.

“Kenapa mak tanya?” aku bertanya pula.

“Tak adalah, mak dah agak dah. Abang tu selalu sangat tidur lewat. Kadang-kadang mak tengok abang tidur sampai pukul 4 pagi. Mana nak tahan dalam kelas. Cuba abang fikir.........” mak bagi ceramah pada aku. Aku tak nak kongsi dengan korang ceramahnya. Aku kan kedekut ilmu. Hahaha....

Apapun, aku rasa aku dah sedikit insaf selepas diceramah ketika itu. Jadi, aku berazam untuk tidur awal. Semasa fasa akhir cuti, aku memang tidur awal, dalam pukul 2.30 pagi paling lewat. Jadi, aku berazam untuk melakukan perkara yang sama di USMKK.

Kini, di USMKK, aku selalu tidur awal, paling awal pukul 12.30 malam dan paling lewat pukul 2.30 pagi. Kiraan purata waktu aku tidur adalah dalam pukul 1 pagi. Matlamat aku adalah untuk bangun awal, dan tak tidur lagi dalam kelas.

Namun bagitu, nampaknya masalah baru pula muncul. Walaupun aku dah tidur awal, aku tetap mengantuk semasa dalam kelas, jadi, memang kadang-kala tu aku tertidur jugalah. Aku pun tak tahu mengapa.

Aku tidur mengangguk-angguk. Kemudian aku terjaga semula, aku tahankan mata aku untuk terbuka. Petua aku sejak dari matrikulasi lagi, kalau terasa nak tidur, aku akan melukis. Ataupun berbual dengan kawan sebelah.

Namun, semalam, aku mengalami tidur yang paling teruk. Hampir semua kelas aku tertidur. Aku cuba amalkan petua aku, dengan melukis. Aku lukis lakaran pensel untuk gambar di atas. Tapi memang aku cukup-cukup mengantuk hingga tertidur juga. Hendak berbual, aku hormatkan pensyarah.

Aku tertidur juga akhirnya. Tewas dengan perasaan mengantuk. Bersandar, aku tidur. Dah berapa lama kemudian, aku terjaga. Aku tengok kelas dah habis. Pensyarah baru nak tutup slideshow. Kawan-kawan di tepi aku pula senyum-senyum pada aku. Buang tabiat ke diorang ni.

Ijon cakap pada aku, aku tidur ternganga sedikit. Haaa??? Wali dah ketawa dah. Ijon siap sempat rakam lagi guna telefon bimbit dia. Kemudian dia replay pada aku. Cipan kau Ijon. Tapi aku pun ketawa juga. Hahaha........

Jadi, sekarang aku kena kaji semula. Mengapa aku masih mengantuk di dalam kelas walaupun dah tidur secukupnya pada waktu malam.

1. Adakah sebab pensyarah yang mengajar? Adakah pengajarannya terlalu bosan atau aku tidak faham?

2. Adakah kerana aku tidak minum kopi pagi-pagi? 

3. Adakah kerana tiada wanita cun didalam kelas aku? Ataupun kerana tiada 'dia'?

4. Atau adakah ini satu penyakit berjangkit setelah rakan sebelah aku tidur yang menyebabkan aku turut ingin tidur sama? 

5, Ataupun adakah aku ni makhluk asing yang memerlukan tidur lebih dari manusia normal?

 p/s: kata orang, 'tidur itu indah, namun kalau disalahguna akan membawa binasa." Begitu bukan?

Wednesday, July 22, 2009

12 Comments:

Unknown said...

hak...hak...hak...
aku bukan orang yang boleh selesaikan masalah ko...sebab aku ada masalah sama....haha!!

apapun...cuba bergerak-gerak sikit masa dalam kelas. Tak pon banyak bertanya kat lecturer...mesti x ngantuk.
bila dr. kuppu tanya aku masa kelas dia aritu...." u have a doubt??" aku terus tak ngantuk...napa? tapi pastu ngantuk balik....haha.. macam hampeh ja aku. ciao....

Anonymous said...

hahahhaa.

Minum kopi, macam aku selalu buat!!

Aku addicted pada kafein, okeh.

Unknown said...

korg ni dasat laa..
haha!
aku penah td0 lam klas skali je..
mse klas etnik dlu2..
then ade org snap gambar n uploadkan kat fs..
pastu dh t0bat x nk tid0 lg...
lalala~

Unknown said...

izzahsakinah, bukan gosok belakang telinga wat mata lagi layu ang rasa nak tidur ka?? haha!!!
cikgu sekolah aku ajar.... tarik bahagian bawah mata, ataupun lurut bahagian atas kening...tapi aku wat tak menjadi....

haa......satu lagi, jentik hidung kuat2 kalau boleh sampai keluar air mata..aku penah buat..tapi perlahan ja jentik. malu r kalo org nampak. haha!! jadi, tak berkesan sangat.

chanz said...

pegi baca buku motivasi sebab aku rasa korang kurang motivasi hendak mendengar kuliah.

aku pun kedekut ilmu gak. har333

DarkArtz said...

che joe: aku ingat nak duduk depan la pas ni........
hak3........

huda: aku cuma minum nescafe.........
namun nestle telah menyokong israel..........
jadi, demi seruan memboikot, aku kurangkan beli nescafe........
jadi, kopi tak dapat membantu aku kali ini..........
hahaha..........

hanisah: hahaha, cam aku la.........
tapi kau cuma kena tangkap gambar..........
aku lak Ijon siap tangkap VIDEO!!!
takleh blah tul..........
sib baik tak upload di youtube........

DarkArtz said...

izahsakinah: bukan telinga, satu muka dengan kepala-kepala sekali dah gosok gak..........
pun ngantuk gak.........
huhuhu..........

hakim: last sekali aku baca buku motivasi masa form 5.........
aku baca beberapa mukasurat je dah tertido.......
mungkin buku motivasilah satu ubat tidur yang mujarab bagi aku..........

Anonymous said...

Huhuhu,
Aku slalu tido kat kelas...
Sebab die best...
Hahaha, X kesah ar ko tido kat kelas ke x... Janji ko paham,
itu pegangan aku, tapi x leh biasa kan... sebab sampai skang aku masih x faham lect aku ckp ape dulu....
kekekkeke

Ms. Candy said...

kamu mmg slalu tdo dalam klas ke?
haha...
klau ye pn, jangan la smpai tnganga...=)
sy x pnah tdo pn ms lecture...
stakat mnguap tu ada la...
nk bg tips, x de kot...
try cari smthing yang bley trigger mata spy x mngantuk cam mkn gula2...
bwk la air mnuman pegi klas...
klau da start mnguap tu, bley la minum...
rasa segar la sket dr mngantuk...=)

^^ PinKy_FuNKy ~~ said...

setuju ngn anne!!bwk gule2..siyes ley ilangkn ngntuk..tp xtawu la kn klo ley tido gak smbil mkn gule2..lalala..

chanz said...
This comment has been removed by the author.
DarkArtz said...

makan gula2??
idea yang menarik.........
nanti cuba.......