In Finishing Few Project

Bismillah.........


Aku masih bercuti, tapi bukan cuti dengan kekosongan. Bukan cuti yang hanya makan minum dan tidur sahaja. Aku juga tiada kerja di kedai dan tiada latihan komuniti seperti budak-budak Dietetik, maaf, pelajar-pelajar Dietetik(nanti mereka marah).

Tapi aku juga bekerja. Bekerja di rumah. Di rumah yang aku anggap studio.

Bekerja di rumah bukanlah bermaksud aku menjadi surirumah tangga. Korang pun tahu aku kalau mengemas rumah, kucar-kacir jadinya. Itu belum jika disuruh masak lagi.

Sekarang, aku cuma bekerja membuat projek grafik sahaja. Banner SKSPM ni adalah atas arahan Azmir. Mungkin diterima mungkin tidak. Terlebih dateline sebenarnya. Patutnya hantar semalam, tetapi akibat tiada logo, aku terpaksa hantar hari ini.


Banner ini dibuat dengan menggunakan perisian Adobe Photoshop CS3. Agak mudah menggunakan CS3 sebab dia ada satu tool yang mudah untuk memotong gambar yang tiada dalam CS dan CS2.

Seterusnya selepas adalah sedikit kerja Rakan Masjid yang perlu diuruskan. Namun kesulitan melanda diri ini apabila kesemua bahan yang aku perlukan ada di dalam laptopku. Dan laptopku kehabisan bateri.

Sudahlah kehabisan bateri, charger (aku tak tahu bahasa Melayunya) laptopku pula tertinggal di USMKK. Aku terlupa hendak mengambilnya. Aaarrrghhhhhh.......

Dan sekarang, aku betul-betul rasa memang bagus aku buat blog ni. Ketiadaan bahan dari laptop membuatkan aku terpaksa merujuk semula hasil kerja aku yang terdahulu dari blog ini.

Terima kasih aku ucapkan kepada Che Joe kerana tolong simpankan charger aku dan rantai laptopku yang tertinggal. Namun cuti ni, aku tak boleh buka laptoplah nampaknya. Cadangnya hendak muat turun banyak cerita, akhirnya kempunan.

Jadi, selain bekerja ini, kerja aku yang lain hanyalah membaca buku. Kakak aku sempat berkunjung ke Karnival Buku Kuala Lumpur yang lepas dan membeli buku Bercinta Sampai ke Syurga dan Rindu Bau Pohon Tin karya saifulislam. Hahaha........

Tambah pula mak aku ada beli beberapa buku menarik, memang cuti ni aku akan banyak membaca.

Thursday, May 7, 2009

7 Comments:

Anonymous said...

http://www.annexegallery.com/index.php?view=details&id=78%3Aart-for-grabs--kl-alternative-book-fest&option=com_eventlist&Itemid=53

Kalo ko gie sini,
tlg-2 la belikan aku buku best-2...
lame dol x bache buku... kekeke
Nanti aku bayar balik, kalo ko bek ati, leh hadiahkan ntok befdey aku :P

DarkArtz said...

arep: takde masa aku nak gi eh........
nak balik kampung........
kau gi lah.........
hahaha........

chanz said...

la..kata nak donlod galileo? camne nih?

haha. camne la leh tertinggal charger? ape da..

Ms. Candy said...

Haha...~
Muda2 lagu da nyanyuk...
=P
Gurau2 je...=)
Charger laptop yang penting tu pon ley ttinggal...
Hahaha...~

Anonymous said...

Aku dah gie dah pun,
Beli dua-tiga buku dari sendiket-soljah.

Kg ko ok x ?

Lea Isnawi said...

charger in malay...pengecas la...
lalalalal~~~

nice banner...
eh...jgn lupa pasal aku pesan kat ko ari tue..
sal badge tue..


p/s: ko memang tak boleh jadi suri rumah yg bagus pun...hik3

DarkArtz said...

chanz: kau jangan bimbang, aku dah doload galileo dalam 80%.......
banyak idea aku skang ni......
kikikiki........

anne: aaiiii, nyanyuk???
huhuhu, tapi tak nak masuk rmah orang tua lagi........
kang jumpa dak dietetik yang tengah wat latihan komuniti kang......

arep: pinjam!!!

lea: aku dah lupa dah pun.......
kau la ni ingatkan aku.......
kalau tak dah lama aku tak buat dah.......
hahaha......