Hanya Karya Buruk Sebagai Penghargaan

Bismillah......

Ini suatu entri berdasarkan satu kerja tangan aku, namun tak seberapa kepada seorang pensyarah yang cukup berjasa kepada pelajarnya suatu ketika dahulu.

Nota subjek radiasi yang sudah lama aku tinggalkan....

“Kau tahu Doktor Aref ada kanser?” kata seorang teman beberapa bulan dahulu, ketika kami sedang berjalan di hadapan perpustakaan.

Aku memandang muka kawanku sambil meneruskan perjalanan kami ke kafe PSP.

“Engkau kalau buat lawak pun, janganlah lebih-lebih. Tahulah Doktor tu mengajar Medical Radiation.” Aku membalas, lebih kepada menegur sebenarnya.

“Laaa, betullah, buat apalah aku nak buat lawak.” Mukanya nampak serius, tiada tanda ingin ketawa.

“Itu sebabnya dia nampak pucat.” Tambahnya lagi.

Betulkah apa yang aku dengar ini?

Dan ia diperkuatkan lagi apabila aku sendiri melihat simptom yang dialaminya. Memang kulitnya kelihatan pucat. Rambutnya tampak tipis sedikit.

Namun dia tetap menghadiahkan senyuman setiap kali aku melihatnya. Dia kenal aku sebagai pelajarnya dahulu.

Kini, isterinya pula yang mengajar kami, subjek Patologi. Nampaknya pasangan suami isteri ini terlalu banyak jasanya kepada kami, hinggakan cara pengajarannya juga hampir sama, dari pengamatan aku. Cuma aku sahaja yang kurang memahami kerana aku tidak berminat dengan subjek tersebut. Aku lebih berminat kepada subjek radiasi.

Dalam peperiksaan kami, subjek patologi berterusan dengan subjek farmakologi. Apabila diminta untuk mengubah tarikh patologi, beliau tidak membenarkan kerana beliau ingin pulang ke negara asal bersama suaminya dalam masa terdekat selepas habis peperiksaan tersebut, mungkin selepas selesai menyemaknya.

Suatu malam aku dipanggil turun oleh beberapa orang teman, ke kafe Nurani. Jarang perempuan memanggil aku untuk berjumpa. Mulalah aku berfikir kiranya ada kesalahan yang aku lakukan kepada mereka. Atau mereka ingin membincangkan sesuatu.

Benar, mereka, yang merangkap rakan sekursus aku ini ingin menghadiahkan kad ucapan selamat kepada Doktor Aref. Aku pula diminta untuk melukis semua gambar rakan sekursus dalam bentuk kartun.

Aku menolak pada mulanya, kerana aku jarang melukis karikatur, karikatur yang selalu aku lukis pun lebih kepada hasil yang besar dan bukan kecil. Malah memerlukan masa yang lama.

Namun mereka tetap meminta. “Asalkan nampak kartun sebanyak 26 orang pun cukuplah.” Kata mereka. Aku merelakan sahaja dengan syarat, jangan marahkan aku jikalau hasilnya tak seberapa, atau lebih tepat lagi, buruk!!!


Ilustrasi muka depan yang di minta....

Dan memang hasilnya tak seberapa pun. Masa yang diberikan adalah seminggu. Aku pun jenis yang berlengah. Kena pula pada masa yang sama aku akan menghadapi CA.

Ahhh, aku buat semampu yang boleh sahaja. Akhirnya selepas seminggu, semuanya diam, tak minta pun dari aku. Aku pun diam sahajalah.

Sehingga semalam, barulah diminta kad tersebut, aku pun menyerahkan dengan hati yang berat. Memang tak cantik pun lukisan aku. Che Joe ada cakap, lukisan atas je yang cantik, sebab lukisan atas tu memang aku dah buat awal-awal. Yang lain semuanya kemudian.


Kiri, ucapan umum, kanan, ucapan semua orang beserta tandatangan. Semuanya dibuat oleh budak perempuan termasuklah four leaf clover tu.

Apapun, Doktor Arefuddin memang adalah seorang pensyarah yang aku segani. Sebab notanya ringkas namun padat dengan informasi dan senang difahami. Pengajarannya pun mudah untuk dihadami.

Namun, aku sedikit terkilan dengan keadaannya. Dia agak mahir dan mungkin pakar dalam dalam radiasi. Sekarang, dikatakan kepada aku, kansernya dah sampai ke tahap terakhir.

Sebagai seorang pelajarnya, aku tak boleh nak kata apa dah.

Mungkin kad yang dirancang ini sedikit sebanyak dapat menggembirakannya.

Apapun, aku tetap sentiasa menghargai pengajarannya.

Terima kasih Doktor.

Dan maafkan aku sebagai seorang pelajarmu yang sentiasa mempunyai kekurangan. Hinggakan kad untukmu ini pun masih tidak menarik. Kekurangan aku......

p/s: aku tak tahu diorang dah beri kad ni ke belum pada Doktor Aref. Mungkin tak beri kot sebab lukisan aku buruk. Kikikiki..........

Tuesday, April 21, 2009

12 Comments:

Lea Isnawi said...

owh..inilah hasilnya
rupanya ko lukis je ker?
aku igt ko wat the whole card tu
nice!

DarkArtz said...

bahagian aku lukis je.......
tapi lukisan buruklah sebab dateline seminggu.........
aku lak buat saat akhir........
akhirnya diorang tak minta lak.........
rasa malas pula aku nak edit lepas tu........
huhuhuhu.........

Unknown said...

kesian dr. aref..
ari tu, pr0f willy bgtau aku, dia saket sgt smpai x leh naek tangga...nk jalan pn saket sbenarnye..
dats y bilik dia n dr. shyamoli dh turun bawah...b4 dat kan bilik diorg kat atas..
aku tgk dr. shyamoli mcm tabah gler...
klw aku laa...hmmm..xnk pk.
lalalalala~

btw..nice card!

Quzie Fathihah said...

oit..
kenapa tak diberitaw je sapa kwn sekursus ko itu???boleh gak promote kami kat blog ko..haha..pape pn..cantik lukisan ko..tapi...oppss..xde pape..kad 2 ada ngan aku lagi..belom kasi..mggu depan baru nak bagi dia..thanx ya

pink_butterfly said...

huhhu, entri yg sgt mharukan atiku....


ntah apa la prasaan org yg ada pnyakit tahap kritikal cm2...dah tau yg dia xkan dpt 'stay' lama lagi kan...

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

hmm...
bkn stakat prasaan org yg ade saket cmtu je...
tp prasaan org2 yg syg dia..
lg ter0k, kot..sbb xleh nk tolong pape..juz watch helplessly... doa je laa yg mmpu..aiseh...

Unknown said...

hmm.....
doa ja la..yang boley kita tolong...
apapun. Harap2 dr arief tabah la ea..
lagipon dr. syamoli tu isteri yg penyayang..bertuah dr. arief..haha!!

p/s: gambar kartun aku lagi ensem dr yg real..ahaha!!

chanz said...

walaupun aku tak mengenali lecturer tersebut, aku harap mereka tabah..

teringat lak citer Kyle XY, si Kyle tu cure cancer..hoho

btw, lukisan tu dipenuhi dgn muka senyum. mesti Dr Aref tu akan tersenyum~~ xD
aku dpt detect phang..and..mana ko che joe? yg cam watak komik conan kah..

DarkArtz said...

hanisah: itulah juga yang aku dengar dari senior-senior aku.......
mereka bertukar bilik dengan Miss Gesh dan Dr Nik sebab Dr Aref dah tak larat dah........
namun aku masih nampak dia di dewan periksa hari tu.......
walaupun duduk, dia tetap menemani pelajarnya.........

quzie: sahaja aku tak nak letak nama korang..........
takut korang bangga dengan mende ni.........
atau kau nak aku letakkan nama korang???

pink butterfly: sapa ni???
salam perkenalan!!!
aku pun tak tahu perasaan dia, tapi aku nampak dia masih tabah.........
boleh tersenyum lagi bila jumpa pelajar dia...........

DarkArtz said...

hanisah: eh, kau lagi, huhuhu..........
memang betul gak........
cemana la ek perasaan orang yang sayang pada dia???
astaghfirullah..........

che joe: aku pun terasa nak doa, tapi kadang-kadang tu aku kelu sebab tak tahu nak doa apa dah..........
mungkin doakan kesejahteraan dia.......
btw, hahaha, gambar kau tu menandakan betapa lukisan aku buruk........

hakim: udahhhh, masuk cite kyle xy lakkk.........
lukisan aku masih buruk dan tak setanding kau.........
hahaha.........

justin_lover^^ said...

oitz...lain kali letaklah nama bwh pics tu semua..
xleh nk identifylah...
pics bdk laki tu pun aku xleh knalpastikan...hikhik
tapi...tapi...tapi...
aku dpt detect dayah
kuang3x...
nway,hope u can improve lukisan kau
kire oklah dari akunyer lukisan...hukhuk0_o

ooo...dh tahap kitikal dh?
sedihnyer dgr...
mcmana eh..org yg kite dh spent separuh idup kite bersama...then,tetiba dpt tau dia sakit,xder masa lama untk bersama lg...huhu...nk nangis lak...sedihnyer kalo jadi mcm tu...huhu l_l