Hanya Karya Buruk Sebagai Penghargaan

Bismillah......

Ini suatu entri berdasarkan satu kerja tangan aku, namun tak seberapa kepada seorang pensyarah yang cukup berjasa kepada pelajarnya suatu ketika dahulu.

Nota subjek radiasi yang sudah lama aku tinggalkan....

“Kau tahu Doktor Aref ada kanser?” kata seorang teman beberapa bulan dahulu, ketika kami sedang berjalan di hadapan perpustakaan.

Aku memandang muka kawanku sambil meneruskan perjalanan kami ke kafe PSP.

“Engkau kalau buat lawak pun, janganlah lebih-lebih. Tahulah Doktor tu mengajar Medical Radiation.” Aku membalas, lebih kepada menegur sebenarnya.

“Laaa, betullah, buat apalah aku nak buat lawak.” Mukanya nampak serius, tiada tanda ingin ketawa.

“Itu sebabnya dia nampak pucat.” Tambahnya lagi.

Betulkah apa yang aku dengar ini?

Dan ia diperkuatkan lagi apabila aku sendiri melihat simptom yang dialaminya. Memang kulitnya kelihatan pucat. Rambutnya tampak tipis sedikit.

Namun dia tetap menghadiahkan senyuman setiap kali aku melihatnya. Dia kenal aku sebagai pelajarnya dahulu.

Kini, isterinya pula yang mengajar kami, subjek Patologi. Nampaknya pasangan suami isteri ini terlalu banyak jasanya kepada kami, hinggakan cara pengajarannya juga hampir sama, dari pengamatan aku. Cuma aku sahaja yang kurang memahami kerana aku tidak berminat dengan subjek tersebut. Aku lebih berminat kepada subjek radiasi.

Dalam peperiksaan kami, subjek patologi berterusan dengan subjek farmakologi. Apabila diminta untuk mengubah tarikh patologi, beliau tidak membenarkan kerana beliau ingin pulang ke negara asal bersama suaminya dalam masa terdekat selepas habis peperiksaan tersebut, mungkin selepas selesai menyemaknya.

Suatu malam aku dipanggil turun oleh beberapa orang teman, ke kafe Nurani. Jarang perempuan memanggil aku untuk berjumpa. Mulalah aku berfikir kiranya ada kesalahan yang aku lakukan kepada mereka. Atau mereka ingin membincangkan sesuatu.

Benar, mereka, yang merangkap rakan sekursus aku ini ingin menghadiahkan kad ucapan selamat kepada Doktor Aref. Aku pula diminta untuk melukis semua gambar rakan sekursus dalam bentuk kartun.

Aku menolak pada mulanya, kerana aku jarang melukis karikatur, karikatur yang selalu aku lukis pun lebih kepada hasil yang besar dan bukan kecil. Malah memerlukan masa yang lama.

Namun mereka tetap meminta. “Asalkan nampak kartun sebanyak 26 orang pun cukuplah.” Kata mereka. Aku merelakan sahaja dengan syarat, jangan marahkan aku jikalau hasilnya tak seberapa, atau lebih tepat lagi, buruk!!!


Ilustrasi muka depan yang di minta....

Dan memang hasilnya tak seberapa pun. Masa yang diberikan adalah seminggu. Aku pun jenis yang berlengah. Kena pula pada masa yang sama aku akan menghadapi CA.

Ahhh, aku buat semampu yang boleh sahaja. Akhirnya selepas seminggu, semuanya diam, tak minta pun dari aku. Aku pun diam sahajalah.

Sehingga semalam, barulah diminta kad tersebut, aku pun menyerahkan dengan hati yang berat. Memang tak cantik pun lukisan aku. Che Joe ada cakap, lukisan atas je yang cantik, sebab lukisan atas tu memang aku dah buat awal-awal. Yang lain semuanya kemudian.


Kiri, ucapan umum, kanan, ucapan semua orang beserta tandatangan. Semuanya dibuat oleh budak perempuan termasuklah four leaf clover tu.

Apapun, Doktor Arefuddin memang adalah seorang pensyarah yang aku segani. Sebab notanya ringkas namun padat dengan informasi dan senang difahami. Pengajarannya pun mudah untuk dihadami.

Namun, aku sedikit terkilan dengan keadaannya. Dia agak mahir dan mungkin pakar dalam dalam radiasi. Sekarang, dikatakan kepada aku, kansernya dah sampai ke tahap terakhir.

Sebagai seorang pelajarnya, aku tak boleh nak kata apa dah.

Mungkin kad yang dirancang ini sedikit sebanyak dapat menggembirakannya.

Apapun, aku tetap sentiasa menghargai pengajarannya.

Terima kasih Doktor.

Dan maafkan aku sebagai seorang pelajarmu yang sentiasa mempunyai kekurangan. Hinggakan kad untukmu ini pun masih tidak menarik. Kekurangan aku......

p/s: aku tak tahu diorang dah beri kad ni ke belum pada Doktor Aref. Mungkin tak beri kot sebab lukisan aku buruk. Kikikiki..........

Tuesday, April 21, 2009

Aku Cadangkan Satu Lagu.....

Bismillah........

Aku tekan papan kekunci laptop Che Joe. Melihat dan mencari beberapa lagu yang mungkin menarik minat aku untuk mendengarnya. Banyak koleksi lagunya. Namun tak semua aku dengar. Oh ya, ini bukan cyber crime, kerana aku dah minta kebenaran Che Joe, dan dia dah berikan keizinan.

Sesungguhnya aku memang seorang yang pemilih dalam mendengar lagu. Lagu yang aku dengar perlu diteliti beberapa kriteria tertentu terlebih dahulu. Namun kriteria yang selalu aku ketengahkan adalah lagu yang sememangnya ‘masuk’ antara muzik latar dan suara penyanyi.

Tak mahu berleter panjang dalam entri kali ini, aku cuma nak beritahu lagu apa yang aku jumpa. Aku terpandang satu lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan Nickelback. Rasanya korang mesti pernah dengar lagu dia, antara yang terkenal adalah Photograph.

Kumpulan Nickelback adalah antara salah satu kumpulan muzik yang aku minati sejak dulu. Sebabnya, cuba korang dengar instrumen muziknya, memang serasi dengan suara penyanyinya.

Namun, aku ketinggalan beberapa albumnya. Lagu yang aku jumpa itu pun adalah salah satu daripada album yang aku terlepas pandang. Lagu berjudul Gotta Be Somebody. Balik dari bilik Che Joe, aku cari lagu tu di internet, muat turun dan seterusnya dengar.

Jujur cakap, lagu ni memang menarik sehinggakan hari ini sahaja, lagu ini yang sering aku ulang dengarkan.

Jadi aku cadangakn untuk korang mendengarnya juga. Mungkin di kala kebosanan membaca nota patologi dan farmakologi. Liriknya adalah seperti berikut.



Gotta Be Somebody Lyrics

This time I wonder what it feels like
To find the one in this life
The one we all dream of
But dreams just aren't enough
So I´ll be waiting for the real thing.
I'll know it by the feeling.
The moment when we´re meeting
will play out like a scene straight off the silver screen
So I`ll be holdin’ my own breath
Right up to the end
Until that moment when
I find the one that I'll spend forever with

`Cause nobody wants to be the last one there.
'Cause everyone wants to feel like someone cares.
Someone to love with my life in their hands.
There`s gotta be somebody for me like that.

`Cause nobody wants to do it on their own
And everyone wants to know they´re not alone.
There's somebody else that feels the same somewhere.
There`s gotta be somebody for me out there.

Tonight, out on the street out in the moonlight
And dammit this feels too right
It´s just like Déjà Vu
Me standin’ here with you
So I´ll be holdin`my own breath
Could this be the end?
Is it that moment when
I find the one that I'll spend forever with?

‘Cause nobody wants to be the last one there
'Cause everyone wants to feel like someone cares.
Someone to love with my life in their hands.
There´s gotta be somebody for me like that.

`Cause nobody wants to do it on their own
And everyone wants to know they´re not alone.
There's somebody else that feels the same somewhere
There`s gotta be somebody for me out there.

You can´t give up!
Lookin´ for that diamond in the rough
You never know but when it shows up
Make sure you´re holdin` on
‘Cause it could be the one, the one you´re waiting on

‘Cause nobody wants to be the last one there.
And everyone wants to feel like someone cares.
Someone to love with my life in their hands.
There has gotta be somebody for me
Ohhhhhh.

Nobody wants to do it on their own
And everyone wants to know they´re not alone.
Is there somebody else that feels the same somewhere?
There`s gotta be somebody for me out there.

Nobody wants to be the last one there
'Cause everyone wants to feel like someone cares.
Is there somebody else that feels the same somewhere?
There has gotta be somebody for me out there.

Bagi mereka yang perlukan semangat dalam percintaan (macam Luk) bolehlah mendengar lagu ini dan menghayati liriknya. Kepada peminat lagu rancak, ini antara lagu yang perlu korang dengar.

Terima kasih Che, sebab beri aku selongkar komputer kau.

p/s: lagu ni dah lama sebenarnya dikeluarkan, cuma aku sahaja yang baru tahu malam semalam. Hahaha.....

Friday, April 17, 2009

Tak Terlewat Lagi Rasanya......

Sedikit buah tangan kepada korang.....

Bismillah........

Teruk juga aku apabila semakin melangkah ke hadapan menghadapi peperiksaan. Makin banyak tidur, semakin tak terurus.......

Namun, apapun berlaku, rasanya masih belum terlewat untuk aku mengucapkan kepada korang dan juga semua warga USMKK terutamanya warga Persatuan Sains Kesihatan yang bakal menghadapi peperiksaan hari ini.

SEMOGA BERJAYA DI DALAM PEPERIKSAAN

Begitu juga dengan warga blog yang merangkap kawan aku, Hakim, Che Joe, Quzie, Fatin, Nadia, Tengku Nadia, Huda, Tengku Atirah, Hanisah, Lea, Lukman, Nadia Audio dan mereka yang tidak aku sebutkan namanya.

Buatlah sehabis baik hingga ke tulisan yang terakhir....... 

Dan seperti Prof Syed cakap, 'jangan belajar demi periksa, belajar demi ilmu.' Doakan kejayaan aku juga seperti aku mendoakan kejayaan semua. Kikikiki.........

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan....

Saturday, April 11, 2009

Efficient Problem Solver??? Aku???

Bismillah........

Farmakologi dan Patologi tidak berselang pada peperiksaan kali ini. Begitu juga dengan subjek Kimia Analitikal, Biostatistik dan Genetik Manusia. Terasa sedikit tekanan pada peperiksaan semester ini. Namun, semuanya tak boleh nak diubah lagi masanya. Kita sahaja yang boleh mengubah keputusan kita.

Atas sebab ini, aku ambil jalan untuk membaca nota patologi terlebih dahulu. Namun, tak berjaya. Aku asyik dengan tidur sejak dua tiga hari ini menyebabkan aku lebih tertumpu kepada Kriminalistik berbanding Patologi.

Bila hendak berbincang dengan Lukman semalam, topik lain pula yang menjadi fokus. Sudoku dan cerita hantu. Pelik aku ni.........

Dan untuk menghilangkan sedikit tekanan pada waktu ini, aku menjawab tag daripada Che Joe, yang aku kira menarik juga. Ia sedikit sebanyak membawa kita dalam penerokaan diri sendiri. Namun, betul atau tidak, biar aku dan kamu tentukan.

Oh ya, tag ini dalam bahasa Inggeris, maka izinkan aku menggunakan dua bahasa pada entri kali ini.......


Personality Test. Which type are you? Get to know yourself better.

1. Open this website.
2. Take the personality quiz.
3. Copy and paste the result into your blog.
4. Tag your friends.

Cerita aku berbunyi begini.....

Green hill and lake......

"I'm walking along a path and around me I can see Softly sloping green hills, with a view of mountains in the distance. There is a mirror near my feet and i pick it up. I walk along a found a lake and I see a key, an ordinary house key in the water and I pick it up. Then, I walk again and stumble across a house, a hut with a garden full of flowers. I walk away because I'm not interested. Suddenly, a bear jumps out at me. Because I'm so scared I run until I see a wall blocking the path in front of me. There is a door, but it's locked, so I look through the key hole and see a beautiful house with vast garden." 

-The End-


Mari kita lihat keputusannya:


Your view on yourself:

You are down-to-earth and people like you because you are so straightforward. You are an efficient problem solver because you will listen to both sides of an argument before making a decision that usually appeals to both parties.

- Aku seorang efficient problem solver???-

The type of girlfriend/boyfriend you are looking for:

You are not looking merely for a girl/boyfriend - you are looking for your life partner. Perhaps you should be more open-minded about who you spend time with. The person you are looking for might hide their charm under their exterior.

- Life partner??? Betul ke aku ni???-

Your readiness to commit to a relationship:

You are ready to commit as soon as you meet the right person. And you believe you will pretty much know as soon as you might that person.

- Tiada komen. Sebab aku tak kisah sangat bila masanya.-

The seriousness of your love:

You are very serious about relationships and aren't interested in wasting time with people you don't really like. If you meet the right person, you will fall deeply and beautifully in love.

- Hmm, ini aku tak tahu, sebab aku tiada hubungan serius lagi. -

Your views on education

Education is less important than the real world out there, away from the classroom. Deep inside you want to start working, earning money and living on your own.

- Ini memang tak betul. Ilmu itu memang aku agungkan. - 

The right job for you:

You're a practical person and will choose a secure job with a steady income. Knowing what you like to do is important. Find a regular job doing just that and you'll be set for life.

- Ini mungkin betul. -

How do you view success:

Success in your career is not the most important thing in life. You are content with what you have and think that being with someone you love is more than spending all of your precious time just working.

- Betul, karier tak penting. Yang penting hubungan kita dengan Allah (hablum minallah) dan hubungan dengan manusia (hablum minannas) -

What are you most afraid of:

You are afraid of having no one to rely on in times of trouble. You don't ever want to be unable to take care of yourself. Independence is important to you.

- Sebenarnya aku lebih takut bergantung pada orang sebenarnya. -

Who is your true self:

You are mature, reasonable, honest and give good advice. People ask for your comments on all sorts of different issues. Sometimes you might find yourself in a dilemma when trapped with a problem, which your heart rather than your head needs to solve.

- Yang ini, minta korang yang tentukan. Korang lebih mengenali aku.... -


Hmmm, apa pendapat korang??? Betul ke ujian ini???

Bagi aku, ujian ini tak berapa tepat lagi, namun, setiap soalan yang diberikan itu sebenarnya ada jawapan yang membawa kepada personality korang. Yang pasti, korang tak perasan lagi masa jawab soalan tu. Contoh, ordinary key dengan antique key. Key atau kunci di sini adalah ilmu yang menjadi jawapan setiap soalan (kunci setiap soalan) manakala ordinary, silver atau antique adalah bagaimana korang memandangnya.

Masih lagi ada paralaks dalam soalan begini, sebab orang cenderung untuk menjawab sahaja dan kurang berfikir, akulah terutamanya.

Jadi, nak tag siapa??

1. Hakim
2. Nisah
3. Anne

Korang boleh jawab lambat-lambat sebab aku tak nak beri tekanan pada korang. Tak nak jawab pun tak mengapa. Heh.......

Friday, April 10, 2009

Kelas Terakhir Farmakologi.....

Gambar hiasan, bukan Dewan Kuliah B. (Baru aku perasan, aku tak pernah bergambar dalam mana-mana dewan kuliah di USM)

Bismillah.......

Kelas farmakologi semalam diakhiri dengan sedikit nasihat daripada Prof. Syed Mohsin. Ada sesuatu yang bermain di dalam pemikiran aku setelah menghadiri kelas terakhirnya semalam.

Hajat aku semalam hendak datang kelas untuk suatu sebab. Sebab yang bodoh. Jadi aku tak kisah untuk hadir lewat. Lagipun aku dah biasa duduk di belakang. Namun begitu, seawal jam 8.10 Che Joe sudah pun datang ke bilik aku dan mengajak pergi. Sampai awallah kami di dewan kuliah.

Setelah beliau datang, beliau menyuruh aku ke depan, kerana sememangnya tiada pelajar lain di hadapan. Kebanyakannya masih belum tiba lagi. Aku berganjak ke hadapan. Kelas bermula.

Ada sedikit kelainan dalam kelas kali ini. Aku dapat rasakan sesuatu setelah duduk depan, namun tidaklah terlampau depan. Aku mula memahami dengan baik apa yang cuba disampaikan. Mungkin waktu itu, fokus aku masih tinggi.

Sebelum ini, kelas-kelas beliau yang lain kurang aku fahami. Malah beliau sendiri aku takuti. Ada beberapa pendapatnya yang kurang aku bersetuju dengannya suatu masa dahulu.

Namun, ternyata ada satu kelainan lain dalam kelas kali ini. Aku terasa mula menghormati beliau. Kefokusan aku di dalam kelas semalam membuatkan aku lebih mendengar apa yang disampaikan beliau, walaupun bukanlah dalam skop pelajaran.

Dan aku tersedar, beliau seorang yang tinggi ilmu, namun tidak riak. Dan sebab itulah timbul perasaan hormat padanya.

Daripada pantun P. Ramlee, roller coaster terbesar di U.S, nama setiap alkohol mengikut negeri, presiden John F. Kennedy, falsafah conficious, sehinggalah kepada kepercayaan susuk dan homeopathy. Semuanya membuatkan aku kagum dan menyimpulkan dia memang berpengetahuan.

Malah, dari mula lagi dia sudah memberitahu, “You can ask me anything, I will answer them.”

Malah pendapatnya, “Kamu jangan cari kerja, tapi buat kerja” membuatkan aku terasa dia seorang berpandangan jauh, berfikiran luas, terlalu ke hadapan bagi pemikiran aku yang masih belum matang. Namun, aku memang bersetuju. Begitu juga dengan beberapa pendapat yang lain seperti kita kurang membaca, banyak tidur.

Salah satu nasihat dia, “Jangan belajar kerana periksa, tapi kerana ilmu.” Ayat ni sebenarnya dah banyak kali dah aku dengar tak kiralah bahasa Melayu mahupun Inggeris. Namun, setelah dia cakap ayat ni, aku tak terasa stereotaip, tapi aku rasa aku macam pertama kali mendengarnya. Dan sampai sekarang berlegar dalam minda. Aku tak tahu kenapa......

Sesal dahulu pendapatan. Sesal sekarang, terasa kerugian, dan itulah yang aku rasa, rugi. Terasa nak kembali ke kelasnya yang terdahulu.

Betullah kata orang, “Ilmu membuatkan diri seseorang dihormati”.

p/s: dia pandai bermain psikologi. “Siapa nak balik boleh balik, dan siapa nak tinggal di sini untuk bertanya, boleh tinggal dan tanya.” Apa yang korang fikir masa dia sebut ayat ni???

Wednesday, April 8, 2009

Uhhh, Tak Sangka Jumpa.......



Bismillah.......

Pada 29 Mac 2009 yang lepas, aku, Che Joe, Lukman dan Azmir pergi ke Pesta Buku Kelantan 2009 yang diadakan di Dewan Jubli Perak. 

Memang banyak gerai yang dibuka pada hari tersebut. Berjalanlah kami mencari buku yang kami minati. Che Joe mencari buku novel inggerisnya, Lukman mencari buku misteri atau seramnya, Azmir pula melihat pelbagai genre novel.

Aku pula tiada spesifik yang aku minati. Memang aku akui yang aku minat dengan novel misteri tapi, aku faham, penulis Malaysia tak banyak yang hasilkan novel misteri. Kebanyakannya menulis novel cinta dan ‘jiwang’.

Berjalan-jalan, aku melihat semua buku yang mungkin aku minati. Dan apabila tiba di gerai Galeri Ilmu, aku terlihat buku yang sudah lama aku cari. Buku karya Ustaz Hasrizal iaitu Aku Terima Nikahnya (ATN).

Jadi, aku nak cerita sedikit mengenai buku yang aku beli ini........

Dah lama mencari, barulah jumpa...

Buku ATN ini ditulis oleh Ustaz Hasrizal yang lebih dikenali dengan nama saifulislam.com. Walaupun dia seorang ustaz, namun aku lebih suka melabelkan dia sebagai seorang pemikir. Kenapa? Kerana caranya menyampaikan sesuatu mesej lebih membawa kepada pemikiran pembaca bersama.

Dari tajuknya, orang mungkin menyangka ia adalah satu kisah cinta atau mungkin metodologi perkahwinan sama ada pre dan juga post seperti buku-buku motivasi yang lain. Aku pun berfikir sebegitu pada awalnya.

Namun, buku ini sebenarnya lebih bersifat pemikiran bukan sahaja mengenai perkahwinan, malah dari segi anak-anak, desa, pengalaman, dan lain-lain lagi.

Semuanya bukan bersifat fakta artikel panjang yang membuatkan orang bosan membacanya, namun medium bab yang disampaikan adalah secara cerita pendek, selalunya pengalaman yang dilalui olehnya sendiri, yang menghilangkan kebosanan pembaca.

Sedikit humor juga diselitkan dalam setiap bab, untuk menghiburkan pembaca di samping menghilangkan kebosanan yang melanda. Gaya bahasa yang digunakan jelas dan tiada unsur kekeliruan.

Dan unsur yang paling penting dalam buku ini adalah provokasi dan pemikiran. Ia sering memprovokasi pembaca supaya terus berfikir mengenai sesuatu. Ditambah pula dengan sedikit dalil dan nas sebagai pembuktian untuk melengkapkan lagi pemikiran.

Sebenarnya, buku ini adalah koleksi kepada sebahagian entri yang pernah ditulis di laman webnya. Sebab itulah dia sering menekankan penggunaan bahasa Melayu yang baku, bukan rojak atau pasar, lebih-lebih lagi singkatan, kerana bahasa baku ada nilainya. Buktinya? Sebahagian entrinya sudah pun menjadi buku.

Buku ini adalah antara buku yang boleh aku katakan laris, sehingga telah diulang cetak beberapa kali.

Aku cadangkan korang membaca bab ‘Biar Mati Anak, Jangan Mati Adat’, ‘Di Mana Damai Desa?’, dan ‘Cerdik Bukan Macam Kancil’.

Pegangannya : Erti Hidup Pada Memberi

Teringat akan permulaan aku mengenali saifulislam.com. Aku masuk ke friendster kawan aku, Sudin. Masa itu ada cerita yang diletakkan pada profil dirinya. Apalah budak ni mengarut kataku dalam hati.

Namun setelah dibaca, aku terasa menarik, mesej yang dibawa adalah dalam bentuk pemikiran. Pemikiran penulis dan seterusnya penulis membawa pemikiran tersebut kepada pembaca. Memang menarik. Artikel pertama yang aku baca itu adalah artikel Kenapa Mahu Menjadi Doktor. Dari situ, aku mula mengikuti perkembangan saifulislam.com.

Selain itu, gaya bahasanya antara sebab aku meminatinya. Gaya bahasanya bersahaja, namun tetap mampu menyampaikan mesej dengan jelas. Bahasa baku dan penggunaan ganti nama diri ‘saya’ menyebabkan aku lebih tertarik. Ditambah lagi dengan bahasa kiasannya.

Ingat lagi entri aku mengenai bahasa di blog? Salah satu rujukan aku adalah daripada entrinya sendiri yang pernah dinaikkan suatu masa dulu.

ATN 2 : Bercinta Sampai Ke Syurga

Rindu Bau Pohon Tin

Dua buku di atas ni adalah buku terbaru beliau yang akan dipasarkan tak lama lagi. 

Bercinta Sampai Ke Syurga adalah sambungan buku ATN manakala buku Rindu Bau Pohon Tin adalah buku mengenai diari kembara penulis semasa belajar di negara orang. Aku lebih selalu dan suka membaca ceritanya di negara orang.

Dua buah buku ini adalah buku yang bakal diterbitkan dan mula dipromosikan di Pesta Buku Kuala Lumpur pula pada 25 April 2009. Aaahhhhhh, aku teringin nak baca terutamanya buku Rindu Bau Pohon Tin. Kalaulah aku habis peperiksaan sebelum 25 April. Huhuhu.

p/s: aku dah khatam buku ATN dalam masa seminggu, walaupun sibuk baca nota. Betul-betul tak boleh tahan nak baca buku ni. Kikikiki........

Monday, April 6, 2009

Kerja Analisis Tayar..

Bismillah........

Belakang tayar kereta Mira berpusing ke hadapan. Cat-cat hitam yang aku sapukan pada tayar kereta melekat ketika tayarnya menggilis kadbod percubaan yang berwarna putih.

“Okey, okey, stop, stopppp..........” aku dan Che Joe meminta Mira memberhentikan keretanya.

Kadbod tersebut kami ambil dan teliti. Hasilnya amatlah mendukacitakan. Tak cantik, malahan cat yang berlebihan menutup ‘groove’ tayar dan juga ciri-ciri individual. Hasil yang dijalankan buat kali kedua ini masih gagal.

“Nak buat macam mana sekarang ni?” aku pun tak tahu nak jawab soalan Che Joe.

“Korang buat guna kapur la senanggg.....” Mirah cadangkan.

“Mana nak dapat kapur?” tanya aku.

“Korang belilah......” aiseh, bab beli ni yang aku memang payah sikit. Namun disebabkan tiada pilihan lain, Ijon pergi juga ke kedai membeli kapur.

Inilah sedikit bait cerita aku, Che Joe dan Ijon dalam menyempurnakan ‘assignment’ yang telah diberikan kepada pelajar forensik, iaitu Analisis Tayar. 

Kereta bapa Mirah yang menjadi mangsa kami......

Kami diminta untuk membuat dua tanda tayar yang berjarak masa seminggu, iaitu pre dan post. Kemudian, hasil daripada kedua-dua tayar ini akan dibandingkan untuk ditentukan adakah ia adalah tayar yang sama atau tidak.

Signifikannya, pre boleh dianggap tayar kawalan (standard) dan post merupakan tayar sampel. Tayar kawalan dijumpai di tempat kejadian (crime scene) manakala tayar sampel adalah tayar yang disyaki milik suspek yang digunakan di tempat kejadian.

Selepas Ijon pulang dengan membawa sekotak kapur, aku dah fikir, nak buat apalah dengan kapur banyak-banyak ni. Nak gunanya berapa batang saja pun. Aku dan Ijon menyapu kapur pada tayar kereta Mirah. Che Joe pula hanya duduk di tepi, melihat sahaja.

Seterusnya Mirah memandu keretanya supaya tayar keretanya dapat menggilis permukaan kadbod hitam kami. Jelas. Kami ambil keputusan untuk menggunakan kapur. Tayar kereta Mirah sekali lagi menjadi mangsa.

Tayar kereta yang menjadi mangsa contengan kami, hahaha......

Sememangnya penggunaan kapur lebih mudah. cuma apabila ia di sentuh secara kasar, ia mungkin hilang dari kadbod. Dan kapur pula tidak menutup bahagian yang tidak dikenakan tekanan. Maka kapur berlebihan tidak akan menutup ‘groove’ dan juga ciri individual.

Seminggu kemudian, iaitu semalam, kami melakukan kerja yang sama untuk mendapatkan kesan tayar post atau sampel. Seperti minggu sebelumnya, semuanya berjalan dengan lancar.

Malam semalam pula, aku berjaga sehinggalah pukul 2 pagi hanya untuk menyiapkan perbandingan tayar, dari segi ciri individu. Aku jumpa dua belas ciri, paling kurang harus dijumpai adalah sepuluh. Kemudian aku menyiapkan laporan.

Semasa buat laporan, baru aku ingat, aku belum kira rawatan bunyi lagi (noise treatment), maka aku bekerja semula di atas kadbod tersebut sehinggalah pukul 5 pagi. Sudahlah aku rasa tak sihat malam tu. 

Di bawah ni adalah hasil kerja aku berjaga malam mencari ciri individu dan rawatan bunyi.


Waktu ni aku ingat dah siap dah, rupanya aku belum kira rawatan bunyi lagi.. Okey tak??

Haa, yang ni dah kira rawatan bunyi, cuma aku tersilap tangkap gambar, separuh je nampak.......

Mungkin beberapa label tidak korang fahami, terutamanya bagi yang bukan forensik. Jadi aku terangkan serba sedikit sebelum aku menamatkan entri ini.

Ribs – bahagian yang menyentuh permukaan jalan. Ia membekalkan geseran.

Groove – bahagian yang tidak menyentuh tayar atau dengan kata lain bahagian yang tenggelam.

Center line – garis tengah tayar                                                 

Ciri individual – dalam bahasa Inggeris dipanggil Individual Characteristic. Ciri yang hanya ada pada tayar kita, yang disebabkan oleh penggunaan kita semasa memandu, antaranya potongan, cakaran, haus dan lain-lain lagi.

Rawatan bunyi – nama inggerisnya Noise Treatment. Kalau korang perasan, corak pada tayar sebenarnya berbeza antara satu sama lain. Ini adalah kerana untuk mengurangkan bunyi semasa kita memandu. Kalau tayar tiada corak, ia mengurangkan geseran dan berbunyi semasa memandu.

p/s: aku cetak laporan di bilik Rashid. Kebetulan Kapten ada masa tu. Diorang kata tahun lepas, diorang cuma buat kaca sebagai ‘assignment’. Senang gila. Ambil kaca, ketuk dan pecahkan, kemudian hantar. Hahaha, kita saja yang susah.

Saturday, April 4, 2009

Aduhai Teka Silang Kata........

Bismillah..........

Dari hari itu lagi aku nak update blog, namun tidak kesampaian kerana gara-gara sambungan internet yang tidak baik dan teruk. Hahaha, inilah contoh universiti apex.

Apapun, aku tak ingin bercerita mengenai sambungan internet sebenarnya, apatah lagi universiti apex, topik tersebut sepatutnya dibincangkan oleh para MPP atau para MPDMN. Cuma dinyatakan sebagai pembuka kata sahaja untuk entri kali ini.

Suatu malam yang sepi.......

“Aik, mana Lukman?” Lukman yang aku lihat duduk di kanan aku, di meja Azmir hilang begitu sahaja.

“Tak tahu dia........” Che Joe jawab pendek.

Kami pun menunggulah Lukman untuk kembali semula. Sementara tu aku cuba menyiapkan kerja yang diberi oleh Dr. Naeem. Kami bertiga dah rancang nak berbincang mengenai kerja Biostatistik ni, memandangkan aku ni lemah dalam topik ‘correlation’ dan ‘regression’.

Namun, selepas setengah jam berlalu, ‘ketua’ kami nampaknya masih lagi tidak pulang ke bilik. Aku pun dah buntu, tak tahu nak buat lagi. Che Joe pula layan internet. Waktu tu, Nurani dapat internet lagi. Hahaha.......

Aku pergi ke laptop Lukman, nampak Yahoo Mesenger Lukman bernyala. Hah, apa lagi, aku pun buatlah cybercrime. Beri mesej pada Fatin guna nama Lukman, siap cakap nak beri coklat lagi tu.

Tengah-tengah bosan tu, aku terlihat sesuatu di tepi meja Che Joe. Majalah. Solusi nama majalah tersebut. Tak pernah aku dengar sebelum ni. Aku capai, aku baca sedikit dalamnya.

Che Joe yang melihat aku membaca majalah tersebut mencadangkan aku membaca satu artikel yang dia rasakan menarik. Memang menarik, cuma ada satu bahagian tu buat aku keliru kerana berlainan versi dengan apa yang ustaz aku pernah ceritakan.

Tengah aku belek majalah tersebut, aku terbuka satu halaman muka surat. Di situ, ada teka silang kata. Memandangkan masa itu aku dah betul-betul bosan menunngu, aku minta sebatang pensel dari Che Joe dan aku pun cuba menjawab.

Tak lama selepas tu, Lukman pulang, namun aku masih khusyuk menjawab teka silang kata tersebut. Aku kemudian menarik mereka berdua untuk bersama-sama menyelesaikan teka silang kata tersebut. Matlamat kami? Hadiah pertama, RM 300. Hahaha..........

Pelbagai perkataan kami cuba untuk mengisi kotak-kotak kosong tersebut. Kebanyakan soalan tasawur berjaya aku jawab, manakala soalan umum aku serahkan pada Che Joe. Lukman turut menyumbangkan idea. Masa tu, kamus memang kami belek habis-habisan.

Namun kami tetap kecundang dengan beberapa soalan yang mengelirukan terutamanya soalan perkataan arab. Kecewa juga aku kerana tak dapat menyelesaikan kesemuanya, walaupun kami dah berjaya jawab dalam 80% daripada semuanya.

Dahulu, aku memang seorang penggila teka silang kata. Pertandingan di majalah dan suratkhabar sering aku cuba, namun aku malas nak hantar. Kalau tak, mesti aku dah menang banyak hadiah. Kikikiki.......

Tiba-tiba, masa tu aku teringat akan kenangan lama, sewaktu di sekolah menengah dahulu. Sempena Minggu Sastera, beberapa pertandingan telah diadakan. Antaranya adalah pertandingan menjawab teka silang kata.

Aku adalah salah seorang pesertanya, di mana semasa sehari sebelum tarikh tamat, aku tidur lewat hingga pukul 3 pagi hanya untuk membelek kamus mencari jawapan yang sesuai. Akhirnya aku Cuma mendapat tempat kedua kerana salah menjawab satu soalan sahaja.

Fokus aku sebenarnya untuk dua cerita kali ini adalah keasyikan dalam menjawab teka silang kata tersebut. Korang pernah tak menjawab teka silang kata sebelum ini? Apa yang dapat korang rasakan semasa menjawabnya?

Bagi aku, aku sedaya-upaya mencari jawapan bagi setiap jawapan, memang asyik. Malah, aku takkan berasa puas hati selagi jawapan tak dijumpai, biar merujuk kamus pun aku sanggup. Kadang-kadang tu, perkataan yang enam huruf yang hanya diketahui huruf awalan, contohnya S, aku baca satu-satu dari kamua semua S yang berjumlah enam huruf yang mempunyai maksud yang sama yang berkemungkinan menjadi jawapannya.

Bayangkanlah, 2 jam menjawabnya aku rasakan seperti 2 minit sahaja. Selain itu, kalau kita berbincang dalam menjawabnya, aku terasa kita dapat mengeratkan silaturrahim, di samping melihat sejauh mana kehebatan rakan kita berfikir.

Dalam satu artikel yang pernah aku baca juga ada dinyatakan, teka silang kata juga merupakan salah satu senaman otak selain dari sudoku dan catur. Memang aku akui kebenarannya kerana pada waktu ini, minda kita akan lebih berfungsi dan menjadi lebih kreatif mencari jawapan ataupun mengatur strategi. Bezanya bagi aku, kalau main catur, bila dah kalah rasa nak humban sahaja papan catur tersebut.

Permainan-permainan ini juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita. Beberapa perkataan yang kita jarang dengar dapat kita ketahui dan aplikasikannya. Malah pengalaman merangka strategi seperti bermain catur dan sudoku dapat mematangkan kita.

Apapun, aku tak boleh nak menceritakan kebaikannya secara spesifik di sini. Mungkin korang boleh mencubanya.

p/s: Bila pulang dari pesta buku, Che Joe mengajuk aku, “Jom wei, kita selesaikan lagi teka silang kata ni” sambil menunjukkan 2 teka silang kata dari majalah dewan yang baru dibelinya. Hahaha.......

Wednesday, April 1, 2009