Tanggungjawab Itu Sukar, Sahabat.......

Bismillah..........

Aku teringat keluhan seorang sahabat, keluhan sedihnya yang cuba disembunyikan dengan membuat muka tenang.

“Kenapalah selalu tiada orang yang ingin memberi aku jawatan tinggi......” katanya ketika kami sedang rancak berbual.

“Jawatan tinggi?” aku memandang mukanya.

“Alaaa, macam ketua exco.....” katanya lagi.

Aku terdiam. Masih lagi memandangnya. Kalau keluhannya itu bersifat pertanyaan, sememangnya aku tiada jawapan bagi soalan tersebut. Aku pasti jawapannya ada pada pengarah program sendiri, dan bukannya aku.

Namun begitu, sedikit sebanyak aku bersetuju dengan keluhan atau masalahnya. Selama dia di kampus, belum lagi dia memegang jawatan tinggi, sedangkan rakan-rakannya malah teman sebiliknya berkali-kali menjadi orang penting sesuatu program penting. Mungkin kerana itulah, dia terasa sedikit terkilan.

Hmm, susah untuk aku katakan kepadanya secara spontan. Secara jujur, aku hendak mengatakan, aku lebih suka jika tiada jawatan diberikan kepadaku, ataupun sekadar ahli jawatankuasa yang kecil sahaja. Namun, itu bukan pengubat keluhan, malah mungkin melukakan.

Sahabat, mengapa perlu diresahkan jika tiada jawatan tinggi? Bukankah resah itu cuma ada pada mereka yang berjawatan? Mereka yang berjawatan perlu bimbang berfikir sama ada mereka dapat menyempurnakan tanggungjawab mereka dengan baik atau tidak.

Ya, hal ini sebenarnya berkaitan dengan tanggungjawab!!!

Tanggungjawab mendewasakan kita dan mematangkan lagi pemikiran kita. Ia adalah sesuatu beban yang dipikul yang perlu diselesaikan oleh kita dengan baik dan sempurna.

Tanggungjawab itu suatu aspek yang luas, namun aku lebih cenderung kepada tanggungjawab berjawatan dalam entri kali ini.........

Setiap orang daripada kita mempunyai tanggungjawab. Tanggungjawab sebagai seorang pelajar, sebagai seorang anak, sebagai seorang yang berjawatan, sebagai pengguna dan lain-lain lagi. Tanggungjawab ini mungkin datang tanpa kita sedari, mungkin juga secara sedar, mungkin secara kerelaan, mungkin juga secara paksaan.

Namun, kita seharusnya mengingati suatu perkara yang penting berkaitan tanggungjawab. Setiap tanggungjawab yang kita pikul ini, di akhirat kelak akan ditanya semula. Adakah kita menyempurnakan dengan baik atau sambil lewa. Di waktu itu, pemimpinlah yang paling berat menjawabnya.

Maka dengan sebab itulah, diceritakan oleh ustaz aku, gunung pun sanggup menolak tanggungjawab yang diberikan.

“Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya) dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (ingatlah) Sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.”(33:72)

Dan dari ayat ini, kita seharusnya jelas melihat, siapa yang sanggup menerima tanggungjawab?

MANUSIA........

Aku suka memerhatikan orang. Suka memerhatikan gelagat orang.

Dalam suatu perbincangan, akan ada pencalonan nama mengenai siapa yang layak untuk menerima jawatan. Namun, tidak kurang ada yang terus berjumpa dengan pengarah untuk meminta jawatan. Pernah sekali aku melihat, ada itu beriya-iya meminta jawatan.

Malah aku juga hairan mereka yang berada dalam arena politik yang sentiasa mengejar jawatan tinggi dan mendapatkan kuasa. Hinggakan ada yang sanggup menggunakan wang, bukannya abiliti atau kemampuan.

Sedangkan tanggungjawab yang sedia ada tidak pasti lagi kita tunaikan, hendak pula kita meminta tanggungjawab yang lain. Adakah kita seorang yang berfikir?

Namun, aku tak bermaksud yang kita seharusnya menolak semua tanggungjawab, atau jawatan, namun, biarlah berpatutan, agar kita mampu membawanya. Biarlah diakhiri dengan kejayaan, bukan dengan menolak atau mengundur diri secara tiba-tiba sahaja kerana tidak mampu.

Aku bukanlah seorang yang dapat menyempurnakan tanggungjawab dengan sempurna, malah aku pernah mengingkari tanggungjawab yang diberikan kepada aku, suatu ketika dahulu. Itulah aku suatu masa dahulu, ketika masih kurang berfikir.

Sememangnya entri kali ini adalah peringatan yang lebih kepada diri aku berbanding korang semua.

Bagi sahabatku ini, tidak mengapa jika kau tidak ditawarkan jawatan tinggi. Cukuplah dengan jawatan rendah. Jika teringin juga, cubalah memintanya. Tidak mengapa jika mampu kau membawanya...... Cuma fikirlah masak-masak, agar sejarah seperti aku tidak berulang semula.

Bukan apa, tanggungjawab itu sememangnya sukar, sahabat. 

Sukar.........


p/s: aku berfikiran kolot lagi nampaknya. Kikikiki.........

Saturday, March 21, 2009

5 Comments:

Mohd LukMan said...
This comment has been removed by the author.
Mohd LukMan said...

saya puji atas nasihat saudara kepada sahabat saudara itu.. sahabat dunia dan akhirat... saya bersetuju sangat dengan buah fikiran dan pandangan saudara.. kita lihat sahaja sekarang bagaiman golongan bertaraf pemimpin dan klalifah sangup mengaibaikan tanggungjawabnya semata-mata hendakkan nama.. seperti yang berlaku di Perak dan yang terkini di Melaka.. itulah manusia.. mengejar pangkat, harta, nama......... betul kata pepata: harimau mati meniggalkan belang, manusia mati menggalkan nama...

DarkArtz said...

lain macam je komen kau ni.......
apapun, aku tak mampu nak mengkritik pemimpin lagi, Melaka ke, Perak ke.......
entri ni pun cuma peringatan kita je.........

Mohd LukMan said...

lain macam?? macam mana?? biasa sahaja...

DarkArtz said...

heh, susah aku nak nyatakan apa yang lainnya.........
mungkin aku janggal dengan ganti nama diri 'saudara'.........
heh............