Apabila Situasi Begini Terjadi.......

Bismillah......

Korang tahu tak apa yang cukup aku tak suka???

Banyak sebenarnya perkara yang aku tak suka. Cuma kes kali ini, aku cukup tak suka nak buat pilihan.

Buat pilihan antara dua pilihan yang krisis betul-betul membuatkan aku terkesima setiap kali. Bukan apa, aku selalunya banyak berfikir risiko dan kebaikan dengan setiap satu jalan yang akan aku lalui bila memilihnya. Namun, setiap kali, aku akan termanggu. Termanggu selepas membuat pilihan. Dan segera aku akan rasa menyesal selepas itu kerana membuat pilihan tersebut.

Banyak kali dah benda ni terjadi. Contohnya, nak beli tak barang ni? Dan bila aku dah beli, aku rasa menyesal pula beli. Nak sertai tak program ni? Dan bila aku tak sertainya, aku rasa rugi pula. Nak tidur ke nak buat lab report sekarang? Dan bila aku buat lab report, banyak pula yang aku tak tahu buat, terbantut dan tidur juga akhirnya.

Dan cerita kali ini..........

Kali ini aku ditawarkan oleh seorang rakan baik, untuk menyertai suatu program besar semester depan. Dia tawarkan pada aku semasa aku sedang mesyuarat, jadi, aku pun setujulah. Aku gelarkan aktiviti ni aktiviti A. Lagipun tugas yang diberikan, pada pandangan aku masih mudah dilaksanakan. Terukkan aku? Gunung pun kalau diberi tanggungjawab, ditolaknya, manusia juga yang menerima.

Dan beberapa hari kemudian, sekali lagi aku ditawarkan jawatan untuk aktiviti lain namun berlangsung bersama dengan tarikh aktiviti pertama tadi. Kawan aku yang seorang sememangnya rapat dengan aku, maka aku tak fikir panjang untuk menerimanya, lagipun aku terlibat secara langsung tahun lepas dan ada pengalaman dalam bidang tersebut. Ini pula aku gelar aktiviti B.

Dan beberapa hari kemudian, aku dikejutkan dengan khabar, seorang cuma boleh pilih menyertai salah satu aktiviti sahaja. Alasananya, tak nak jadi sibuk dan mengganggu perjalanan aktiviti yan dipegang kerana bertindih. Namun, alasan ini memang kukuh dan logik.

Dari situlah dilema aku bermula. Nak pilih mana? A atau B?

Lama aku berfikir, baik dan buruk. Namun, aku lebih tertumpu pada kawan baik aku sendiri, aku tak nak kecilkan hati mereka berdua. A merupakan aktiviti yang cuku besar, walaupun tugas aku nampak mudah namun Riduan tetap cakap berat, selepas aku tanya pandangan dia. B pula akan membuatkan aku cukup sibuk pada seminggu tu, walaupun tak seberat A.

Arghhh........ cukup aku tak suka buat pilihan. Selalunya kalau jadi begini, aku akan ambil jalan terima kedua-duanya sekali, ataupun lebih drastik, menolak kedua-duanya sekali.

Namun Alhamdulillah, aku akhirnya diberi jalan keluar setelah dikatakan aku terpaksa menerima A dan tak boleh tolak dah. Maka aku terpaksa tolak aktiviti B. Maaf kawan...........

Dan selepas itu juga, aku dapat tahu sesuatu yang memeranjatkan aku dalam aktiviti B. Sesuatu yang dah lama aku kejar selama ni. Sesuatu yang akan buatkan aku menyesal selepas ini. Dan aku memang menyesal.

Arrghhhh........ aku mula menyesal tak dapat sertai aktiviti B.......

Termangu, terkedu dan terkesima.

Moga setiap keputusan tu ada hikmahnya.....

Aku teruskan juga dengan aktiviti A dengan hasrat aku beroleh sesuatu yang lebih baik.

Jadi, aku minta korang yang lebih matang dari aku ni supaya selalu berfikir, fikir pilihan mana yang lebih baik untuk korang. Kadang-kadang jalan tu nampak ada dua sahaja, namun sebenarnya ada banyak pilihan yang boleh dibuat. Semuanya perlukan pemikiran. "Kau buat apa yang kau rasa betul...." ayat seorang sahabat yang masih aku pegang sehingga ke hari ini. Kenapa??

Sebab bila apa yang kita buat betul, kita akan tahu kita betul dan kita akan buat yang lebih baik lagi. Dan apabila kita tahu apa yang kita buat tu salah, ia akan menjadi iktibar supaya kita membuat pilihan yang lebih betul di masa hadapan, di samping menjadi iktibar orang lain.

Semuanya akan bermula dari pilihan yang korang buat. Maka buatlah pilihan yang betul dan jangan jadi macam aku........

p/s: “Rashid pernah pesan pada aku, kalau ada orang tawarkan kau jawatan, tolak je semua.” Mungkin betul cakap Rashid.

Wednesday, February 25, 2009

2 Comments:

chanz said...

Rashid sangat betol...sebab tu dia dekan. HA..

DarkArtz said...

tu la, agak2 kalau aku tolak semua jawatan, aku dapat x dekan??
kikikiki.........