Aku Cemburu.........

Bismillah......

Cemburu???

Mungkin juga. Dalam hati aku sekejap tadi, memang tiba-tiba wujud perasaan ni. Jadi, apa yang aku cemburukan?

Haha, aku bukan cemburu dengan kejayaan orang, cuma cemburu dengan hasil kerja orang. Cerita bermula ketika aku melawat Unit Informatik Kesihatan petang tadi bersama Saiful. Poster yang dibuat dan ditampal di situ, cukup-cukup menarik perhatian aku.

Posternya cantik, menarik dan berwarna. Dalam hati, aku akui, aku pun boleh buat poster begitu cuma aku masih tak sekreatif perekanya lagi sebab tak terfikir sebegitu. Ohhh, cemburunya.

Aku mula teringat akan hasil kerja Studio Grafik dan Media Digital PPSK. Satu waktu dahulu, aku cuma explore laman web PPSK. Mana tahu aku termasuk link Studio Grafik dan Media Digital PPSK. Dan dari situ, baru aku tahu, betapa kerdilnya aku dalam dunia grafik ni.

Beberapa hasil kerja diletakkan di situ. Daripada poster, dan banner hinggalah kepada brochure dan lain-lain lagi. Dan aku terpaksa akui, itulah hasil kerja daripada mereka yang sudah bergelar profesional. Aku yang masih lagi beginner ni tak mampu nak buat sehebat itu. Bukan tak mampu nak buat, aku boleh buat seperti apa yang mereka buat, cuma pemikiran dan kekreativiti mencipta sesuatu aku masih lagi tidak seprofesional mereka.

Ahhh, betul-betul cemburu.

Mungkin kerana selama ini aku cuma mencipta design yang ringkas sahaja, bukan apa, supaya memudahkan kerja dan kos percetakan. Mereka pula yang profesional tak mengira kos, kerana mereka mempunyai sendiri alat percetakan. Maka pemikiran mereka dapat dikembangkan lagi. Dan aku pula terperangkap dalam kongkongan yang sempit.

Sebenarnya aku dah cuba keluar dari kongkongan tersebut. Aku cuba mencipta revolusi dalam hasil seni aku. Contohnya banner selamat datang HTD. Aku rasa, itu banner pertama yang dibuat oleh pelajar USM yang menggunakan banyak warna. Namun, ada sahaja pihak yang menentang, alasan mereka, banyak kos dan menghabiskan warna. Salah aku atau salah mereka?

Kalau begini, susahlah pemikiran kreatif ini hendak berkembang. Dan benda tersebut akan menjadi satu stereotaip sahaja selamanya. Bagaimana seni hendak berkembang?

Apapun, aku rasa baik kiranya aku kongsi hasil kerja Studio Grafik dan Media Digital PPSK dengan korang semua. Mana tahu setiap kita boleh jadikan ia sebagai rujukan. Malah aku sendiri pernah jadikan ia sebagai rujukan untuk buat poster aku sendiri.

Untuk melihat lebih lagi, bolehlah melayari link ini,

 http://www.ppsk.usm.my/grafik/galeri%20grafik.htm













p/s: aku akui, aku masih lagi 'kanak-kanak' dalam bidang grafik. Kikikiki..........

Monday, January 12, 2009

3 Comments:

Unknown said...

ngehehe.... xpa2, at least mende2 cmni bley jadi pembakar semangat untuk ko terus maju setapak kehadapan.. cewahh!!!!

shajcreative said...

Assalamualaikum...

Saya sudah membaca laman blog anda. Terima kasih kerana menjadikan GRAFIK-UIK satu inspirasi buat anda.

Jadikan minat anda sebagai pendorong untuk anda mencapai sesuatu yang orang lain tak boleh buat. Mungkin anda ada kreativiti dalam diri dan gilapkannya lagi supaya menjadi sesuatu yang berharga.


Saiful

DarkArtz said...

waalaikumussalam..........

tak sangka encik saiful sampai ke blog picisan ini..........
terima kasih atas kata-kata peransang encik.........
kebanyakan hasil kerja UIK banyak membuatkan saya 'cemburu'.........
tak tahulah mampu atau tidak saya sampai ke tahap itu...........
saya bukannya berijazah dalam grafik........
hehehe......

apapun, terima kasih sekali lagi kerana sudi melawat blog picisan ini........