Liga Futsal 16-16 MPI

Bismillah.......

Nampaknya MPI dah beberapa hari berjalan. Dan kalau aku tak silap, esok dan Sabtu akan diadakan Liga Futsal 16-16 di bawah pengetuaan Zunnun.

Aku masih teringat lagi sebelum peperiksaan semester 1 bermula, aku pergi ke bilik Che untuk melawat Che. Kebetulan Zunnun ada sekali di situ (dia satu bilik dengan Che), terus dia suruh aku jadi AJK di bawah dia untuk design borang dan banner. Dengan kata lain, dia nak aku jadi AJK grafik untuk projek dia.

Aku nak menolak masa tu sebab aku dah ada projek MPI lain tapi dia kata aku tolong design je, jadi aku pun tolonglah dia. Kawan punya pasal kan....... Lagi pun aku ni seorang yang susah nak menolak permintaan orang. Jadi, borang untuk futsal aku cuba buatkan untuk dia sebelum semester 1 tamat.

Dia berikan aku apa syarat-syarat pertandingan dan aku designkan satu borang untuk dia berdasarkan borang contoh yang dia beri. Walaupun borang yang dia beri tu cumalah fotostat, tapi aku dah nampak gambaran borang yang dia nak. Dua borang dia beri, satu poster depan dan belakang, satu lagi muka hadapan sahaja.

Aku akui, nak buat borang ni susah sikit. Mula-mula aku kena tau posisi semua bahagian dulu. Mula-mula aku nak buat borang lain sikit, aku nak buat secara menegak, tapi memandangkan terma dan syarat banyak, aku takut tak dapat buat jadual nama. Jadi aku pilih untuk buat borang melintang.

Kemudian kena cari gambar futsal, bab ni yang susah sikit sebab futsal MPI tak sama dengan futsal lain, main kena pakai seluar yang menutup aurat. Lama juga aku cari gambar yang sesuai. Akhirnya aku jumpa gambar dua orang pemain yang kiranya tutup jugalah aurat lutut tu. Cuma yang seorang tu........

Bahagian edit gambar, buat muka taip yang sesuai, masih senang lagi bagi aku. Semua ni aku buat guna Photoshop. Aku tak masukkan terma dan syarat lagi masa ni sebab aku takut terma dan syarat akan berubah, dan Zunnun tak tahu guna Photoshop. Jadi aku save dalam bentuk jpeg dan masukkan dalam Microsoft Publisher. Inilah bentuk jpeg yang aku save.




Perkara yang susah seterusnya adalah nak masukkan jadual nama pemain dan syarat-syarat. Entah berapa lama aku adjust aku pun tak tau. Pelbagai tulisan aku cuba, dengan saiz-saiz tertentu. Akhirnya siap setelah aku pilih muka taip Arial (biasa digunakan, mulanya aku nak guna Times New Roman) dengan saiz 8. Barulah muat sikit walaupun nampak padat sedikit.

Yang di bawah ni adalah borang yang dah siap 100%. Aku save dalam Microsoft Publisher.




Zunnun check balik dan edit mana yang perlu dalam tema dan syarat. Borang ni siap sepenuhnya waktu cuti sebelum mula semester 2. Ada sedikit perubahan semasa cuti seperti wang hadiah dan beberapa syarat lain.

Tapi, bagi aku, inilah percubaan pertama aku buat borang pertandingan. Puas hati juga aku, walaupun aku tau design aku ni tak seberapa pun.

Wednesday, December 31, 2008

Minggu Penghayatan Islam ke 11




Bismillah.......

Akhirnya, sekali lagi Minggu Penghayatan Islam USMKK datang menemui kita. Tahun ini ada kali ke sebelas MPI diadakan di USMKK dan tahun ini, MPI diterajui oleh saudara Faisal, Medik tahun 2, bersama-sama barisan HICOM serta Exco dan ketua projek yang lain.

Banyak aktiviti yang telah dirangka untuk MPI pada kali ini, ada penambahan aktiviti dan ada juga pengurangan aktiviti dahulu. Namun, aku rasa MPI kali ini bakal menggegarkan USMKK seperti tahun lepas juga.

MPI tahun ni dimulakan pada 27 Disember 2008 dengan aktiviti Kursus Kahwin Fasa I. Tapi aku rasa tak ramai yang tahu waktu tu dah bermula MPI. Namun, hari ni bahang MPI mula terasa apabila bermulanya pameran pada waktu siang dan Majlis Perasmian MPI pada malam hari.

Di sini, aku tak mahulah cerita banyak mengenai MPI. Tapi kalau korang nak tahu, apa salahnya datang menyertai aktiviti-aktiviti yang dijalankan nanti. Dan boleh korang nilai sendiri.

Di sini, ada aku sertakan sekali jadual MPI kali ini. Aku edit guna Microsoft Word 2007. Microsoft Word 2007 memang mudah untuk mengcantikkan kerja sebab template dia dah sedia ada. 


p/s: aku tak tahu kenapa tapi aku suka dengan logo MPI yang ni. Logo ni mula digunakan sejak sidang 07/08 dan digunakan hingga MPI yang kini. Mungkin sebab susunan huruf mim, fa dan alif tu yang menjadikan ia menarik.

Tuesday, December 30, 2008

Tahun Baru Hijrah 1430H......


Bismillah........

Terasa kerdil betul aku bila aku duduk sebentar selepas sembahyang maghrib tadi. Aku pandang hadapan sekejap, layan perasaan sendiri. Mulalah aku nak bermain fikiran, bermain perasaan, bermain kenangan. Sebelum aku terus hanyut, Alif telebih dahulu memberi sedikit tazkirah mengenai tahun baru hijrah kepada semua jemaah.

Pejam celik, pejam celik, akhirnya satu tahun lagi sudah pun berlalu. Terlalu pantas rasanya masa beredar. 20 tahun terasa terlalu sekejap berlalu. Sekali lagi menampakkan kita dah semakin tua atau semakin dimamah usia. Walaupun korang atau aku sendiri masih mengaku muda, namun hakikatnya kita dah semakin tua.

Namun, masa yang berlalu tetap terus berlalu. Kita tak boleh nak memperlahankannya, tak boleh juga mempercepatkannya, apatah lagi memberhentikannya. Maka jika dilihat semula, masa tetap akan berlalu dan pergi begitu sahaja, malah tidak akan datang kembali. Betapa begitu berharganya masa itu. Malahan, pujangga turut merakamkan masa sebagai emas dan juga sebagai pedang. Allah berfirman,

Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran.

Surah Al-Asr, 1-3

Apa yang aku nak tekankan kali ini adalah pengajaran dan iktibar yang dapat kita ambil dari masa yang telah berlalu. Sempena tahun hijrah 1430 yang baru bermula hari ini, aku nak mengajak korang supaya merenung sedikit mengenai sirah lebaran Rasulullah s.a.w dan para sahabat semasa berhijrah ke kota Madinah.

Allah menukar ganti malam dan siang, sesungguhnya pada demikian itu satu iktibar yang besar bagi mereka yang mempunyai penglihatan mata hati.” - 

 Surah An-Nur, 44

Mungkin korang tak berapa suka sangat sirah atau lebih sinonim dengan sejarah. Mungkin darah muda kita ni tak terdetik untuk terus mengingati masa silam yang tak pernah kita alami. Aku faham, aku pun seperti korang juga. Namun begitu, iktibar sejarah perlu kita hayati. Daripada sejarahlah kita dapat membina tamadun yang lebih baik pada hari ini.

Betapa perit penderitaan yang di lalui oleh penduduk Islam Makkah suatu ketika dahulu. Diseksa setiap hari, cedera parah, cacat malah ada juga yang terbunuh.  Malahan, setiap suku kaum yang membenci Rasulullah merancang menghantar wakil, dan berkumpul di luar rumah baginda untuk membunuh baginda. Betapa kuasanya Allah yang mampu menidurkan musuh-musuh ini agar baginda dapat keluar dan tempat baginda digantikan oleh Ali.

Bersama Abu Bakar, mereka bersama-sama ke Madinah yang dibantu oleh beberapa toloh seperti Aishah, Asma’ dan Abdullah. Sepanjang perjalanan, beberapa peristiwa telah berlaku. Kuda yang dinaiki musuh tiba-tiba sahaja jatuh ketika diarahkan haluannya kepada baginda untuk membunuh baginda dengan pedang. Sarang labah-labah yang menutup jejak baginda dan Abu Bakar daripada pandangan musuh-musuh di Gua Thur. Abu Bakar yang menahan gigitan atau sengatan ketika baginda sedang tidur di pahanya sembuh.

Maka apa yang dapat kita fahami dari peristiwa hijrah ini? Hijrah ini bukanlah bermakna melarikan diri dari musuh, ia adalah suatu perubahan yang membawa kepada kebaikan. Akibat hijrah ini, akhirnya banyak peristiwa penting dalam tamadun Islam berlaku. Pembinaan Masjid Quba’ dan Nabawi, ikatan persaudaraan Muhajirin dan Ansar, Piagam Madinah dan bermacam-macam lagi. Malah perkembangan Islam menjadi lebih lancar dan kuat.

Malahan, Ustaz aku dulu pernah berkata hijrah ni salah satu langkah penting atau titik penting dalam pengembangan Islam, bukan menunjukkan Islam itu lemah. Dan memang betul, daripada peristiwa hijrah ke Madinah ini, Islam dapat berkembang dengan pesat. 

Bukan itu sahaja untuk kita ambil pengajaran, dari peristiwa hijrah juga banyak membangkitkan kisah-kisah lain yang perlu kita ikuti. Terutamanya kisah persaudaraan Muhajirin dan Ansar. Banyak pengorbanan yang mereka lakukan demi persaudaraan, dan aku rasa kita pun tak mampu nak ikut pengorbanan tersebut. Contohnya kisah Abdul Rahman bin Auf dan Saad.

Maka di tahun hijrah yang baru ini, masihkah korang dapat menghayati peristiwa hijrah tersebut? Adakah korang masih mengambil iktibar daripadanya?

Kita di zaman sekarang pun bukannya tidak boleh berhijrah, masih boleh sebenarnya. Konteks hijrah bukan terletak kepada perpindahan dari suatu tempat ke suatu tempat sahaja, namun ia suatu konteks yang luas. Hijrah juga boleh diertikan sebagai suatu perpindahan atau perubahan daripada yang buruk kepada yang lebih baik. ia merangkumi semua aspek tak kiralah perangai, perbuatan, sikap, dan sebagainya.

Namun begitu, masih lagi ramai yang lupa dan alpa dan aku boleh katakan tidak langsung mengambil iktibar dari sejarah hijrah terdahulu. Jikalau tahu pun hanya tahu sahaja, tidak menghayati peristiwa tersebut. Dengan kata jujur, kadang-kala aku pun begitu juga. Mungkin kerana kita atau aku terutamanya, terlalu asyik dengan kenikmatan dan keamanan yang ada pada hari ini dan terus-menerus lupa yang masa terus mengalir deras tak berhenti atau berputar semula.

Sekali lagi aku ingin mengingatkan diri sendiri dan semua pembaca agar dapat mengambil iktibar dari peristiwa hijrah dan dapat melakukan penghijrahan ke arah yang lebih baik dan seterusnya menghargai masa.

Di sini ingin aku ingin berkongsi satu soalan yang ditanya oleh ustaz aku di matrikulasi dahulu. Pada zaman nabi Musa a.s, pengikutnya sendiri mampu memindahkan istana besar dalam sekelip mata yang tidak mampu dilakukan oleh jin sekalipun. Namun, kenapa Rasulullah s.a.w tidak berdoa agar dipindahkan sekelip mata ke Madinah dalam peristiwa hijrah? Cuba renungkan sejenak. Inilah iktibar yang perlu kita hargai kerana dalam mencapai kejayaan, perlulah melalui pelbagai ujian malah rintangan. Inilah iktibar yang ditunjukkan kepada kita untuk direnungkan bersama.

 p/s: kalau aku ada tersilap tulis, tolong bagitau, sebab aku tulis berdasarkan apa yang aku dah belajar dahulu kala. Mungkin aku dah terlupa sedikit.

Sunday, December 28, 2008

Sebelum terlena......

Bismillah.......

“Allahuakbarr.........” aku menguap sambil menutup mulut. Hujan pula makin mencurah-curah di luar tingkap. Suhu semakin menurun, maksud aku makin menurun. Mungkin disebabkan aku angin dari kipas yang turut terpasang. Aku rasalah, malam ni suhu bilik aku 27 celcius kot.

Mata aku semakin kuyu, mula berair selepas menguap tadi. Nampak sangat aku dah mengantuk. Kepala aku letakkan pada bantal yang diberi Wan. Tangan aku pula aku capaikan selimut putih di tepi kaki. Selimut putih ni aku gunakan untuk menutup kaki aku yang kian sejuk.

Seperti biasa, aku bacalah doa sebelum tidur dengan dua kalimah syahadah sekali. Lepas tu baru aku cuba melelapkan mata ni. Mata yang semakin kuyu ni.

Nak dijadikan cerita, aku mula berfikir, lebih tepat lagi terfikir. Sejak akhir-akhir ni aku terasa keliru. Keliru dengan sesuatu. Sesuatu yang aku fikir memelikkan. Apa yang memelikkan?

Minda aku mula mengembara dalam diari hidup aku yang tersemat dalam otak aku. Cebisan ingatan mula diungkit-ungkit untuk diingati. Cebisan ingatan yang aku rasa aku akan ingat dalam masa terdekat ni. Mungkin.

Aku di situ, dia di sana. Tiba-tiba sahaja dia menawarkan sesuatu kepadaku. Hah, ini tawaran baik, terutamanya bagi aku. Tapi aku mula terfikir, ini tawaran ataupun permainan? Bukan permainan catur, cuma permainan psikologi yang dah lama disimpan. Disimpan oleh dia, malah aku pun turut terfikir suatu ketika dulu.

Dia bertanya lagi. Aku diam berfikir. Nak terima, atau nak tolak? Nak terima, atau nak tolak? Nak terima, atau nak tolak? Oh, aku dah mula berperang dalam hati. Kesan psikologi pertama dari tawaran dia.

Aku diam seribu bahasa walaupun aku hanya tahu beberapa bahasa sahaja. Minda terus berfikir apa niatnya yang sebenar. Dia memang berani bertanyakan soalan tersebut pada aku. Betul-betul berani. Sama ada dia memang ikhlas atau aku yang terlebih fikir? Kalaulah aku mahir dalam psikologi manusia.

Kalau niat baik, tak salah untuk aku dan dia. Cuma aku rasa takut, sebab aku macam tak percaya. Tambah lagi kenangan yang terpahat dahulu mula berbunyi sekarang. Makin berbunyi makin aku nak terima. Tapi kesudahan itu yang aku bimbang. Cukup bimbang.

Aku fikir habis. Cuma aku takut malu saja nanti kalau dinampak orang. Aku pun jawab.........

GELAP.

Aku tertidur. Terus melupakan memori tersebut. Mungkin muncul didalam mimpi, mungkin terus ditelan tidur yang hanya beberapa jam ini.........

Wednesday, December 24, 2008

Wallpaper Karnival Sukan MPD 08/09



Bismillah......

Aku baru nak tertidur, tetapi terjaga semula selepas mendengar bunyi kaca pecah, bunyi mesej telefon aku. Tak tunggu lama, aku bacalah siapa yang hantar mesej pada nombor maxis aku ni. 

Oh, ketua aku rupanya. Dia suruh aku buat satu wallpaper iklan untuk Karnival Sukan MPD 08/09 yang akan berlangsung pada 27 Disember ni. Aku terimalah tugasan ni dengan kepala aku mula mengaturkan masa, bila nak menyiapkannya di samping nak menyiapkan kerja-kerja lain lagi. Tau-tau aku dah pun tertidur.

Petang tu, Ikram datang melawat aku di bilik. Sambil-sambil sembang dengan dia, aku mula membuat wallpaper ni. Ikram pula cakap sesuatu pada aku. Pelik juga aku. Lain kali aku cerita kat blog ni apa yang dikatakannya.

Apapun, aku minta juga pendapat Ikram dalam membuat wallpaper ni. Aku setuju dengan pendapat Ikram berikan pada aku petang tadi, "Walaupun wallpaper buruk atau terlampau ringkas, yang penting mesej dapat disampaikan." Ya, itulah tujuan utama iklan kan? Saja aku minta pendapat dia dalam buat wallpaper sebab dia banyak pengalaman buat wallpaper sebelum ni. 

Lepas tu dia tambah sikit "Sekarang orang buat poster dan wallpaper tapi diorang tak sedar yang perkataannya tenggelam dengan background." Aku rasa betul cakap dia dan aku rasa ini satu tips yang baik untuk aku dan orang lain yang nak buat wallpaper lepas ni. Perkara ni selalu terjadi pada iklan poster hitam putih dan wallpaper yang terlalu colourful.

Lepas sembahyang Maghrib aku sambung lagi. Akhirnya siap juga selepas aku makan di luar. Saja je aku buat dua wallpaper.

Aku saja buat lebih dari satu untuk dia dapat pilih mana yang lebih elok. Tapi aku rasa dua-dua ni tak berapa cantik. Tak taulah kenapa tapi aku rasa macam ada kekurangan sikit dalam design aku kali ni. Mungkin sebab ini first time aku buat wallpaper iklan yang banyak perkataan. Wallpaper iklan yang aku buat untuk PSK sebelum ni sikit je perkataan.

Tak tahulah dia naikkan ke tak wallpaper ni atau dia tukar wallpaper lain. Hahaha......

Sunday, December 21, 2008

Azam baru........

Bismillah......

Huh, nampaknya tinggal beberapa hari je lagi untuk aku dan budak-budak USMKK untuk menghabiskan cuti semester. Masing-masing mesti dah mula persiapan pulang, kemas beg, beli tiket. Aku pun baru beli tiket hari Selasa yang lepas.

Kalau boleh, memang rasa tak nak je pulang ke USM, tak nak lepaskan cuti ni dan kalau boleh tak nak berganjak dari tilam empok ni.

Tapi, hakikatnya semua orang ada tanggungjawab kan? Jadi, kita terpaksa juga bergerak untuk terus menunaikan tanggungjawab kita sebagai seorang penuntut universiti.

Dan di permulaan semester, sememangnya selalu aku tanam azam baru, yang bagi aku sememangnya hangat-hangat tahi ayam. Kenapa? Aku cuma bersemangat masa awal semester saja nak tunaikan azam tapi bila dah nak abis semester, perghhhh....... korang lebih arif rasanya.

Semester baru ni, aku tak tau nak teruskan buat azam baru lagi atau tak. Kalau buat tapi tak tercapai pun tak guna juga kan? Tapi kalau tak buat pun lagi tak elok kan? Entahlah.

Mungkin azam aku satu sahaja. Kalau azam banyak-banyak pun tak tentu lagi boleh tercapai. Mungkin aku nak cuba dengan yang satu ni dulu.

Aku nak berubah........

p/s: lepas ni, bermulalah semester baru kita, bermulalah pembelajaran kita, dan bermulalah perah otak kita untuk belajar......

Tuesday, December 16, 2008

Indah Pemandangan Langkawi Seribu Cerita Tersembunyi


Bismillah.......

Huhuhu, baru-baru ni, aku berkesempatan ikut kakak-kakak aku ke salah satu tempat pelancongan di Malaysia. Pulau Langkawi namanya. Rasanya kami sekeluarga dah lama tak keluar bersama, sebab tu kakak kedua aku ajak pergi ke sana. Apapun, aku turut rasa dia nak kami adik-beradik menjadi lebih rapat lagi terutamanya dengan abang ipar baru aku.

Dengan bajet yang sederhana, kami pun pergilah ke sana dengan menaiki kereta ayah aku. Ayah dengan mak aku tak ikut. Malas katanya, nak berehat.

Aku rasa kasihan pada abang ipar aku sebab dalam percutian ni dia je yang bawa kereta. Dari Kuala Lumpur ke Kuala Perlis, di Langkawi, dan dari Kuala Perlis ke Kuala Lumpur. Mesti penat sehhh, kakak-kakak aku lak malas nak pandu......

Hilanglah seratus ringgit lebih dalam perjalanan ke sana, daripada duit minyak dan duit bayar tol, hinggalah kepada duit bayar feri (bayar feri yang mahal tu).

Sesampainya kami di sana, di Jeti, aku terasa nostalgik. Teringat pada arwah atuk dan opah yang pernah membawa kami adik-beradik ke sana suatu masa dulu, kalau aku tak silap aku masih tadika ketika tu. Emosional aku kejap.

Kami berada di sana hanyalah tiga hari dua malam. Tapi banyak jugalah tempat kami pergi. Tapi kebanyakannya, tempat membeli barangan (faham-fahamlah, perempuannn........). Lebih-lebih pula kat kedai coklat. Keluarga aku ni memang gila coklat, murah pula tu.

Pemandangan Langkawi ni, subhanallah, cantik betul, terutamanya waktu aku lihat dari atas gunung selepas naik kereta kabel. Sejuk wooo. Adik aku yang gayat memang kelakar waktu tu.

Apapun, aku masih terasa Langkawi masih lagi best. Pemandangan masih cantik ditambah pula dengan banyak lagi tempat menarik (waktu aku pergi dulu, masih sedikit tempat menarik yang ada). Dan aku rasa benda yang paling menarik di Langkawi ni adalah sejarah dan mitos setiap tempat tu, Mahsuri, Telaga Tujuh, Beras Terbakar dan lain-lain lagi.

Banyak juga tempat lain yang aku baru tau cerita sejarah dan mitosnya, macam Beras Terbakar dan Padang Matsirat atau Padang Mat Sirat. Rupanya dulu diorang pernah berperang dengan Siam, dan demi mengelakkan Siam tawan beras yang merupakan sumber makanan utama masa tu, diorang kumpul di suatu padang dan bakar.

Begitu juga dengan Telaga Tujuh. Di Telaga Tujuh, aku seorang je yang jalan naik atas, kakak dan adik aku semuanya give up. Heh, aku memang semangat mengembara, darah muda..... tapi aku tak sangka rupa-rupanya aku baru sampai telaga pertama, ingatkan itu yang telaga tujuhnya. Telaga Tujuh ada tujuh telaga dan semuanya kena berjalan dari bawah bukit, naik bukit ke telaga pertama, kedua, ketiga hinggalah ketujuh. Melalui sembang dengan mak cik di situ, aku dapat tahu yang tlaga ni tempat tujuh orang puteri mandi-manda. Tak tahulah aku ini mitos atau sejarah.

Sebelum ni, di Langkawi, aku cuma tahu sejarah Makam Mahsuri saja, Mahsuri yang di bunuh akibat hukuman fitnah dia melakukan curang kepada suaminya. Darah yang keluar masa hukuman bunuh tu warna putih (aku selalu anggap dia ni leukimia masa aku kecik dulu). Dan sebelum dia meninggal, dia buat sumpah Langkawi akan jadi ‘padang jarak padang tekukur’ selama 7 keturunan.

Telaga Harbour Park yang aku cuma lalu di tepi jalan tu ada banyak kapal mewah. Kapal layar pun ada. Ada satu rumah api putih kat situ. Cantik laut dia. Tapi korang tau tak sini pernah dilanda tsunami masa ari tu. Menurut cerita, banyak kapal musnah. Tapi berita ni tak disebar sangat takut hilang tarikan pelancongan.

Dan yang paling baru aku dengar, melalui sembang kosong dengan pak cik duduk sebelah aku dalam feri adalah Hulu Melaka (di Langkawi, bukan Melaka). Katanya Hulu Melaka ni tempat Hang Tuah belajar silat dan bertapa. Aku terkejut juga, Hang Tuah pernah pergi Langkawi rupanya.

Selain itu, dia turut bercerita mengenai Pantai Pasir Hitam, satu-satunya pantai di Malaysia yang pasirnya hitam. Perkara ini terjadi mungkin disebabkan proses kimia. Air terjun Temurun yang berdekatan dengan laut, lepas mandi air laut yang masin, korang boleh mandi air sungai yang tawar.

Sebenarnya banyak lagi cerita menarik pasal tempat-tempat di Langkawi ni, macam PulauDayang Bunting, Geroda dan Jentayu dan lain-lain lagi, cuma aku je tak sempat nak jelajah dan cari ceritanya. Yalah, masa terhad, budget pun ala kadar. Memang di internet ada ceritanya, tapi tak menariklah setakat baca saja tapi tak merasai tempat tu sendiri. Semangat jelajah!! Kadang-kadang dengar orang tempatan cerita lebih menarik dan banyak info dari internet.

Apapun, aku mengakui, memang menariklah Langkawi ni.

p/s: aku mula bimbang dengan nasib Langkawi. Bila aku tengok betul-betul, aku terasa permandangan cantik ni dah mula dicemari oleh sampah-sarap. Semuanya berpunca dari pengunjung yang suka membuang sampah merata-rata. Korang janganlah buat macam tu.

Saturday, December 13, 2008

Kekreativitinya Terserlah.....


Bismillah......

Nampaknya sekarang kita dah masuk bulan Disember. Sekarang, aku nak memperkenalkan kepada korang seorang rakan yang hebat melukis. Tak salah di sini kalau aku katakan dia seorang lebih hebat daripada aku, seribu kali lebih hebat daripada aku.

Dia yang aku maksudkan adalah Gun 43 atau Mud Kantoi (bukan nama sebenar, cuma nama pena), di sini aku panggil dia Mud. Orangnya kecil, kiut, sering berambut pendek, berpakaian kemas, budak akaun di matrik dan juga kini mengambil akaun di UiTM, seorang yang pandai dalam akaun (keputusan matrik dia tinggi), pendiam dan seorang yang suka memakai songkok semasa di matrik dahulu.

Teringat akan perkenalan aku dengan dia di matrik dahulu. Sebenarnya waktu di matrik dahulu, aku tak pernah langsung tegur dia. Tapi aku sering ternampak karya-karya dia yang cantik dan ringkas, yang betul-betul buat aku cemburu. Masa tu aku rasa nak aja aku berbual dengan dia dan jadi kawan dia, tapi aku malu masa tu.

Alhamdulillah, semasa aku jadi AJKO dahulu, dia turut sama menyertai sebagai seorang AJKO. Dari situlah bermulanya persahabatan kami, bersama-sama AJKO-AJKO lain, namun kami lebih bersama dalam satu kumpulan dengan Kouru dan Zaim. Kami sering berempat dan selalulah bergelak ketawa sama-sama.

Satu hari, di waktu hampir tamat minggu orientasi pelajar baru, barulah Mud bukak cerita fasal karya-karyanya. Malah dia turut menunjukkan beberapa karya dia. Cantik gile. Dari situ aku banyak belajar melukis dengan dia. Dia bagitau aku dia dah melukis sejak kecil lagi. Waktu pulang ke KL, dia turut melukis di sebelah aku untuk aku. Aku pun banyak perhatikan cara dia melukis.

Lukisan Mud kebanyakannya berkisar kepada nasihat. Kalau dilihat daripada semua lukisan-lukisannya, dia banyak melukis untuk pengajaran kepada sesiapa yang melihatnya. Sememangnya Mud sebab Mud ni pandai agama.

Namun begitu, sebab utama yang membuatkan orang tak lepas pandang lukisan dia ni adalah kecomelan lukisan dia. Antara banyak-banyak rakan yang pandai melukis, dia seoranglah kawan aku yang pandai melukis watak comel. Bukan sahaja comel, malah lukisannya ringkas dan mudah dihadam minda.

Bukan sahaja lukisan, namun dia juga seorang yang kreatif dalam mencipta tulisan dan juga membuat karya seni lain. Contoh yang terbaru dia kasi aku satu cara untuk buat kad yang comel. Di matrik, dia pernah terlibat dalam membuat poster dan juga kad jemputan. Sehingga kini, dia masih menolong orang lain dalam mencipta design baju dan banner.

Antara kejayaan dia adalah karya dia pernah tersiar dalam Gempak 2 kali, ruangan OK ke KO. Malah dia turut menghantar karyanya kepada suratkhabar The Star dan tersiar. Dia juga pernah menjadi pekerja terbaik semasa bekerja di sebuah restoran segera (aku lupa McDonald atau AnW). Aku tahu ada lagi kejayaan dia yang aku tak tahu sebab dia ni pendiam, jadi dia tak suka riak, hehehe.

Apapun, aku dah minta dia tolong lukiskan satu kartun untuk aku. Terima kasih Mud. Semoga persahabatan kita berkekalan......



p/s: aku masih teringat aku dah jatuh cinta kat karya dia masa dia buat satu poster bola jaring. Bukan sahaja ringkas namun kecomelan perempuan yang memakai tudung tanpa menampakkan aurat tu cukup memikat hati aku.

Tuesday, December 2, 2008

Cuci....


Bismillah........

Huh, semalam aku buka balik laptop aku. Untuk melayan rasa boring, aku buka cerita Melayu kita yang dah lama aku nak tengok tapi tak kesempatan sebelum ni.

Cerita yang aku maksudkan adalah cerita Cuci, arahan Hans Isaac kalau aku tak silap. Apapun, cerita ni memang menarik minat aku kerana gabungan pelakon Afdlin dengan Awie yang memang sinonim dengan cerita lawak bersama-sama Hans dan AC. Tapi, aku paling suka Afdlin, dari dulu lagi aku minat lawak selamba dia.

Apa pun, selepas tonton cerita ni, aku teringat aku pernah membuat karikatur Afdlin berdasarkan cerita Cuci ni berdasarkan iklan di suratkhabar sewaktu cerita ni tengah hangat di pawagam dahulu. Masa cuti semester kalau aku tak silap.

Aku guna pensel mekanikal untuk wat karikatur ni, dan aku tak puas hati bahagian tangan kiri dia yang memegang wiper. Kelihatan aku tersilap lukis ibu jarinya. Tapi, macam biasa, aku malas nak betulkan sebab time tu nak balik USMKK dah. Jadi aku buatlah seringkas yang boleh.....

p/s: terima kasih kat Hakim kerana memberi cerita ni pada aku, kalau tak, tak tahulah mana aku nak cari cerita ni.........

Wednesday, November 26, 2008

Bayangkan Rasulullah di Hadapan Kita.......

Bismillah........

Kali ini, aku cuma nak berkongsi satu karya seorang sahabat, yang dah aku anggap seperti abang aku sendiri. Aku tak pasti sama ada ini karya dia atau karya orang, apa yang aku tahu, aku ambil daripada blognya dan aku anggap ini karya dia.

Bila aku baca karya dia, aku terasa sayu, betul-betul sayu. Walaupun Rasulullah dah lama wafat, dan tak mungkin kembali ke dunia sekarang lagi, namun, karya dia ni dah cukup untuk buat aku terfikir, betapa teruknya kita sekarang.

Mungkin ini boleh dijadikan sebagai satu muhasabah diri kepada diri kita, terutamanya diri aku sendiri. Sebagai seorang manusia, kita patut berfikir dan merenung serta mengambil pengajaran dari sesuatu.
Mari kita baca.......

Oh ya, demi mengelakkan dikatakan plagiarism, aku beritahu dahulu bahawa aku dah pun edit versi asal dengan memisahkan karya ini kepada beberapa perenggan, kerana karya asal cuma satu perenggan tanpa pemisahan. Dan aku juga telah menjarakkan mana-mana perkataan yang perlu dijarakkan, mungkin penulis tersilap sedikit. Namun, perkataan tidak aku ubah untuk memelihara keaslian hasil penulis tersebut. Dan aku juga nyatakan di sini sekali lagi, ini bukan karya aku, aku cuma ingin berkongsi sahaja.


Bayangkan apabila Rasulullah dengan seizin Allah tiba-tiba muncul mengetuk pintu rumah kita. Beliau datang dengan tersenyum dan muka bersih di muka pintu rumah kita,

Apa yang akan kita lakukan?

Mestinya kita akan sangat berbahagia, memeluk beliau erat-erat dan lantas mempersilakan beliau masuk ke ruang tamu kita. Kemudian kita tentunya akan meminta dengan sangat agar Rasulullah sudi menginap beberapa hari di rumah kita.
Beliau tentu tersenyum……..

Tapi barangkali kita meminta pula Rasulullah menunggu sebentar di depan pintu karena kita teringat Video CD rated R18+ yang ada di ruang tengah dan kita tergesa-gesa memindahkan dahulu video tersebut ke dalam.
Beliau tentu tetap tersenyum……..

Atau barangkali kita teringat akan lukisan wanita setengah telanjang yang kita tampal di ruang tamu kita, sehingga kita terpaksa juga memindahkannya ke belakang secara tergesa-gesa. Barangkali kita akan memindahkan lafaz Allah dan Muhammad yang ada di ruang samping dan kita meletakkannya di ruang tamu.Beliau tentu tersenyum…….

Bagaimana bila kemudian Rasulullah bersedia menginap di rumah kita? Barangkali kita teringat bahawa kita lebih hafal lagu-lagu barat daripada menghafal Shalawat kepada Rasulullah SAW. Barangkali kita menjadi malu bahwa kita tidak mengetahui sedikitpun sejarah Rasulullah SAW karena kita lupa dan lalai mempelajarinya.
Beliau tentu tersenyum……..

Barangkali kita menjadi malu bahwa kita tidak mengetahui satupun nama keluarga Rasulullah dan sahabatnya tetapi hafal di dalam kepala mengenai artis-artis dalam dan luar negara. Barangkali kita terpaksa harus menyulap satu kamar mandi menjadi ruang shalat. Atau barangkali kita teringat bahawa perempuan di rumah kita tidak memiliki koleksi pakaian yang sesuai untuk berhadapan kepada Rasulullah.
Beliau tentu tersenyum……..

Belum lagi koleksi buku-buku kita. Belum lagi koleksi kaset kita. Belum lagi koleksi karaoke kita. Kemana kita harus menyingkirkan semua koleksi tersebut demi menghormati junjungan kita?Barangkali kita menjadi malu diketahui junjungan kita bahwa kita tidak pernah ke masjid meskipun azan berbunyi.
Beliau tentu tersenyum……..

Barangkali kita menjadi malu karena pada saat Maghrib keluarga kita sibuk di depan TV. Barangkali kita menjadi malu karena kita menghabiskan hampir seluruh waktu kita untuk mencari kesenangan duniawi. Barangkali kita menjadi malu karena keluarga kita tidak pernah menjalankan solat sunat. Barangkali kita menjadi malu karena keluarga kita sangat jarang membaca Al-Qur’an. Barangkali kita menjadi malu bahawa kita tidak mengenal tetangga-tetangga kita.
Beliau tentu tersenyum…….

Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah menanyakan kepada kita siapa nama tukang sampah yang setiap hari lalu di depan rumah kita. Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah bertanya tentang nama dan alamat tukang penjaga masjid di kampung kita.
Betapa senyum beliau masih ada di situ……..

Bayangkan apabila Rasulullah tiba-tiba muncul di depan rumah kita. Apa yang akan kita lakukan? Masihkah kita memeluk junjungan kita dan mempersilahkan beliau masuk dan menginap di rumah kita? Ataukah akhirnya dengan berat hati, kita akan menolak beliau berkunjung ke rumah karena hal itu akan sangat membuat kita malu.

Maafkan kami ya Rasulullah………

Masihkah beliau tersenyum? Senyum pilu, senyum sedih dan senyum getir……..
Oh betapa memalukannya kehidupan kita saat ini di mata Rasulullah……..

Percaya atau tak, perenggan terakhir ni cukup menapakkan sayu dalam hati aku. Aku tak tau kenapa, cuma apa yang aku tahu, aku perlukan perubahan.........

p/s: di kesempatan ini, aku nak mengajak korang dan diri aku sendiri supaya banyakkan berselawat ke atas baginda, agar kita tak digelar umat yang lupa rasulnya.

Tuesday, November 18, 2008

Tulisan Aku, Kontroversi Ke???

Bismillah...

Susah aku nak ceritakan topik ini. Cukup susah. Bukan apa, tulisan aku sendiri rasanya sudah banyak kali dikritik, dikomen dan ada juga yang memuji. Memang kalau nak dikata, aku rasa tulisan aku ni kontroversi. Kalau ada sahaja lecturer yang bercakap fasal tulisan, tiada mata yang tidak akan melihat aku atau memang aku tak terlepas sebagai salah satu contoh. Hahaha.....

Sejarah mengenai tulisan aku, sejak dahulu lagi, semasa tadika dan di sekolah rendah, aku cuma gunakan pensel untuk menulis. Waktu tu mana kita guna pen lagi kan? Tapi aku dengar sekarang ada yang dah pakai pen atau pun yang lebih canggih lagi dah guna komputer je untuk menulis.

Waktu aku guna pensel, aku sememangnya menulis dengan laju. Sampai boleh bertanding dengan kawan-kawan lain lagi siapa yang habis menulis dahulu. Namun, kalau dilihat tulisan aku yang dahulu, memang buruk pun (biasalah kan, tulisan kanak-kanak), tapi tulisan aku dulu besar juga. Masa itu, tiada orang pun komen tulisan aku, yalah, aku pun dalam proses belajar.

Tulisan aku mula berubah apabila aku masuk ke sekolah menengah. Semua cikgu menggalakkan kami menggunakan pen. Maka aku terpaksa menulis perlahan demi mengelakkan kesilapan, sebenarnya aku rasa tak cantik kalau potong atau liquid. Nanti nampak lain.

Impak besar tulisan aku bermula apabila aku lihat tulisan kawan aku. Waktu itu dalam proses membuat projek sejarah tingkatan satu, Sejarah Keluarga Saya. Aku lihat tulisannya kecil dan setiap huruf ‘g’, ‘j’ dan ‘y’, akan dipanjangkan ekornya. Cantik dan berseni tulisan dia.

Bila dah rasa cantik, aku pun tirulah tulisan dia, tapi aku buat pengubahsuaian, aku bukan setakat panjangkan huruf ‘g’ dan ‘y’, malah aku panjangkan ekor huruf ‘h’, dan ‘r’. Dan aku mula selaraskan tulisan aku agar nampak seragam sikit.

Tambahan lagi, waktu tu, aku menggunakan pen dakwat basah Pilot, maka aku pun condongkan pen aku serendah yang boleh hingga dakwat yang keluar adalah sedikit. Ini untuk mengelakkan dakwat cepat habis dan mengelakkan beli pen baru.

Selepas itu, aku pun dah terbiasa menulis sebegitu. Banyak juga komen orang selepas itu.

“Cantik tulisan awak....” Puan Tan, guru sejarah.

“Happada, tulisan berekor....” seorang kawan baik.

“Apsal tulisan kau halus ni?” seorang kawan baik juga.

“Haiya, saya ingat ini kertas fotostat, betul ke you tulis ni?” pekerja Mindbookland, kedai buku.

Hehehe, banyak betul kenangan mengenai tulisan aku. Bila tingkatan lima dan matrik, aku mula pendekkan ekor tulisan aku kerana ditegur oleh beberapa orang guru. Selain itu, aku buat kaki untuk huruf ‘t’ agar tak nampak macam lambang salib. (aku cukup serius dalam hal ini, jadi aku minta korang pun betulkan huruf ‘t’ korang)


Bila di matrik, aku dah mula bersosial sedikit dengan banyak jenis orang. Lagi banyak yang memberikan komen mengenai tulisan aku. Lebih-lebih lagi aku menulis nota diatas kertas A4 yang dilipat dua, kemudian aku tulis dua baris dalam satu ruang garis yang disediakan.


“Tulisan hang kecik, kena guna kanta, hang tau tak...” Faisal, TB 16.

“Ish, tulisan orang seni....” Syed, TB13.

“Tulisan kau unik sebab ini first time aku tengok orang tulis condong kurang 15 darjah....”

“Tulisan kau buruk. Pinjam nota leh?” Sudin, TB13.

“Susah nak baca tulisan kamu ni....” Seorang guru KMPk.

Dan bila tiba di USM, aku masih mengekalkan tulisan aku ini. Namun, aku dah sedaya upaya membesarkan tulisan aku sekarang kerana beberapa lecturer dah mula menegur aku.
“Try to write bigger....” lecturer anatomy, Dr. Nasir, semasa aku jawab peperiksaan anatomi.

“Kau lain, kau nyer tulisan kecil dan kurus...” seorang rakan.

“Mak aiiii, tulisan apa ni??” pun seorang rakan.

“Diorang cakap tulisan kau cam tulisan komputer...” Saiful Adli.

“Tulisan siapa tah yang macam lempeng je...” lecturer Mikrobiologi, Dr. Nik Norliza, sebelum masuk OSPE. Aku pun tuduh Lukman, hahaha.

Hahaha, pengalaman baru yang paling best, waktu jawab peperiksaan mikrobiologi. Dr. Nik yang meronda meja mesti berhenti di tepi meja aku dan suruh aku tulis besar-besar.


“Tulisan awak ni kecik sangat. Buat saya mengantuk nak baca....”

“Sedih saya tengok tulisan awak ni....”

Haha, minta maaf Dr. Nik. Saya dah try maksimum dah ni.

Untuk masa yang akan datang, aku pun tak pasti sama ada tulisan aku akan berevolusi atau tidak. Mungkin akan besar atau mungkin lebih kecil lagi. Tapi sekarang aku tengah mencuba tulisan lain, tulisan budak biomed seorang tu, yang bagi aku cukup berseni dan cantik.

Selain itu, aku ada juga beberapa tulisan lain, tulisan rumi guna pen khat, tulisan blues, tulisan doktor dan beberapa tulisan lain. Tapi semuanya tak seberapa dan aku guna untuk tujuan tertentu sahaja.

Dari tulisan kita dapat menganalisa personaliti seseorang. Itulah kata-kata Miss Geshina. Aku setuju cuma aku ragu-ragu sekiranya ada orang yang mahir memanipulasikan tulisan.

p/s: biar bagaimanapun bentuk atau rupa tulisan korang (terutamanya aku) pastikan mesej dapat disampaikan dengan jelas dan orang faham biarpun dikutuk-kutuk (tulisan aku).

Saturday, November 15, 2008

Pengubahsuaian Gambar Lama....

Bismillah.....

Esok ada peperiksaan etnik. Namun, selepas beberapa jam aku baca nota etnik Rashid, aku dah mula malas nak baca lagi. Naik tepu pun ada juga. Mungkin ini kesan daripada stress peperiksaan lain sebelum ni. Aku pun tak pasti.

Dalam masa aku rehat, internet masih perlahan dan aku tak boleh nak akses internet dengan baik. Jadi aku dengarlah mp3 yang Ikram beri mengenai forum Ustaz Hasrizal (SaifulIslam) semalam di balai raya. Aku memang nak pergi tapi apakan daya, tak reti bawa kereta. Nak tumpang tak tahu siapa yang pergi.

Sambil dengar, aku buka Adobe Photoshop CS2 aku yang lama ni. Bosan-bosan tu, aku pun bukalah gambar lama forensik. Gambar yang ditangkap dari kamera selepas peperiksaan dahulu. Aku lupa peperiksaan apa.

Tiba-tiba aku dapat idea. Aku pun ubahlah beberapa ciri pada gambar tu dan akhirnya jadi dua warna sahaja. Kelabu dan putih. Aku rasa smart juga pengubahsuaian kali ini.

Cuma yang aku rasa tak berapa smart adalah bahagian perkataan. Aku tak cukup adjust habis sebab pengubahsuaian dimensi perkataan ni terlalu terhad untuk CS2. Atau aku yang tak cukup ilmu lagi. Hehehe.........

Thursday, November 13, 2008

Kenangan Lukisan Lama....

Bismillah........

Aku dah tepu!!!

Pergh, banyak betul ilmu yang dah aku masukkan untuk malam ni. Memang boleh kalau nak masuk lagi, tapi aku rasa ada baiknya aku rehatkan dahulu kepala aku ni. Jadi, aku pun buka beberapa laman web yang selalu aku lawati, namun begitu masih tiada apa yang menarik. Semua seperti biasa, tiada perubahan.

Jadi aku pun cuba melihat beberapa laman web lain yang ada di dalam senarai bookmark Mozilla. Huh, aku terlihat laman web Photobucket. Lama dah aku tak masuk, tapi kalau masuk pun, apa yang ada?

Tapi aku masuk juga. Banyak koleksi gambar yang aku simpan di situ. Antaranya adalah hasil lukisan aku masa aku muda-muda dulu (jangan salah faham, sekarang pun aku tak tua mana lagi).

Aku lihat balik setiap hasil kerja aku. Setiap satu ada memorinya. Setiap satu ada sejarahnya. Setiap satu ada tujuannya. Namun begitu, aku sememangnya tak menolak pendapat yang aku pada masa dahulu lebih gile dalam melukis berbanding dengan sekarang. Mungkin sekarang kemahiran melukis aku dah tumpul. Makin jarang aku melukis sekarang.

Berikut adalah beberapa artwork aku, yang dah lama aku hasilkan.



Lukisan bunga mawar ini aku hasilkan masa aku bercuti sem 1 matrik, kalau aku tak silap. Lukisan ni aku buat khas untuk adik angkat aku masa tu, pun kalau aku tak silap. Sebab aku dah lupa sebenarnya. Tapi aku pasti aku buat untuk dia sebagai hadiah harijadi, dalam bentuk softcopy di Friendster. Lukisan asal yang hardcopy, aku dah lupa simpan di mana.








Yang ini pula lukisan yang aku ciplak, atau dengan bahasa lebih baiknya, yang aku lukis semula dari kartun kartunis terkenal, Nik Ahmad Wafdi. Watak ni pun memang tak asing lagi di kalangan pembaca majalah Ujang, iaitu Tandoori Payat. Aku hasilkan lukisan ni waktu aku tingkatan 4 atau tingkatan 5, aku tak pasti. Yang pasti, aku poskan lukisan ni kepada satu forum di internet, dapat response yang baik. Hehehe.
Bahagian stroke jalur tu aku cuba buat berdasarkan karya Aie, dan juga karya cikgu seni aku kat sekolah dulu. Tapi aku rasa tak berapa menjadi sebab aku tak tambahkan ton. Nampak biasa sikit. Lagi satu lukisan ni kekurangan latar belakang.






Haaa, ini adalah salah satu lukisan kegemaran aku. Lukisan watak Kakashi yang sedang menggunakan Sharingan. Aku hasilkan lukisan ni sewaktu aku tingkatan 5, dan aku poskan lukisan ni kepada GempakStarz. Sampai sekarang aku tak tahu lukisan ni tersiar atau tak sebab lepas aku hantar ke GempakStarz, aku dah tak beli dah majalah tersebut disebabkan karya Aie dah tamat.


Hehehe, bila aku lihat semula lukisan-lukisan lama ni, memang buat aku terkenang masa lepas. Banyak juga yang aku perlu baiki untuk hasilkan lukisan yang bermutu. Tapi sekarang aku dah kekurangan masa untuk melukis. Melukis pun sekadar untuk projek tertentu sahaja.

Kalau dahulu, aku memang gila melukis, sebab aku ada kawan baik di sekolah yang pandai melukis. Bila aku lukis cantik je, dia buat lukisan lagi cantik. Jadi aku buat lukisan lagi cantik, dia bantai buat lukisan baru lagi cantik. Hahaha, mungkin ini satu persaingan sihat.

Tapi itu cerita lama, sekarang dia dah bertambah hebat sebab dia sekarang berada di UiTM dalam bidang seni halus. Memang aku akui, antara aku dengan dia sekarang, aku dah kalah teruk dah kalau lukisan kami dibandingkan.

Dan aku terfikir, di masa hadapan, adakah aku akan terus melukis dan berkarya lagi???

Sunday, November 9, 2008

Design Baju Karnival Sukan MPD

Bismillah.....

Aku berjalan pulang perlahan dari masjid Murni dengan Ikram. Dalam perjalanan kami pulang ke Desasiswa Nurani, banyak nasihat tentang perjalanan program yang diberikan daripadanya kepada aku. Memang aku yang minta nasihat tu sebab nak licinkan perjalanan program tersebut satu hari nanti.

Sesampai aku di bilik, aku mendapat satu pesanan ringkas dari seorang kawan. Dia mahu berjumpa dengan aku untuk membincangkan sesuatu. Aik, aku ada buat salah ke, atau aku ada pegang apa-apa jawatan ke buat masa ni, yang melibatkan semua persatuan? Tiada pula setahu aku.

Aku memberikan nombor bilik kepadanya. Delang beberapa minit kemudian, dia datang.

“Aku nak minta kau design baju untuk Karnival Sukan MPD.”

Oh, minta tolong buat design. Kawanku ini, Pan, (bukan nama sebenar) sememangnya budak grafik dan terer dalam bidang ni. Kalau dibandingkan aku dengan dia, macam mengukur panjang lidi dengan tongkat. Tapi disebabkan ketua Pan ni hendakkan lebih dari satu design baju, maka dia terpaksalah mencari aku, yang tak seberapa ini dengan rakan-rakan lain yang boleh membuat design.

Beberapa deskripsi diberikan kepada aku mengenai design tersebut. Baju berwarna merah putih, mempunyai logo MPD, ada tertulis Karnival Sukan MPD dan perlu buat dalam baju berkolar, baju tanpa kolar, lengan panjang dan pendek.

Tapi disebabkan aku pada waktu itu sememangnya sibuk dengan ulangkaji pelajaran TBM waktu itu, dengan tarikh peperiksaan yang akan datang beberapa hari sahaja lagi, aku setuju tolong dia tapi aku memberitahu aku tidak dapat buat dengan baik sebab sibuk. Dia setuju kerana dia pun faham masalah aku.

Akhirnya, sedikit masa yang ada apabila kepala aku dah tepu dengan ilmu, aku cuba siapkan design baju tersebut. Malas nak buat baju kolar baru, aku guna template baju kolar yang aku buat untuk design baju PMI dulu. Cuma tukar warna dan tambah sedikit perkataan dan logo sahaja. Sama juga dengan baju tanpa kolar ni.

Apapun, hasilnya adalah seperti di atas. Mungkin design kali ini aku buat terlampau ringkas. Sibuk beb. Kalau ada masa, aku nak letak gambar orang bersukan, tapi nak mencari gambar yang sesuai bukan mengambil masa yang singkat, jadi aku cuma buat seringkas ini sahaja.


Tak diterima tak mengapa, cuma menolong kawan sahaja.

p/s: rendah diri aku bila orang hebat lagi daripada aku datang minta tolong dari aku yang sememangnya sengkek ni.

Wednesday, November 5, 2008

Kain Rentang

Bismillah.........
“Wan, jom kita buat kain rentang ucap selamat berjaya pada pelajar PSK.” Aku memberikan cadangan kepada Ridwan, rakan sebilik aku merangkap Yang Dipertua Persatuan Sains Kesihatan (PSK).

“Hmmm....” Ridwan berfikir, masih belum memberikan kata putus.

“Alaa, tahun lepas pun PSK buat kain rentang juga.” Aku cuba mencucuk jarum lagi. Tapi apa yang aku katakan sememangnya benar belaka. Kenangan membuat kain rentang bersama-sama abang Ibrahim, bekas YDP PSK, abang Zuhaili, Exco Kerohanian, Zairi, Aziaty, Tengku Atirah dan 2 orang perempuan yang aku tidak tahu namanya berlegar di fikiran (gambar di bawah).

Kain rentang atau selalu dipanggil orang sebagai banner merupakan satu mesej yang mudah yang dapat disampaikan, diumumkan atau diberitahu secara spontan kepada sesiapa sahaja yang memandangnya dan membacanya.

Ada dua cara untuk menghasilkan kain rentang, iaitu secara manual dan secara cetakan. Penghasilan secara manual memerlukan tenaga kerja lebih dari seorang jika ingin menyiapkannya dalam masa yang singkat, tetapi murah. Penghasilan secara cetakan pula mengambil masa yang singkat namun memerlukan bayaran cetakan komputer dan kain sintetiknya.

Aku sememangnya dah ada banyak pengalaman dalam membuat kain rentang ni, baik secara manual mahupun cetakan. Aku pernah diberi beberapa tugasan sebelum ini dalam pembikinan kain rentang dan juga pernah menyertai pertandingan kain rentang sempena Minggu Patriotisme (sayangnya kumpulan aku kalah).
Pengalaman aku bermula di zaman sekolah menengah, aku dah berkali-kali melihat bagaimana cikgu seni aku membuatnya. Tapi, aku masih tak setanding cikgu seni aku lagi. Kenapa? Sebab kain rentang yang paling besar pernah aku buat secara manual, adalah kain rentang sempena Hari Terbuka Desa (gambar di bawah) tetapi cikgu seni aku pernah membuat 4 potret perdana menteri dalam kain rentangnya sempena sambutan patriotisme sekolah dahulu. Memang aku kagum dengan beliau.

Apa pun, kain rentang kali ini sememangnya lain daripada yang lain. Ridwan telah membekalkan aku kain biru, bukan kain putih seperti yang selalu aku buat. Keluasan kain yang kecil ini juga menyebabkan aku ketandusan idea mengenai corak yang patut aku letakkan di dalamnya. Namun aku cuba juga meletakkan corak ringkas (mungkin terlampau ringkas).



Tapi, aku teruskan juga sedaya yang boleh. Biar keputusan tidak menarik atau cantik asalkan mesej dapat disampaikan.

Proses awal dalam pembikinan kain rentang ini mestilah dengan melakar tulisan atau lukisan di atas kain tersebut. Dalam proses ini, aku biasanya menggunakan kertas yang telah di cetak perkataan terlebih dahulu kemudian menekapnya di atas kain. Cara ini jimat, tidak perlu alatan lain dan mudah dalam menentukan komposisi perkataan.

Antara cara lain adalah dengan menekap dan melakar semula setelah dipancarkan imej projektor. Namun cara ini memerlukan projektor, yang sememangnya sukar dicari. Terdapat juga cara memotong perkataan terlebih dahulu kemudian menekapnya. Cara ini selalunya dikatakan jimat kertas tetapi percayalah, ia menyusahkan dan sukar menentukan komposisi perkataan di atas kertas.

Setelah dilakar, tibalah masa untuk mengecatnya. Ridwan telah awal-awal lagi memanggil beberapa exco untuk mengecat dua kain rentang ini, antaranya Exco Grafik, Exco Akademik dan Exco Kerohanian serta orang bawahan mereka. Proses cat berjalan agak lancar kiranya.

Dan proses terakhir ialah touch up setelah dikeringkan. Huh, proses ini agak sukar sedikit. Selalunya touch up ini dijalankan ke atas subjek yang memerlukan keperincian, dalam kain rentang ini, logo USM memerlukan touch up, terutamanya yang bahagian belang harimau tu. Setelah semuanya berpuas hati barulah kain rentang akan digantung di tempat yang strategik, di tempat kebanyakan orang lalu dan dapat melihatnya.

p/s: Terima kasih aku dan Ridwan ucapkan kepada semua yang telah menolong menghasilkan kain rentang ini. Memang buang masa sedikit, tapi sekurang-kurangnya kita dah membantu PSK dalam menjayakan salah satu pengisiannya. Lagi satu, aku yakin, semua yang terlibat dah dapat ilmu mengenai proses penghasilan kain rentang. Kikikiki........

Thursday, October 30, 2008

Stories of Sudin

Bismillah.......
Nanti le satu hari nanti aku cerita apa tujuan sebenar aku wat cerita Stories of Sudin ni.........
Sebenarnya ni episod ke 3, dua episod sebelum ni aku tak scan lagi........

Sunday, October 26, 2008

Seni Azan Suatu Permulaan


Bismillah........

Hari ini, aku pergi masjid awal, dalam pukul 12 tengahari. Aku datang awal ada tujuannya, aku nak habiskan beberapa surah agar cepat khatam. Lama dah tertunggak, lama sangat dah aku sibuk, sekaranglah masanya aku nak cuba habiskan. Selepas solat sunat tahiyatul masjid, aku pun mula membaca hinggalah beberapa helai muka aku selak. Dan tanpa aku sedari, masa pun turut sama bergerak. Demi masa.........

“Allahu akbarullahu akbar” takbir azan bergema. Ish, dah masuk zohor dah rupanya. Aku tamatkan bacaan aku hingga habis muka surat 468.

Dan seperti biasa, alunan azan kali ni sedap kedengaran. Indah rasanya. Memang azan muazzin kat masjid ini salah satu azan kegemaran aku. Muazzin masjid ini selalu melaungkan azan dalam dua versi, satu versi yang biasa digunakan oleh bekas teman bilik aku dulu dan versi ini versi yang sememangnya aku suka sejak dahulu lagi, sama dengan versi kawan aku di matrik Perak dahulu.

Tiba-tiba aku terpanggil untuk menulis satu artikel mengenai azan. Ya, azan juga satu seni, seni azan, seni yang indah jika dibandingkan dengan seni menggunakan suara yang lain. Jadi, marilah kita mengenali seni azan dengan lebih mendalam lagi.

Azan adalah suatu lafaz khusus yang digunakan oleh umat Islam untuk memberitahu saudara Islam yang lain bahawa telah masuk waktu solat dan panggilan untuk bersolat. Azan terdiri lafaz takbir, lafaz dua kalimah syahadah, lafaz panggilan atau seruan dan lafaz tauhid di akhir. Sebenarnya ayat al-Quran mengenai azan ni tiada tetapi ada ayat yang hampir kepada penyeruan solat.

“Dan apabila kamu menyeru (mereka) untuk (mengerjakan) sembahyang.........”
Surah Al-Maidah, 58
“Hai orang-orang beriman, apabila diseru untuk menunaikan shalat Jum'at..........”
Surah Al-Jumu’ah, 9

Jadi, biarlah aku terangkan serba sedikit mengenai sejarah azan. Sejarah azan bermula sejak tahun pertama hijrah lagi. Pada suatu hari, nabi Muhammad s.a.w telah mengumpulkan para sahabat untuk berbincang mengenai cara apakah yang sesuai untuk memberitahu telah masuknya waktu solat merangkap memanggil mereka segera bersolat.

Maka pelbagai cadangan telah diutarakan. Antaranya adalah dengan menyalakan api, memukul kayu, membunyikan loceng, meniup serunai atau trompet dan lain-lain lagi. Atas alasan tertentu, kebanyakan cadangan-cadangan ini telah ditolak. Akhirnya Saidina Umar al-Khattab telah memberikan cadangan agar dilaungkan sahaja yang menandakan waktu solat telah tiba. Timbul pula mimpi dari Abdullah bin Zaid tentang laungan azan dan diberitahu kepada baginda. Baginda akhirnya setuju dan menyuruh Bilal bin Rabah agar melaungkan azan.

Orang Melayu kita sering tersilap memanggil muazzin dengan bilal. Jadi, mari kita betulkan, orang yang melaungkan azan bukan jawatan bernama bilal tetapi jawatan bernama muazzin.

Sekarang kita masuk kepada bab utama. Kenapa aku dan sesetengah orang mengkategorikan azan di dalam seni?

Seperti yang kita tahu, azan digunakan sebagai pemberitahuan dan panggilan waktu solat. Maka muazzin yang melaungkan azan adalah lelaki tetapi bukan semua laki mempunyai suara yang sama. Ada suara yang lunak, ada suara yang keras, malah ada yang bersuara serak dan bermacam-macam suara lagi. Suara adalah salah satu faktor seni dalam azan. Ia mencantikkan lagi azan. Maka azan yang didengari kita terasa indah dan sedap. Suara serak atau keras tidak semestinya tidak sedap, asal pandai memanipulasikan suara, sedaplah jadinya.

Namun, faktor suara sahaja tidak mencukupi. Antara faktor penting yang lain ialah bagaimana ia dilaungkan atau bagaimana ia dilagukan. Ini mungkin faktor penting yang cukup membuatkan azan berseni. Kita sering mendengar azan, maka mesti kita selalu mendengar azan yang berlainan, ada azan yang laju bacaannya, ada azan yang perlahan, ada juga azan yang mendayu-dayu, malah ada juga azan yang sekadar bacaan sahaja. Namun bagi pendapat aku, lain orang, lainlah caranya melaungkan azan. Tetapi jangan lupa, cara melagukan azan tetap boleh diikuti. Dari sinilah timbulnya apa yang aku panggil sebagai versi.

Sememangnya azan yang berseni dapat meninggalkan kesan kepada muazzin dan juga kepada pendengarnya. Azan yang berseni cukup indah hingga dapat menapakkan kesan kepada pendengar dan seterusnya merangsang untuk menghayatinya. Malah seni azan yang cukup-cukup baik adalah panggilan yang dapat memanggil atau merangsang manusia agar bersolat pada waktu itu juga. Inilah yang cukup susah, kerana untuk menjayakan seni azan seperti ini memerlukan muazzin yang menjiwai laungan azannya.

Namun, berkesan atau tidak azan tersebut tetap bergantung kepada pendengar juga. Jikalau pendengar yang berhati batu, mungkin sukar untuk menggerakkannya. Namun, seni azan yang baik mungkin dapat melicinkan jalan agar batu tersebut bergerak sedikit. Aku teringat kisah sahabat nabi, di mana beliau mendengar azan, maka beliau terus menangis teresak-esak hingga merah matanya, sehingga hairan orang di sekelilingnya. Betapa tinggi imannya. Kita yang dengar azan mendayu pada zaman sekarang pun mungkin melayan tidur terlebih dahulu dengan alasan penat bekerja.

Jika dilihat secara keseluruhan, azan bukan pada suara dan bacaan sahaja. Terdapat juga faktor lain mengapa aku mengklasifikasikan azan sebagai seni. Salah satu sebabnya adalah tertib dalam melaungkan azan dan juga kedudukan semasa melaungkan azan. Hendak melaungkan azan ada tertibnya, malah ada juga jawapannya. Dari segi kedudukan pula, ada caranya, berdiri tegak, menghadap kiblat dan juga meletakkan dua jari di telinga. Bukannya melaungkan azan sambil bergerak atau menari. Malah ketika lafaz seruan, kepala harus dihadapkan ke kanan dan ke kiri.
Terlau berseni rasanya azan ini. Cukup berseni. Bukan dari segi luaran malah juga dalaman. Di akhir pena ini, aku menyeru agar semua termasuklah diri aku ini dapat mencuba melaungkan azan dengan baik dan tertib. Tidak mengapa jika suara atau lagu tidak sedap, namun perlu diingatkan, niat melaungkan azan adalah seni yang cukup susah dicapai, apatah lagi jika sedap pula bacaannya dan suaranya.

“Segala amalan adalah berdasarkan niat..”
Hadis sahih Bukhari dan Muslim

p/s: Teringat aku kenangan silam antara aku dengan seni azan ni. Masa di sekolah menengah (kenangan yang aku nak lupakan) dan kenangan di matrik Perak (kenangan mempelajari melaungkan azan dari saudara Ehsan dan kenangan silap bacaan azan). Kikikiki........

Friday, October 24, 2008